Luka melarat telah menjadi kudis, ubatnya kemudian?
Apa sebenarnya berlaku pada Kerajaan Pakatan Rakyat?
BERSEDIAKAH Kerajaan Pakatan Rakyat, untuk mentadbir Malaysia?
Bersedsialah dengan sejata berpeluru yang sesuai. (jangan tembak tupai dgn peluru kapor)
Alhamdulillah setelah lama berlalu ketika disaat saat akhir dan sehingga gerombolan pimpinan mahasiswa berdemo, baru pucuk pimpinan PAS mahu membincangkan masaalah AUKU yg menimpa pada pelajar/mahasiswa KUIN di Kedah.
Adalah menjadi aneh dan tidak hairanlah jika umno menjadikan modal untuk mereka memanipulasikan keadaan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung pengajian mereka berada pada tahap akhir dan meminta pihak yang bertelagah menyelesaikannya secara damai.
Saya telah berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan peguam pelajar Hanipa Maidin (yang juga ahli majlis pusat PAS), saya minta semua pihak menyelesaikan secara damai.