ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 21, 2008

Pulau Batu Putih. Pembohongan Rais dan Gani Patail


Posted by: Kerajaan rakyat

Saya titipkan seperti berikut dalam posting saya bertarikh 24hb May 2008.

Bangsat engkau !!!.

Kau tipu orang Melayu. Kau tipu rakyat jelata.

Perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura itu adalah hanya sandiwara untuk menutup kelalaian, kealpaan, kebebalan dan kedurjanaan pemimpin Melayu dan Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang berkhidmat pada tahun 1953. (Titipan penuh di S.I.N.I. )

Utusan 23hb May 2008 pula melaporkan: Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. — Utusan

Documentpun tidak lengkap. Duit habis berjuta ringgit hantar malaun yang tidak berfaedah ke luar negara. konon untuk membuat penyelidikan dan penyiasatan. Tidak cukup dengan itu, hantar pula Menteri dan Peguam Negara pergi melancung ke Belanda. Hasilnya warisan negara tergadai.

Sekarang kalian baca apa yang dilaporkan oleh Straits Times Singapore:

SINGAPORE, Dec 20 - Most of the documents used by Malaysia to make its case on Pulau Batu Putih at the International Court of Justice were produced by Singapore.

This startling allegation was made by the republic’s Chief Justice Chan Sek Keong and turns on its head the assertion by Malaysia’s Foreign Ministry that its officials scoured the world for evidence to back its claim that it had ownership over the outcrop of rocks off Johor.

Chan made this revelation at the launch of the book Pedra Branca: The Road To The World Court.

He was quoted by the Straits Times as saying: “I am not sure whether the International Court of Justice realised that most of the documents used by Malaysia in her arguments against Singapore were produced by us.

“So, you can imagine our deep disappointment when it was alleged that Singapore had withheld from the court a letter which Malaysia believed would damage our case.”

He added: “The truth is that we had gone round the world looking for it for some 30 years without success.” (See also “Pedra Branca: Behind the scenes”) –STS

Singapura berusaha selama 30 tahun dan berhasil. Menteri UMNO bersandiwara bertahun-tahun dan membazir.

>>>

1,500 orang hilang pekerjaan di Sarawak.

>>>

Tags: ,

17 Responses to “Pulau Batu Putih. Pembohongan Rais dan Gani Patail”

  1. Harimau Menaip Says:

    Cilanat…mati2 den cayo.

    ptuiiihhh!

  2. Watan Says:

    Nonetheless, we need to cast doubts on the report by the Singapore ‘newspaper’ just like what our local news did. Cover the truth and spread the lies.

    However, I believe that the Minister and the AG haven’t done enough to save Batu Putih

  3. mountdweller Says:

    Laknat punya Pegawai dan Menteri. Kalau malas nak buat penyelidikan, serah saja kat singapura adalah lebih baik daripada Duit habis, wilayah lesap!

    Tak payah berbohong. Istihar saja yang kita terpaksa serahkan Pulau Batu Putih kepada singapura kerana kita tidak ada dokumen sokongan untuk perbicaraan di Mahkamah Dunia.

    Ini tidak, nak tutup dengan bohong tetapi terlohong!

  4. mountdweller Says:

    Sdr. ku,

    Izinkan saya copy artikal dari singapura itu untuk paparan di blog saya.

    Salam persaudaraan bersahut,
    Sama-samalah kita sambut.

  5. LAT Says:

    What good things can we expect from a bunch of corruptive UMNO-breeders ? The BN-UMNO’s cabinet ministers and its enforcement machinery i.e. IGP,AG & ACA are all “mind bankrupt”! They have LOST THE WHOLE MALAYSIA THROUGH CORRUPTION so, what is Pulau Batu Putih ?

  6. Kerajaan rakyat Says:

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

    Pengunjung kerajaan rakyat yang saya kasihi,

    >>>
    Saudara Harimau,

    Tipah tertipu…!!!

    >>>
    Saudara Watan,

    (But) Singapore have a good ground on her claim.

    >>>
    Saudara Fakharuddin,

    Silakan saudaraku.

    Kaca berderai, kusut terurai.
    Harta bercerai, negara terbarai.

    Bayu lalu salam disambut.

    >>>

    Semoga kasih ALLAH swt buat kalian.

    :::

  7. Kerajaan rakyat Says:

    My dear LAT,

    Missed you for couple of months.
    As what Tuan Haji Rosli have in mind, me too if have licence to kill,
    I’ll kill these basket of corrupted UMNO leaders.

