ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 5, 2010

05/01/10. SELASA.

2008 DAN 2009 TELAH BERLALU. PERUNTUKAN RM KPD YB SELAMAT TERLAKSANA.

Diruang sesawang maya ini, hanyar dan rakyat marhain di Negeri Selangor, khususnya di Kuala Langat tertanya-tanya peruntukan RM untuk prestasi perbelanjaan Adun dan Parliman bagi 2009. DiParliman Kuala Langat, mempunyai 3 DUN yang masing-masing menerima sama banyak iaitu RM500.000.00 kecuali parliman menerima RM150.000.00 untuk setahun.


Graf yang lebih terang klik sahaja. Maklumat prestasi perbelanjaan 2008


Graf yang lebih terang klik sahaja.Maklumat Prestasi Perbelanjaan 2009


Kini setahun telah berlalu, kalau dilihat wakil rakyat di Kuala Langat prestasi perbelanjaan amat berhemah. Hingga tidak habis diguna pakai kepada keperluan penduduk Kuala Langat. Menjadikan tanda tanya dari rakyat Kuala Langat, hampir setiap bulan wang keluar kecuali dun Morib pada bulan Sept dan Parliman pada bulan Mei tidak mengeluarkan wang peruntukan itu.

Dimanakah wang peruntukan itu diguna, sedangkan salah satu sebagai contoh di Kampong Sungai Sedu, Sungai Manggis dan Telok Datuk, tidak nampak pembangunan hasil dari wang peruntukan itu mengalir. Banyak projek yang berjalan lancar, nampak terus dimata rakyat Kuala Langat kebanyakan projek terus dari kerajaan umno tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Pengesahan adalah dari mulut Ahli Majlis MDKLgt sendiri. Kalaulah begitu dimanakah wang peruntukan itu yang telah habis diguna keluar menjadi projek kenyataan dari peruntukan dun? Seharusnya JKKK serta Ahli Majlis perlu terangkan pada rakyat kawasan untuk pengetahuan sebagai kita mahu perubahan.

Sepertimana diSungai Sedu, semasa kempin PRU12 lepas, calon dan kini dipilih sebagai YB telah berjanji akan membaik pulih longkang-longkang disetiap lorong penempatan penduduk. Tetapi kini hanya janji tinggal janji sahaja. Tidak perlu desakan dari penduduk, untuk meminta semua itu.

Dun Telok Datuk berbelanja habis sehingga akhir Nov 2009 sebanyak RM 414.166.00 dan masih berbaki sebanyak RM 85.834.00. Mengapa pula tidak dapat melaksanakan perkara kecil itu, semacam terlepas pandang sahaja.

Kalau dilihat pula pada tahun 2008, rekod kegunaan amat berhemah untuk YB ini. Yang amat tersikit diguna untuk kepentingan rakyat iaitu RM 120.567.00 dan baki RM 254.433.00.

Meneliti rekod pada dun Telok Datuk, patut diberi kepujian tinggi, mungkin agaknya patut disenarai untuk diberi pingat dari Sultan pada tahun depan. Malangnya amat tidak sempurna cara pengagihan peruntukan perbelanjaan untuk kawasan Dun beliau.

Berlainan pula pada dun yang tidak menang, iaitu didun Morib yang begitu banyak habis diguna pakai, baik pada tahun lepas dan tahun ini. Dan parliman pula entah apa yang dibelanjakan dan tidak nampak projek besar yang dilakukan, tetapi paling maksimam habis sehingga bulan Nov RM145.823.44 dan berbaki RM 4.176.56. Entah berapa pula dikeluarkan pada bulan Des 2009.