ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 30, 2009

30/4/09. Khamis.

Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak seperti ahli PAS


Pada mulanya berkemungkinan dalam kepala otak si Dr. Zambry yang ada PHD, bersubahat dalam rampasan kuasa di Perak adalah mudah, nampak senang saja kerana mungkin beliau telah diyakinkan sepenuhnya bahawa mereka boleh berbuat apa saja dengan menguasai semua intitusi serta badan kerajaan dalam menghalalkan matlamat kotor UBN.

Dr. Zambry yang ada PHD, dengan penuh yakin seperti anjing yang patuh pada tuannya, bersetuju apatah lagi jika dijanjikan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun mereka telah berjaya mempengaruhi pihak Istana, rupanya harapan beliau yang disangkakan mudah itu hanya bersifat sementara, tetapi sehingga ke hari ini Dr. Zambry yang ada PHD masih belum mendapat pengiktirafan sebagai Menteri Besar Perak yang SAH.

Seperkara lagi nasib Dr. Zambry yang ada PHD dan Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin adalah sama dimana apa yang aku perhatikan mereka seolah berjuang bersendirian dalam mempertahankan dan menuntut hak berkaitan perlembagaan yang diertikan telah dirogol oleh UBN, dalam perkara ini aku tak mahu sentuh soal Dr. Zambry, cuma aku merasa terkilan sedikit apabila melihatkan seolah-olah Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak seperti ahli PAS, kemana perginya pemimpin-pemimpin PAS yang lain, mengapa tiada sokongan moral daripada kepimpinan PAS.

Jadi tidak hairanlah jika Dato Seri Nizar dikatakan sebagai boneka DAP, kerana yang berdiri teguh dibelakang Dato Seri Nizar adalah pemimpin-pemimpin DAP, jika tiada orang-orang DAP maka kelihatanlah Dato Seri Nizar keseorangan memperjuangkan hak rakyat Perak yang sudah dicabuli yang kini akan dipindahkan semula ke Mahkamah Tinggi. Noktah….

Keputusan kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang sependapat bahawa kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi amat aku hormati, dan masih terlalu awal untuk mengulas dengan lebih lanjut, oleh kerana negara ini bernama Malaysia Darul Boleh.

Cara permainannya masih lagi kotor apabila kes ini berhadapan dengan campur tangan sang pengotor durjana dalam institusi perundangan negara, yang selama ini senyap seketika dan aku ingatkan dah mampus tetapi masih hidup lagi rupanya… iaitu si Gani Pak Tail yang berperanan sebagai pencelah, Malaysia Darul Boleh.

Nampaknya perjalanan kes ini amat berliku dan penuh ranjau bagi Dr. Zambry yang ada PHD tu, jika anda percaya kepada keajaiban, maka tiada yang mustahil akan berlaku. Dan jika beliau seorang yang ada PHD dan bergelar Doktor yang ada maruah diri maknanya beliau tidak akan sanggup memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh orang atasannya dengan melanjutkan lagi perkara ini.

Sepatutnya dengan kebijaksanaan seorang Doktor yang ada PHD, beliau seharusnya mempertahankan harga diri sebagai seorang yang berpengaruh dan ada jati diri sebagai seorang jantan yang bermaruah. Biarlah ianya nampak mulia di mata masyarakat, daripada dicerca dan di maki hamun setiap hari.

Isa : Kerajaan Negeri Perak masih tiada Menteri Besar lagi… mahkamah pun belum bagitau siapa yang sah sebagai Menteri Besar…

30 April. 2009. Khamis.

Gua Orang Orang Biasa Saja

Maka gua wujud dijadikan sebagai orang biasa. Gua kena belajar dan bekerja. Kadang-kadang gua merangkak, kadang-kadang gua berlari. Ada juga berapa kali gua tersungkur. Gua pasrah dan redha. Kadang-kadang juga gua pedih, perit, terkesima. Lumrah alam.

Gua kadang-kadang pandai juga bersyukur. Hidup di bumi ini kadang-kadang kena pandai ikut rentak alam. Gua ikut. Tersungkur jugak. Tak la sempurna gua ni. Tapi gua belajar pelan-pelan. Agar gua dilandasan betul.

<<>>Gua tak pergi ke jalan gelap.

***

Gua syak


@@@@@@gua begini sebab belum kena uji

%%%%%%%%%%%%%%dengan $ sebillion kot?



AKU, DIA, ATAU.......?