    Regards,
    Sofi

    :::

  8. LAT Says:

    My Learned Sofi,

    Though lately i have not shared my thought with the brethrens here but my Righteous Spirit is always with Kerajaan Rakyat.

    Well ! It’s always better to have “evil wishful thought” to “eradicate” this bunch of umno-trash than by dirtying our hands to even touch them, right ?

    Continue your Righteous Spirit to uncover all these umno-evildoers !

  9. RANJIT SINGH Says:

    Tahun 2050…Malaysia terpaksa serah negeri Johor kepada Singapura…Kerajaan Singapura ada dokumen..manakala pemimpin melayu Johor hanya ada keris..ya !! keris kontot…

  10. Hj Rosli Says:

    Awas ! mungkin tragedi 13 Mei mungkin berulang lagi…..UMNO memang cari pasal…… UMNO lah puncanya jika trajidi ini tergedi lagi…..saat-saat tekanan ekonomi global UMNO terus bertelagah sesama sendiri....ini tandanya UMNO tidak mahu dihormati …

    UMNO tidak lagi disegani kini….UMNO lupa diri….UMNO masih lagi bersikap acuh tak acuh dalam urusan perpaduan bangsa, UMNO kamu leka, hanya berdabek dada, UMNO petah berkata ” Malaysia ini milik melayu punya….” UMNO lupa siapa india ,cina dan lain-lain bangsa yang sama-sama bertempat , sama-sama dilahirkan di Malaysia…..silap langkah pemimpin mereka membawa padah kepada negara….lihatlah sendiri wahai orang-orang UMNO 5 negeri sudah bertukar penerajunya….pasti akan berlaku satu persatu seperti itu, jika UMNO masih lagi tidak mahu bercantum dengan PAS, PARTI ISLAM SEMALAYSIA…lupalah sengketa lama,, hentilah berdagang dalam negara sendiri KEMBALILAH …sedarlah wahai UMNO majoriti bangsa sudah ada, yang menjaminkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke13 akan datang …..ternyata dalam sejarah,UMNO sebatang karah tak pernah meraih kemenangan untuk memerintah negara …..sebab itulah PARTI PERIKATAN diwujudkan oleh mullah TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ….BUKALAH mata luas -luas jika mahu memertabatkan bangsa dan agama…AYOH meneraju negara Malaysia tercinta dengan jaya.

    “UMNO undur diri dapat elak tragedi…..”

  11. ocbc Says:

    Apalah nak marah dengan Singapura itu, marahlah diri sendiri yang tak mahu mempelajari semua kebolehan yang patut dimiliki, tapi asyik nak senang lenang, dapat wang dengan senang, dapat layanan dengan senang lenang, nak jadi tuan, tak payah susah payah, biar semua orang lain buat, alibabakan, tak mahu berkongsi dan bekerjasama sesama sendiri untuk kebaikan bersama, nak sangat miliki ijazah PhD (perasaan penuh hasad dengki)

  12. suranggani Says:

    how many times this “bar-gerrrr” patail fails in his high-profile cases? many and many… yet he still in the ay gee office… entrusted by our bee ann controlled government. added by so ex-46 rejoin umpph no claimed so smart PhD minister son of yatim… what a waste and humiliation to our country... lets our curse be with them as long as they walk in our boleh land… you idiot donkeys do not deserved political votes and people’s trust… send them to jerjak island lah!!! coz they lost our island…

  13. storm62 Says:

    syed hamid botak, mana engkau nak sembunyi?

    cuba terangkan kpd Rakyat Malaysia, Botak!!!

  14. storm62 Says:

    syed hamid botak, hang betui2 sial la…dah gagal sebagai Menteri Luar skrg pulak gagal sebagai Menteri Dalam Negeri….buat Malaysia malu sje…pi la hang balik Yemen lagi baik.

  15. mamat Says:

    Teman dah kata…Orang Melayu memang tak peduli tanah mana yang nak diambil…jangan kaco yang tu udahlah…ngamok weh…Birch mati bukan kerana Melayu mempertahankan negara tapi yang hak tu di kaconye…

  16. Pakalalo Says:

    Dah nyata UMNO ni puak2 penipu, apa cara pun dia akan menipu juga..walaupun hanya bermodalkan air liur..puak2 ni pasti menipu juga..dah jadi darah daging mereka, kalau tak menipu, berbohong dan corupt tak sahlah hidup mereka didunia ni.

