16/06/09. Selasa.
MALAYSIA AGAMA RASMI "ISLAM" YANG MANA LEBIH WAJIB?
Semasa perjalanan ke tempat kerja tadi diibu kota, Hanyar mendengar radio IKIM. Dalam bual bicara itu mereka membincangkan berkenaan saranan kerajaan untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM.
Pelbagai pandangan dan pendapat di lontarkan oleh pendengar, namun ramai yang membantah. Hanyar secara peribadi juga membantah cadangan kerajaan tersebut.
Sepatutnya kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama berbanding bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM. Keadaan masyarakat yang kronik dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa yang kosong dengan ilmu-ilmu kerohanian. Sekiranya kerajaan mewajibkan pelajar SPM lulus bahasa Inggeris bermakna mereka wajib belajar bahasa Inggeris. Dalam soal ini sepatutnya mata pelajaran Agama diwajibkan untuk belajar dan lulus dalam SPM.
Sebenar ada baiknya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi kecemerlangan tetapi akhlak dan moral mereka amat rendah serta tandus ilmu-ilmu agama. Amatlah tidak membanggakan negara Malaysia. Bahasa Inggeris bukanlah tiket untuk mencapai kemajuan, negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Jerman boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris dan pencapaian mereka jauh lebih baik.
Sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini sebelum mencadangkan pelbagai lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat. Sepatutnya kerajaan lebih prihatin dengan tuntutan rakyat, mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar. Dan sudah pastinya keciciran akan berlaku pada anak-anak melayu di luar bandar yang menjadi mangsa kepada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti PPSMI.
Namun begitu, ini bukan bermakna penentangan secara total atas usaha-usaha ini. Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dengan tidak meminggirkan bahasa ibunda. Di samping itu, pihak kerajaan sebenarnya perlu melihat tenaga-tenaga pengajar untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam Bahasa Inggeris.
ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Jun 16, 2009
16/06/09. Selasa.
SEMANGAT RAKYAT UNTUK MALAYSIA..................
SEMANGAT RAKYAT UNTUK MALAYSIA..................
Lepas angkat sumpah sebagai MP, MB Rakyat dari Perak, YB Nizar Jamaludin telah dihalau keluar dari Dewan. Ai.... bontot pun belum panas lagi dah disuruh keluar..... What the giler babi is this????
Selain Nizar.... 6 orang lagi MP turut menerima nasib yang sama. Nga.... Ngeh... Gobalakrishnan.... Kulasegaran.... Mahfuz Omar.... Dr Hatta.... habis dihalau nyer keluaq. salah nye cuma sebab depa pakai head band hitam bertulis "BUBAR DUN"
Kemudian lain-lain gang PR turut serta memberi sokongan kepada Nizar. Antara nye.... Nurul Izzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Teo Nie Ching dan lain-lain nyer ler..... Siap dengan sorakan "BUBAR DUN!! BUBAR DUN!! BUBAR DUN!!!" Bergema le satu Dewan... yeop!!! Itu yang Speaker Dewan tak boleh tahan tu..... Ater, species depa ni kan ker phobia dengan head band hitam dan perkataan 'BUBAR DUN'. Pecah gegendang telinga depa oi....
Speaker pun kata..... udah tu.... udah... udah... udah!!! Baik hang bukak head band tu atau you get out!!! Gang-gang PR tu buat tuli je...... apasal lak!!! Semua nyer tak leh... Sebut Altantunya tak leh.... itu tak boleh.... ini tak boleh..... demokrasi hapa bende ni...!!! Parlimen lambang demokrasi kan??? Tapi, demokrasi yang digunapakai di sini ialah demokrasi taik kuching!!! Demo pun tarak kasi...... Pigiraaaaahhhh!!!
Udah orang halau...... depa pun keluaq le. No hal punye.... Si Speaker juga telah menggantung mereka dari menghadiri persidangan selama dua hari. Eleh..... so what, dua hari je!!! Gang lain banyak lagi ada, boleh hentam depa.....
Itu le cerite hari pertama wira rakyat Perak di Parlimen....
Itu yang aku respect gile dekat Nizar. Demi maruah rakyat Perak, sanggup lakukan apa saje.... walau kena halau dan digantung dua hari. Ini le pemimpin rakyat yang ada maruah.
Hidup Nizar!!!! Hidup Kuasa Rakyat!!!!