ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 11, 2009

11/06/09. Khamis.

CERITA LAMA TAPI TAK LAPUK..................

Gaji Pengerusi SYABAS, Tan Sri Razali Ismail, diberitakan mencecah RM5.1 juta setahun. Itu tidak termasuk “claim” dan grautiti lain. Al maklumlah, perkara asas seperti air pun Barisan Nasional mahu meniagakan untuk menguntungkan kroni.

Sekiranya SYABAS mampu membayar gaji Pengerusi mereka dengan sebegitu banyak sekali, bayangkan betapa besar keuntungan yang didapati oleh mereka dari perusahaan mereka menjual air.

Razali berhujah
bahawa dia layak menerima gaji setinggi tersebut kerana ianya melambangkan kemahuan serta kebolehan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dari nya.

Soal sekarang, apa yang susahnya untuk mentadbir SYABAS, semua syarikat monopoli.

Kalau Steve Job misalnya, layak menerima gaji yang tinggi kerana selain dari permasaalahan mentadbir sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa, beliau terpaksa memikirkan persaingan yang beliau terpaksa hadapi dengan syarikat lain seperti Dell dsbnya.

Apakah saingan yang perlu dikhuatiri oleh SYABAS? Adakah syarikat lain di Selangor yang memberikan khidmat air kepada pengguna? Adakah pengguna di Selangor mempunyai dua paip air di setiap rumah dan dua meter air di setiap rumah mereka?

Tidak, kerana SYABAS adalah bisness monopoli dan tak perlu seorang yang bergaji dan berkebolehan tinggi untuk menjayakan syarikat ini.

Ini bererti pembayaran gaji kepada Razali Ismail ini adalah satu bentuk korupsi yang menjadi mercutanda UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO Adalah Ibarat Parasit

Kesemua sumber asas negara telah dieksploitasi oleh UMNO atas nama Ketuanan Melayu untuk menjadikan beberapa kerat UMNOPUTRA kaya raya.

Manakala, majority rakyat dan orang Melayu masih merempat dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk menampung keluarga mereka.

Dari kajian yang dibuat baru-baru ini, 65% dari keluarga Melayu di Malaysia hanya mendapat RM3500 sebulan (dalam kedua-dua ibu dan bapa bekerja).

Pada waktu yang sama kita lihat ada CEO kepunyaan UMNO yang mendapat gaji RM5.1 juta setahun tidak termasuk “benefit”.

Lihatlah betapa besar jurang pendapatan UMNOPUTRA dengan majority rakyat Malaysia dan orang Melayu.

Inilah dia hasil polisi dan pentadbiran UMNO selama lebih 50 tahun. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin dirompak.

Keluarga Melayu yang mendapat RM3500 setahun ini akan lebih dibebankan dengan kenaikkan bil air demi untuk menanggung gaji para UMNOPUTRA yang duduk di tampuk pentadbiran SYABAS.

Saya tinggal di Selangor dan saya melihat kualiti air , tidak ada perubahan yang jelas walaupun bil air saya semakin menaik.

Rupanya, kenaikan bil air saya itu diperlukan untuk mengkayakan lagi para UMNOPUTRA.
11/06/09. Khamis.

HANTU YANG DIHANTUI...............


Hari ini terlalu banyak cerita hantu yang kita tahu. Nama hantu yang dah pupus dulu muncul kembali. Kita takut dengan hantu dulu kerana kita selalu ditakutkan dengan hantu yang mampu membunuh, mencekik dan sebagainya. Sepaham saya belum ada hantu yang membunuh kerana hantu adalah syaitan yang dicipta dari sumber berbeza yang tak mampu menyentuh kita... hanya menakutkan...

Memang masa duduk kat kampung, kita amat takut bila lalu di tepi tanah perkuburan melayu. Mungkin kerana semak atau pelbagai cerita yang menakutkan. Bila saya sekolah di Izzuddin Shah sampai hari ini di beritahu terlalu banyak "projek" kat kubur cina belakang padang Sultan Abd Aziz. Tak takut hantu ke??? MALAH PROJEK ATAS KUBUR LAGI...

Sebenarnya orang tak takut hantu Cina kerana dalam filem cina hantunya bersifat lawak. Boleh berhenti dengan hanya tampal plaster jepun je.... lepas tu main lompat plak..bukan terbang macam hantu melayu....kesimpulannya hantu ditakuti kerana gambaran hantu itu selamanya buruk.... cuba kita gambarkan hantu tu cantik macam Harum sundal Malam " maya Karin???? Atau macam orang dulu kata kalau dapat letak paku kat tengkuk Langsuir, kita akan dapat gadis yang cantik???? mesti ramai jadi pemburu hantu kan????? mungkin saya antaranya.... melalut pasal hantu la plak...

Apa yang saya nak ketengahkan ialah ketakutan masyarakat kita terhadap hantu... Sebenarnya ketakutan itulah musuh utama kita. Kemalangan berlaku kerana gangguan hantu menakutkan orang bukan kerana hantu mencekik orang... sebab tu masa belajar dulu.. Dr Harun Din Nasihatkan.."kalau takut hantu berhenti dulu dan baca ayat Kursi..jangan lari... hentikan dulu kenderaaan..." Kata kawan saya " kalau dah takut macam mana nak berhenti???" ya tak ye jugak.... puncanya TAKUT.

Kalau di tanya berapa orang yang pernah bertemu hantu??? jawapannya dua antara sepuluh ribu kut.. itu pun satu darinya ..pokok pisang yang disangka hantu...Ramai yang lari atau memandu laju kerana takut hantu lalu kemalangan. Ramai juga yang hilang kawalan hanya kerana takut bila melihat bayang seakan hantu dan jatuh lumpur kerana bayang itu . PERSOALANNYA ..HARUSKAH KITA TAKUT SESUATU YANG KITA TAK PASTI??? kenapa tak diselidiki terlebih dahulu??? tidakkah gopoh itu dari syaitan??

saya amat bimbang kita membunuh kawan kita kerana kita ditakutkan kononnya ada perompak yang menunggu di luar pintu rumah kita...bila kita menyerang ...rupanya kawan karib yang bertujuan menghantar hadiah untuk kita.... andai parang yang kita gunakan dan sahabat kita luka atau mati...tidakkah kita menyesal?????

Lebih malang lagi jika kita memukul seseorang dalam gelap hanya kerana ketakutan kita terhadap hantu, rupanya itu adalah ayah yang membesarkan kita..kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi terhadap kita..walau berkali ayah menyebut" ini ayah bukan hantu..." hanya kerana ketakutan terhadap HANTU YANG SELAMA INI KITA TAKUTI... SEDANG TAK PERNAH KITA TEMUI