Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
tengah malam tadi seekor beruk sekali lagi menyerang plak demokrasi di ipoh. beruk tu tak perasan, camera video di pasang dan sekali lagi, dia mengetuk ngetuk plak tersebut dan mencurahkan tar.
SHAH ALAM 13 Mac - Pengisytiharan harta yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor tidak praktikal kerana terdapat beberapa pengecualian melibatkan ahli keluarga.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ia berbeza dengan sistem pengisytiharan berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, SPRM mengkehendaki kesemua [Read More...]undefinedanggota keluarga yang mempunyai kaitan dengan aset yang dimiliki oleh Menteri Besar dan Exco perlu dinyatakan bersama.
"Saya tidak tahu sistem apa yang dipakai oleh kerajaan negeri berhubung pengisytiharan harta ini.
"Ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu, kita isytiharkan aset terus kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) berdasarkan peraturan kerajaan seperti mana yang ditetapkan kepada penjawat awam.
"Jika kerajaan negeri mewujudkan pengecualian seperti ini, maka tidak mustahil berlaku amalan proksi yang menjaga aset-aset dimiliki sama ada Menteri Besar atau Exco boleh berlaku," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas langkah kerajaan negeri mengumumkan senarai harta yang dimiliki oleh Menteri Besar dan para Exco kerajaan negeri.
Pengumuman itu dibuat setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua Exco Selangor mengisytiharkan aset mereka sebagai salah satu usaha mewujudkan tadbir urus yang baik di Selangor.
Dalam pada itu, Mohamamd Khir ketika ditanya mengenai desakan Pas Selangor semalam yang mahukan beliau bersama Exco sebelum ini mendedahkan jumlah aset masing-masing seperti dilakukan kerajaan negeri hari ini berkata, pihaknya telah pun berbuat demikian sebelum ini.
Katanya, ketika menjadi Menteri Besar, beliau telah mengarahkan semua Exco mengisytiharkan harta mereka kepada KSN termasuklah Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai SPRM.
Malah menurut beliau, pengisytiharan itu turut melibatkan anggota keluarga serta mana-mana individu yang mempunyai pertalian darah.
KUALA LUMPUR 13 Mac - Riwayat UMNO akan berakhir sekiranya calon yang diketahui terlibat dengan politik wang menjadi pilihan para perwakilan pada Perhimpunan Agung parti itu hujung bulan ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan para perwakilan supaya membuat pilihan yang tepat dan mengelak amalan politik wang yang merupakan bencana besar pada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan negara.
''Masih banyak cakap-cakap mengenai [Read More...]undefinedpolitik wang. Memang ia tidak boleh dibuktikan tetapi semua tahu siapa yang terlibat. Cuma tidak mudah nak suruh orang tampil beri keterangan, namun mereka akan bercerita.
''Maka kalau mereka pilih juga orang yang terlibat dalam politik wang, maka itu adalah pengakhiran kepada UMNO dan BN juga,'' katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan perasmian bangunan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) di pejabatnya di sini hari ini.
Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO berkata, rakyat memerhati setiap perkembangan yang berlaku dan apabila tibanya pilihan raya umum kelak, mereka tidak akan segan silu untuk menyatakan pendirian seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
"Rakyat akan kata awak boleh kuasai UMNO dan seluruh ahli UMNO tetapi tidak bagi kami. Awak boleh sogok orang UMNO, bagi jawatan, bagi duit dan sebagainya tetapi tidak bagi rakyat.
"Rakyat ada satu undi dan tahu apa dia nak buat dengan undi dia," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan beliau akan terus menangguhkan hasrat untuk kembali menyertai UMNO sekiranya pemimpin yang terlibat politik wang dipilih kelak, Dr. Mahathir berkata, beliau akan tunggu dan lihat.
"Syarat pertama saya kalau Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tidak menjadi Presiden. Selagi menjadi Presiden, saya tak baliklah,'' ujarnya.
Mengenai kedudukan jawatan Perdana Menteri selepas berakhirnya pemilihan parti 28 Mac ini, Dr. Mahathir berkata, tiada peruntukan Perlembagaan yang menyatakan Presiden UMNO mesti menjadi Perdana Menteri.
