ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 13, 2009



GMP Bermesyuarat Sebelum Jumpa Polis

Barisan kepimpinan GMP yang dikehendaki oleh polis supaya melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi akan bermesyuarat hari ini jam 3.00 petang di Rumah PENA.- universitipts.com



Hadi, Samad Said disiasat polis - Malaysiakini



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk siasatan berhubung perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu lepas.

Polis juga ingin pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hasan Ahmad bersama barisan pemimpin gabungan itu menghubungi polis bagi membantu siasatan dalam demonstrasi dekat Istana Negara, lapor Bernama.

Pak Lah, Anwar & Syeikh Mahmud al-Majzub



Pak Lah atau Anwar yang terperangkap? Dengan harapan pemimpin pentingkan rakyat, dan rakyat jangan tersepit. Dibawah dipaparkan petikan blog selamatkan umno. Baca dan teliti.

Jarang sekali berlaku seorang pembahas sehebat Anwar mampu dijinakkan. Namun itulah antara keajaiban yang berlaku beberapa hari lepas. Anwar terdiam mendengar ucapan Pak Lah.

di petik dari sebuah laman blog pro pembangkang Sayuti Omar, menyatakan antara tetamu yang hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Selain nama Anwar, Drs H Muhammad Yusuf Kala, Naib Presiden Indonesia juga Dr Bohkin Bhalakula, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Thailand.

Ingatlah kepada bidalan lama yang masih relevan sekiranya tidak ada mengada tempua tidak akan bersarang rendah. Pastinya kehadiran Abdullah dan Anwar ke madrasah Nurul Iman itu ada rahmat dan yang pastinya mereka dihantar oleh Allah untuk bertemu, bertentangan mata dan berjabat salam.

Apa yang dapat disaksikan dan dirasakan ia sungguh memberi erti besar. Tidak mustahil dalam menghuraikan erti dan hikmah pertemuan Abdullah – Anwar tengah hari 10.03.09 ia menyebabkan selesama Najib semasa membentang minit bajet di parlimen semakin melarat dan mungkin akan membawa kepada demam dan panas kepada pula..

Hidup Pak Lah..... !!!