    Memang dasar penipu dalam kesempitan pun sempat juga menipu lagi….
    Ahli UMNO mungkin kao boleh tipulah tapi makhamah dunia mana boleh..terbongkar kemaluan..malu sendiri, tapi puak2 ni bukan kisah pun..pada mereka semua tu macam tak pernah berlaku….Bangsat punya manusia.

  17. HSMJ Says:

    Kalau dah bapak kemerdekaan kita tu lepas singapura mungkin juga warisnya sekarang buat kerja yang sama



Kuala Terengganu, Pertandingan 6 Penju


Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertandingan 6 penjuru apabila selain PAS dan Barisan Nasional, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding.

Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland, 28 November lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari sebagai hari penamaan calon dan 17 Januari pula sebagai hari mengundi.

Tags: ,

4 Responses to “Kuala Terengganu, Pertandingan 6 Penjuru”

  1. Malay-asia Says:

    Kerajaan rakyat,
    Nampaknya pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bertambah meriah. Pengundi akan keliru dan jumlah undi akan berkurangan.

    Walau bagaimana keadaannya, kempen yang disebarkan oleh pihak Pakatan Rakyat (PAS) hendaklah jelas dan bersesuaian dengan masakini.

  2. suranggani Says:

    parti Hanafi Mamat - AKIM nih memang sepatutnya dinamakan Parti Kacau Daun Se Malaya or “in short” PKD…makcik harituh pun nak bertanding? dakpe ahh mokcik eee… banyok pitih mokcik? hok nati rugi habis wang bertaruhang rhanne hamok mokcik eeehhhh…

    pendapat sayalah, ini sure ramai2 nih ada yang sponsor… nak pecah undi lah tuuu… takut bayang2 sendiri… itulah dia umphh no bee an… biarlah one by one… mahap eee mokcik eee

  3. mamat Says:

    dengo kabo romoh boleh sewa RM 500.00 sehari dari BN…pitih doh mula masuk doh… Habib Azmang pilihan saya…mu pulok sape?

  4. Pakalalo Says:

    Bagus juga lah 6 penjuru…banyak pilihan. Pengundi KT pasti seronok…tapi jangan salah pilih nanti gigit jari, kau orang gak yang rugi. Pilihlah calon yang terbaik yang boleh mengketengahkan permasalahan rakyat di dewan rakyat.Buat apa ada wakil rakyat jika hanya datang ke dewan rakyat untuk tidur dan memanaskan buntut

MENDEKATI MASYARAKAT ORANG ASLI PERLU STRATEGI



Beberapa tip dan maklumat yang perlu diberi perhatian dalam dakwah kepada masyarakat orang asli.
1. Jangan tipu orang asli. Orang Asli tak mudah ditipu. Orang asli payah untuk menerima orang luar terutama dari Bandar.

2. Kalau mahu diterima oleh orang asli, jangan pandang rendah dan jijik dengan cara hidip mereka

3. Orang luar boleh menjadi ‘saudara’ orang asli jika mereka datang, duduk, makan, bergaul dan tinggal bersama dan bersedia menerima budaya hidup mereka.

4. Jarang pendakwah muslim tempatan yang berminat untuk menjelajah dan tinggal di perkampungan orang asli dalam menjalankan kerja dakwah

5. Kebanyakan yang turun padang baik agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan sekadar dating mengislamman orang asli, bukan memuslimkan mereka.

6. Kebanyakan pendakwah macam orang politik, yang hanya datang menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya mereka lesap tidak pernah menjenguk mereka sehingga pilihanraya berikutnya.

7. Sebenarnya apa yang di buat oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan sangat minima. Orang asli mahu lebih daripada itu dengan makna mereka perlukan bimbingan mengenali tuhan, tujuan mereka dihidupkan oleh tuhan, dan bagaimana mengakhiri hidup yang dikehendaki tuhan.

8. Pendakyah kristian berjaya mempengaruhi orang asli dengan kaedah berdamping rapat dengan mereka.

9. Orang asli ternanti nanti orang yang mampu menunjukan jalan kepada kepada tuhan. Orang asli lebih dekat untuk menerima Islam kerana rumpan mereka termasuk dalam rumpun Melayu dan Orang melayu Negara ini beragama Islam.

10. Menurut mereka Orang asli Kristian memusuhi orang asli Animisme dan orang asli Islam, tetapi orang Asli Islam boleh berjiran dengan orang asli yang perbagai kepercayaan.

INFO: SUDUT UGAMA ISLAM

INFO:


ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .


MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat”.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.