ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 19, 2009

AFFIDAVIT DSAI MEMBONGKAR PEREKACIPTA KOSPIRASI

DSAI mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.

Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau.......
KLIK BACA SETERUSNYA
19/06/09. Jumaat.

ANWAR OPTIMIS

kuburumno


kerajaan pr


Kemelut yang berlaku dalam parti kompenan pakatan adalah tidak membimbangkan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik.

“Saya tidak fikir ada kekeliruan dalam pendirian PAS kerana mereka jelas memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.”

“Saya juga yakin Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hj. Abdul Hadi Awang
boleh menyelesaikan perkara itu dengan bijak,” ujarnya sewaktu ditemui di lobi Parlimen.

Itu antara pandangan yang cukup optimis daripada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan isu kerajaan perpaduan yang semacam menjadi kemelut dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Ketika pimpinan PAS melakukan persiapan berdepan dengan Muktamar Agung, Ketua Pembangkang Parlimen itu mengambil sikap tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan meskipun isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang.

Selepas muktamar barulah Penasihat PKR itu mengeluarkan kenyataan sewaktu berucap di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

“Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali,” tegasnya.

Menurutnya PAS telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya dan kita sedia berbincang (dengan Umno) dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan.”

“Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan,” tegasnya.

Saya melihat bahawa kenyataan Anwar adalah lebih lunak, bertolenrasi dan berhikmah berbanding dengan sesetengah kenyataan daripada PAS sendiri. Sekurang-kurangnya Anwar boleh menjadi sebahagian eleman untuk meredakan ketegangan anak beranak ini.

Usahlah menari ikut rentak media, apalagi mengulas atas laporan media tunggangan Umno itu,

Apatah lagi mendengar pandangan daripada musuh turun menurun. Siapa lagi kalau bukan Umno yang sedang terkapai-kapai mencari talian hayat itu. Talian itu sebenarnya ada pada PAS. Boleh kita hulurkan wayar talian hayat itu kepada mereka. Tapi hampir sahaja mereka mengapainya, kita lepaskan kembali, biar mereka terbenam di laut dalam.

Kalau mereka ingin selamat, campakkan ikatan palsu taghut yang menjadi pegangan dan kembalilah bergantung pada Tali Allah!