ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 18, 2009

18/07/09. Sabtu.

RASIONALNYA CARA KEDUDUKAN SI MATI!.......

Sejak kematian mengejut Setpol seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock 2 hari lepas, banyak teori punca kematiannya diceritakan. Namun satu hakikat - hampir tiada yang percaya Teoh membunuh diri. Saya sendiri sudah bercakap dengan puluhan orang dan setakat ini belum seorang pun yang berani berkata pemuda itu telah dengan sengaja mengambil nyawanya sendiri. Malah ada yang sangat yakin pasukan penyiasat SPRM sendiri yang 'menjatuhkan' Teoh!

Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.

Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.

"Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu.

"Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya.

"Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."

Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh oleh SPRM.....

Tiada siapa percaya bahawa Teoh membunuh diri. Siapa juga ANJING/BINATANG GANAS yang membunuh Teoh harus bertanggung-jawap dan di bawa ke muka Pengadilan.