28/9/2009. Isnin.
Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?
Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.
Macamna pula kalau kita tanya DO-DO ni, berapa banyak umnoBN bagi RM kat DO ni?
Sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?
Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO? Fahamlah erti politik era masakini.
Hairan pula, tapi semua dah faham gelagat Dato ni. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23
Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.
Secara mudah, masa penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.
Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.
Tentunya Hassan Ali ada agenda yang tersembunyi yang hanya dia sahaja yang tahu.
Gunalah otak sikit. Jangan asyik nak wala' je sampai jadi lembu kena cucuk hidung