ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 19, 2010

Kebijaksanaan Cina Bukan Setakat Berpolitik

BENARKAH SEMUA ITU? APAKAH MASIH MELAYU SANGGUP BERPELUK TUBUH?


1.Bandingkan Bank Cina(Public Bank) dengan Bank Melayu(BSN, Tabung Haji).Public Bank mengutamakan masa pelanggan. Disediakan kaunter yang banyak supaya urusan cepat. BSN dan Tabung Haji menyediakan tv, kerusi empuk dan kasyer yang cantik(BSN) supaya pelanggan boleh duduk lama sambil menonton tv dan menjamu mata.

2. Orang Cina hantar dan ambil anak di sekolah supaya mereka boleh jamin anak ke sekolah. Orang Melayu beli motosikal untuk anak ke sekolah supaya tidak menyusahkan mereka menghantar anak. Akhirnya anak melencong ke lain.

3. Pelajar Cina dan Melayu yang nakal, perangainya lebih kurang sama, malas belajar, ponteng sekolah, melawan guru dan tak faham satu pun apa yang diajar oleh guru. Tetapi apabila keluar sekolah pelajar Cina lebih berjaya. Bezanya, ibu bapa Cina akan mengatur dan menyusun masa depan anak mereka sebaliknya orang Melayu,anak akan mengatur dan menyusun mak bapa.