Katanya, perkara itu hanyalah menjadi amalan dalam UMNO dan sebab itu jika Abdullah masih mahu terus sebagai Perdana Menteri maka Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menjadi Presiden UMNO.
''Masa saya dulu macam itu juga, saya menjadi Presiden tetapi Datuk Hussein (Tun Hussein Onn) tidak letak jawatan (Perdana Menteri) lagi sehinggalah kira-kira dua minggu selepas itu.
''Ini amalan, lepas ini kalau dua minggu, 10 minggu, itu saya tak tahulah. Cuma rakyat akan perhati,'' jelasnya.
Updates: Commentator [Read More...]undefinedLim Seng did so detective work, producing the above picture of Amin Pipet from the Selangor website, showing his Datukship in 2004.
Saya berkesempatan makan tengahari dengan seorang kawan baik kepada Jamaluddin dan Osman Jailu, dua bekas ADUN PKR yang melompat ke UMNO di Perak. Saya telah cuba mengorek cerita mengapa mereka ini telah sanggup membelot parti mereka sendiri dan amanah rakyat.
Dari cerita beliau, saya dapat membuat beberapa analisa:
a. Sikap tidak puas hati Jamaluddin ini bermula sejak dari masa penubuhan kerajaan negeri lagi. Kita jangan lupa bahawa majlis angkat sumpah di Istana Kuala Kangsar pernah ditangguh. Pengangguhan adalah kerana Jamaluddin telah memberitahu Raja Nazrin bahawa beliaulah sebenarnya calon MB yang layak dan bukannya Nizar
b. Sikap tidak puas hati ini terbawa-bawa sepanjang pemerintahan Kerajaan PR di Perak.
c. Oleh kerana "background" Osman dan Jamaluddin hanyalah tokeh bundle dan tokeh kantin, setiap kali mesyuarat exco mereka sering gagal untuk mempertahankan idea mereka.
d. Berbanding dengan pimpinan PAS yang mempunyai latar belakang professional dan DAP yang rata-ratanya peguam, maka Osman dan Jamaluddin sering mendapati idea-idea mereka tidak bernas dan cetek.
e. Untuk membalas dendam, Osman dan Jamaluddin telah menyebarkan fitnah kononnya Nizar lebih tunduk kepada DAP berbanding dengan mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang mahu mendengar idea dari orang-orang yang cetek seperti Osman dan Jamaluddin.
f. Dan, dari Osman dan Jamaluddin lah cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP didengari ramai.
Oleh kerana populariti Nizar di Perak semakin lama semakin besar, mereka melihat harapan Jamaluddin untuk menjadi MB menjadi semakin malap. Malahan, fitnah yang mereka taja juga tidak mampu menggugat popularity YB Nizar di Perak.
Akhir sekali, mereka mengambil keputusan untuk menerima pelawaan/pembelian dari UMNO yang menjamin laba kewangan yang sangat besar.
Kalau kita perhatikan, portfolio yang mereka pegang juga amat malap dan tidak berfungsi sama sekali. Mereka adalah seperti kayu mati yang terapung di atas Sungai Perak.
Ertinya, semua krisis di Perak berpunca dari sikap Jamaluddin yang tidak puas hati kerana tidak dilantik sebagai MB Perak. Itu sahaja. Cerita-cerita lain adalah fitnah semata-mata.
Semua cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP juga datang dari dua ekor beruk ini kerana kegagalan mereka untuk mengutarakan idea mereka angkara kebodohan dan kerendahan tahap berfikir dua ekor beruk ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (Mad Said) terpaksa menafikan tohmahan orang Besut yang menuduh beliau mengabaikan pembangunan di daerah Besut selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh (Deris).
Menurut Mad Said, tohmahan itu tidak berasas memandangkan Besut menerima lebih RM800 juta daripada bajet negeri untuk tahun 2009 yang berjumlah hampir RM1.8 bilion untuk menyiapkan lima projek pembangunan di daerah itu.
Beliau memberitahu, antara projek berkenaan ialah Taman Ilmu berjumlah RM410 juta, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) berjumlah RM250 juta, Jertih Souq (RM45 juta), Sekolah Imtiaz (RM145 juta) dan Masjid Hadhari.
Namun beliau mengakui bahawa semua itu projek lama, projek yang di bawa balik oleh Deris sendiri.
