Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada Umno'
Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.
Pengeru
Pengeru
"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.
Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.
"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.
"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.
Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.
"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).
"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?
"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).
"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?
Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.
Serangan itu dibuat melalui satu memorandum yang dihantar oleh kumpulan tersebut sebelum ini, katanya.
"Siapa mereka? Mengapa selepas (bekas menteri besar Datuk Seri) Khir Toyo mendedahkan kes pasir di Bukit Canggang, baru membuat kenyataan akhbar dan mendapat liputan (media).
"Maknanya ini satu perancangan cuba menggagalkan usaha kerajaan (Pakatan) yang sedang cuba mendapatkan 10 kali ganda pendapatan hasil pasir dari apa yang telah diusahakan oleh (pentadbiran) dahulu," katanya.
"Hasil industri pasir sahaja cukup untuk membiayai segala aktiviti kerajaan negeri. Ini belum masuk hasi di bawah pasir, iaitu bijih timah," katanya.
Katanya lagi, pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi pernah menggalakkan supaya Selangor mengusahakan industri bijih timah.
Tambahnya, Khir Toyo bagaimanapun hanya memberi arahan supaya perlombongan pasir dijalankan.
Katanya, kerajaan negeri akan bertindak secara konsisten untuk menggunakan KSSB bagi memastikan Selangor dapat mengutip hasil pasir.
"Dulu hanya ada satu syarikat, sekarang ada 18 syarikat yang masuk dalam tender terbuka," katanya lagi.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga belum menjumpai apa-apa bukti penyelewengan dalam KSSB sejak seorang pembantunya ditahan bagi siasatan berhubung isu tersebut.
Namun, beliau tetap meminta pengusaha pasir supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti berkenaan.
petikan dari mk.