ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 1, 2009

Polis Mengganas Di IPD...

MP Kapar antara 17 ditahan

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dari PKR antara 17 yang ditahan ketika menyertai orang ramai membuat aduan berhubung kemudahan perubatan yang dinafikan kepada tahanan ISA, P. Uthayakumar.



Selanjutnya

Gaji: Siapa Yang Berhak, Nizar atau Zambry?

SPRM tetapkan tempoh setahun selesai setiap aduan (klik je)


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu, meletakkan sasaran untuk menyelesaikan setiap aduan dikemukakan dalam tempoh setahun, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar).
01.mach.2009. Ahad.

RAKAMAN VIDEO PENJELASAN ISU-ISU FEB 2009

Ducapkan ribuan terima kasih keatas pejuang-pejuang blogger dari Perak.
Korang-korang... kalau nak tengok koleksi rakaman video Siri Jelajah Perak sepanjang bulan Februari, 2009 boleh pi jengukRAKAMAN VIDEO klik je...

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco-Exco

YB Wong Kah Woh adalah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC), Adun kawasan Canning juga Setiausaha Publisiti DAP Perak akan memanggil Dr Zamri dan DS Nizar dan Exco-exco untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.PAC akan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama.

PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera, berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri mesar baru dan ketua penerangan kerajaan negeri.Sidang akhbar berlangsung di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

PAC mempersoal pelantikan dan manfaat daripada pelantikan itu, Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (penasihat hal ehwal masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai penasihat hal ehwal agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai ketua penerangan kerajaan Perak.

Perlantikan itu adalah luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri.

"Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undang-undang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya.

"PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu,".

Beliau berkata dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama.

"Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri,".

Di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.Tunggu keputusan mahkamah Beliau yang juga pengerusi Umno Perak berkata sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.

"Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam sebagai mengulas kenyataan Speaker V.Sivakumar bahawa sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini.

Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan."

Korang dengar kenyataan Isteri Rosmah yang last skali... did he say "mana ada kita sampai 50 juta..! mengarut ni..!"

opsss... "mana ada sampai 50 juta..!" ngooooookkk..!

Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

Pada 13 Februari lalu, Mohd Nizar mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Di Taiping, Zambry berkata tindakan Sivakumar itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu.

Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu.

'Cerita karut' kata Zamri..

"Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11. Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja.

"Jadi dia buat peraturan ikut peraturan dia sendiri, suka hati dia apa yang dia nak buat. Dia merasakan bahawa tindakan dia mahu mengatasi Sultan dan sebagainya...ada orang kata 'Singh is King' tapi tak tahulah kalau ada yang kata 'Siva is King'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi piliharaya kecil Parlimen Bukit Gantang di sini Changkat Jering semalam.

Katanya beliau yakin Sivakumar mengetahui tindakannya bertentangan dan tidak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada tetapi masih mahu bertindak 'ikut suka hatinya'.

Zambry juga menyifatkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar itu seperti cerita 'kartun' kerana dalam masa yang sama Sivakumar menggantungnya dan enam Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas yang didakwa Sivakumar telah meletak jawatan juga tidak akan diberi notis hadir.

Ketika ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan menghadiri persidangan itu, Zambry berkata: "mereka patut faham bahawa ia tidak mengikut perlembagaan. Paling penting anda tanya mereka, sama ada apa yang dilakukan mereka betul atau salah, anda tanya mereka".

Sebelum ini, Sivakumar memberitahu pemberita bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.



Al- Fatihah- Ibu mertua DS Nizar Kembali keRahmatullah.

28/2/09. Sabtu. Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.

Jenazah Allahyarhamah Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar, puan Azizah binti Zainal Abidin akan dikebumikan sebelum waktu Zohor 01/03/09. Ahad.

Hanyar serta keluarga mengucapkan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar serta Datin Sri dan ahli keluarga atas pemergian mertuanya/ibu ke rahmatullah.

Al-Fatihah...