”Meskipun ini projek lama tapi perlu diteruskan dan peruntukannya dimasukkan dalam Bajet Negeri 2009. Walaupun Taman Ilmu belum berjaya menarik sebuah universiti pun dan peruntukan Sekolah Imtiaz besar sedangkan ia bukan sebuah universiti, namun jika ditamatkan jadi cerita lain pula.
”Jadi, kalau kata saya ketepikan Besut, itu tidak betul. Jika tidak (Besut) tinggal begitu sajalah,” kata Mad Said pada sidang akhbar menjelang setahun pentadbirannya sebagai Menteri Besar Terengganu hujung bulan ini di sini Rabu lalu.
Mad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Deris selepas kemelut pemilihan dan kontroversi yang berlanjutan kira-kira sebulan selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lepas.
Menurut Mad Said, daerah lain di negeri ini tidak menerima peruntukan sebesar Besut, malah Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri masih ketinggalan dari banyak segi.
”Saya sendiri malu dan sedih melihat keadaan Kuala Terengganu terutama semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lepas iaitu apabila saya masuk ke kampung tengok rumah-rumah robek sana-sini,” kata Mad Said.
Namun hakikatnya semua orang politik tahu, kalau boleh memang Mad Said nak ‘kerat’ saja projek-projek tu.
Masa mula Mad Said naik tingkat 16 pun, memang semua projek-projek tu di buat ‘review’, dan ada yang ‘hold’ dulu.
Tapi disebabkan tak ada ruang nak ‘kerat’ kerana semua dokumen projek telah selesai, jadi Mad Said kena teruskan juga projek-projek Deris di Besut.
Yang lain semuanya dah Mad Said kerat. Dalam akhbar mingguan Watan, banyak diceritakan bagaimana Mad Said kerat orang-orang Deris di Kemaman.
Awang Tera masih dilihat sebagai orang Deris di Kemaman. Semua hubungkait urusniaga Kemaman Supply Base (KSB) kini diberikan kepada Hj Dol. Awang Tera pernah mengeluh tentang hal ini.
Pertukaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan Terengganu menjelang pilihanraya Kuala Terengganu juga ada kaitan dengan ‘ethnic cleansing’ oleh kumpulan Mad Said.
Sebab itu timbul bantahan secara terbuka bila ada yang berani menaikkan kain sepanduk dipagar depan Wisma Darul Iman.
Begitu juga penstrukturan semula syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu. Secara sistematik Mad Said telah menendang keluar orang-orang Deris dan digantikan dengan orang-orangnya.
Dalam Sidang DUN yang lalu, Mad Said ambil kesempatan belasah Deris. Polisi-polisi yang Deris ambik dikritik Mad Said.
Antaranya Mad Said kata, tidak betul kalau ladang sawit di Kemaman tetapi pegawai duduk di Kuala Terengganu.
Mad Said ‘belebe’ ungkit kisah dulu-dulu, katanya pegawai TDM duduk di Kuala Terengganu, buah masak di ladang tidak diambil peduli.
Masa itulah dia ambil peluang belasah TV3, beri amaran tentang tuduhan rasuah yang dikeluarkan oleh TV3 masa Mad Said nak naik jadi Menteri Besar dulu.
Sebenarnya ‘orang Deris’ yang beri ‘line’ kepada TV3 buat ‘story’ rasuah Mad Said. Jadi dua-dua Mad Said sapu, TV3 pun kena, Deris pun dia sapu.
Dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Mad Said bukannya hendak sangat supaya Wan Farid menang.
Semua orang tahu Wan Farid bukan pilihan Mad Said sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri.
Apabila Najib sudah mengisytiharkan Wan Farid sebagai calon, Mad Said terima saja dan buat-buatlah depan Najib yang dia kerja sungguh-sungguh.
Sandiwara Mad Said masuk kampung keluar kampung pun orang boleh lihat. Kalau tak, takkan di Ladang ada dua bilik gerakan UMNO.
Satu bilik gerakan untuk orang Mad Said dan satu lagi untuk orang Deris.
Usaha mengusulkan undi tidak percaya keatas Mad Said masih terus berjalan. Sehingga waktu hampir pilihanraya kecil Kuala Terengganu pun orang-orang Deris masih berkeliaran.
