29/08/09. Sabtu.
BENIH WAWASAN 2020 KEPADA ISLAM HADHARI UNTUK 1 MALAYSIA MENJADIKAN ANAK SAITAN YANG BERTAHTA DIHATI.
Hanyar mengharapkan muhasabahlah Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor untuk menilai seseorang dan berhati-hati untuk menerajui dalam kerajaan yang rakyat memilih semasa PRU12 lepas. Semuanya angkara benih-benih umno yang tidak boleh diharap diletakkan dengan jawatan dalam kerajaan dan telah merosakkan harapan rakyat. Hanyar tidak menuduh kumpulan yang berdemo itu adalah sebahagian wakil anggota Pakatan Rakyat.
Hanyar mengharapkan agar semua pihak yang berfikiran waras, bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum serta agama, agar suasana yang tegang berlaku di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.
Hanyar amat mengutuk kerana perkara itu berlaku tanpa ada halangan, dan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian serta tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undang-undang yang berbentuk provokasi seperti membenarkan, menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Mengapa pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Jelas menunjukkan sikap pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.