ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Oct 12, 2009

12/10/2009. Isnin.

HARAPAN PENGUNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT, HAMPIR KECEWA. MASIH ADAKAH PELUANG UTK PR PADA PRU13 NANTI?

Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, rakyat melihat cara kepimpinan parti dari PR amat bercelaru dan merunsingkan masa depan anak bangsa. Kalau beginilah masih terus berlaku dan tindakan dari DSAI diambil mudah, PRU13 nanti akan hancur harapan rakyat pada slogan "MASA UNTUK PERUBAHAN" akan TIDAK BERMAKNA.
Tidak salah apa yang diperkatakan oleh umno kepada KEADILAN, perjuangan KEADILAN hanya untuk membebaskan DSAI dari penjara sahaja dan bukan matlamat perjuangan yang hak untuk keadilan rakyat. (Hanyar amat tidak setuju dengan pendapat umno itu, perjuangan asal adalah menentang rasuah dan kembalikan hak rakyat dengan adil, itulah matlamat Hanyar dulu dan masa kini).
Hanyar bukanlah berniat untuk memburukkan keadaan tetapi, ia adalah realiti sejak kemenangan PR diSelangor. Lihat lah seperti diCabang Kuala Selangor dan yang sama berlaku diCabang yang lain juga. Kalaulah kepimpinan Pusat tidak boleh mendengar masaalah akar umbi parti, maka hancurlah pemerintahan yang sedang PR menerajui Selangor.
Adalah tidak adil jika Hanyar berkata pemimpin PR atasan bersandiwara pada rakyat. Hakikat nya rakyat akan menilai semasa PRU13 adalah terlewat.
Hanyar akan luah kata hikmat ini "KECIL TAPI PENTING" hurai dan fikirlah sendiri. Berita seterusnya klik saja

BUATLAH PERUBAHAN, SEBENAR-BENAR PERUBAHAN. DAN JANGANLAH SEPERTI MENANAM TEBU DIHUJUNG BIBIR SAJA.

12/10/2009. Isnin.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata
Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah.

PRK di Bagan Pinang secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi, sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.