Ada juga kedengaran yang cuba ajak wakil-wakil rakyat PAS beri sokongan kepada mereka sekiranya usul itu dibawa ke Sidang Dewan.
Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.
Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 24 Februari lalu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah. Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan mengenai sidang DUN yang bersejarah tersebut - tidak rosak.
Edisi online China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.
Speaker V Sivakumar yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral.
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar melihat plak di bawah "Pokok Demokrasi" yang telah dipecahkan
Khalid Mahu KSN Jelaskan..... Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor menggesa Ketua Setiausaha Negeri (KSN) memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan PR.
MB Tan Sri Khalid Ibrahim , dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri berkata keadaan itu [Read More...]undefinedsekaligus menjatuhkan maruah pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri.
Beliau mengulas isu pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dalam perlaksanaan Program People Centric yang bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor.
Terdahulu, satu usul tergempar telah dibentangkan berhubung tindakan Kerajaan Persekutuan cuba menjatuhkan Kerajaan PR negeri Selangor.
Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.
Menurutnya, dokumen yang bertajuk ' Pelaksanaan Program People Centric di Negeri Selangor' satu mesyuarat telah diadakan 26 februari lalu dan membabitkan Agensi Keselamatan Negara serta SPR.
Lau memberitahu dewan, program berkenaan dilaksanakan bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan BN menguasai negeri Selangor dan juga meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi pilihanraya akan datang.
Tan Sri Khalid berkata program tersebut juga menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang bertindak menyebelahi Kerajaan BN.
"Mereka sepatutnya bersikap bebas dan professional dalam menjalankan tugas...lebih teruk lagi program ini juga cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telahpun bertitah tidak mengkitiraf JKKP di Selangor," katanya lagi.
Beliau juga tertanya adakah program tersebut antara sebabnya Kerajaan PR Negeri Selangor seringkali diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.
Beliau merujuk kepada isu derma lembu korban, penggunaan kereta peribadi MB dan juga yang terbaru dakwaan Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun kononya saudara beliau (Khalid) terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat khas di tingkat 5, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
"Ingin saya nyatakan, tuduhan isu lembu dan kereta serta tuduhan Adun Kuala Kubu Baru adalah tidak benar sama sekali...Tidak ada sebarang aktiviti di Tingkat 5, Bangunan SUK seperti yang digembar gemburkan," tambahnya lagi.
Di samping itu, katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan semua anak syarikat Kerajaan Negeri supaya tidak melayan (jika ada) sebarang permintaan ahli keluarga atau rakan serta pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan.
DAP politician Teresa Kok today filed a suit at the Kuala Lumpur High Court against Home Minister and three others for unlawful arrest and false imprisonment last year.
The suit was filed by her lawyer Sankara Nair at the court registry this morning, reports Malaysiakini.
teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 03Kok, the member of parliament for Seputeh and the Kinrara state assemblyperson, named Home Minister Syed Hamid Albar, Inspector-General of Police Musa Hassan, arresting officer DSP E Kim Tien and the Malaysian government as defendants.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk siasatan berhubung perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu lepas.
Polis juga ingin pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hasan Ahmad bersama barisan pemimpin gabungan itu menghubungi polis bagi membantu siasatan dalam demonstrasi dekat Istana Negara, lapor Bernama. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat dilaporkan berkata perarakan itu tidak mempunyai permit dan melanggar undang-undang bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa serta beberapa pemimpin kanan parti termasuk naib presidennya Mohamad Sabu, ketua Pemudanya Salahuddin Ayub dan ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan pemimpin PKR Saifuddin Nasution Ismail juga turut dikehendaki polis.
Timbalan pengerusi GMP Dr Shaharir Mohd Zain, profesor bahasa Dr Abdullah Hasan, setiausaha GMP Hasni Abas, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah dan pemimpin Pemuda PAS Kamarulzaman Mohamad turut diminta membantu siasatan, lapor agensi berita itu lagi.
Polis juga mengkehendaki ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, exco penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, dan ahli jawatankuasa GMP Ainon Mohd.
Bekas pemimpin kanan Pemuda PAS Idris Ahmad dan ketua Angkatan Muda PKR Batu Rozan Azen Mat Rasip juga tersenarai.