ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 29, 2009

29/06/09. Isnin.

BUDAK SURUHAN YANG TIDAK ADA PERINSIP BERDASARKAN AGAMA YANG DIANUTINYA. LAKNATLAH KAMU JIKA BERSIFAT PENDUSTA.



Ramai pemuda-pemudi serta sekelian rakyat marhaen seketika dahulu merasa yakin dengan perjuangan budak suruhan ini.Tidak salah jika diberi gelaran beliau sebagai budak suruhan. Kerana beliau adalah mentol politik seketika dulu, kerana beliau adalah pencetus reformasi ke2 kepada DSAI untuk menegakkan kebenaran menentang kezaliman terhadap rakyat Malaysia.

Beliau berbohong pada diri sendiri bersandarkan agama beliau, pada hal terlalu banyak menyimpang jauh pada sasaran kehendak Alquran dan Hadis.(AMAT MEMALUKAN ORANG SIOMAN BERBOGEL)

Hanyar menyeru melalui sesawang ini, agar kita matikan cakna politik yang tidak beratika dan membawa kepada mengelirukan rakyat Malaysia. Hanyar tidak rela melihat orang sioman berbogel, Kita semua yang sioman perlulah tong aiskan beliau diwad gila dan pastikan digerankan sebagai orang gila. Dalam Islam, orang gila tidak boleh menjadi pemimpin dan kita tidak boleh menjadi pengikutnya.

Kita wajib cabar beliau sekiranya masih sioman. (betul, kerana belum digerankan) Beliau perlu menjawab persoalan yang menjadikan kontravesi kepada melandanya politik sekarang bukan atas tiket UBN. Menjadi jaguh, bukanlah tumpang pada parti politik yang beliau telah caci maki hamun seketika dulu. Orang sioman ada memiliki prinsip yang tegas dan tidak berganjak kepada Alquran dan Hadis.

Hanyar merasa pelik, kerana kata beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. "Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

Kata Ezam, parti yang dia sokong bukan kerana kebenaran, sebaliknya parti mana yang kuat. Otak berkulatnya membuat tafsiran bahawa yang kuat atau banyak itu adalah benar, berbanding yang sedikit.


Berhujah kononnnya merujuk kitab Ibdu Khaldun, Sheikh Mustaffa Masyur dan ulamak-ulamak lain, rupa-rupanya Ezam ini tidak faham apa-apa nukilan para ulamak tersebut. Ia gunakan hujah ulamak hanya semata-mata nak menunjukkan ia tahu tentang Islam. Tetapi sebenarnya di amat jahil dan menjahilkan orang lain pulak. Dia tidak dapat membezakan antara dominan atau minoriti itu bukanlah kayu ukur kebenaran atau sebaliknya perjuangan. Elok rasanya kalau kita nasihatkan Ezam supaya pergi menambah ilmu lagi supaya kekeliruannya itu tidak mengelirukan orang lain pula.

Jika diizinkan Allah SWT pada masa akan datang PAS menjadi parti kuat sekalipun, Hanyar b fikir Ezam tak layak untuk di terima sebagai ahli PAS. Dia nak menjadi ahli PAS bukan kerana nak menegakkan kebenaran, sebaliknya kerana mahukan parti yang kuat. Sebab, bila kuat baru ada kuasa. Dengan kuasa boleh buat apa saja pada perkiraannya.

Wahai budak suruhan, harus sedar bahawa kebenaran dan prinsip yang kamu perjuangkan itu telah kamu humbankan ke dalam perigi buruk, apabila kamu kembali kepangkuan Umno/Bn yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz, Umno umpama ajaran Ayah Pin dan Komunis. Kamu masuk Umno, seluruh rakyat Malaysia yang rasional tahu tujuannya. Bercakaplah soal kebenaran dan prinsip sehingga terjelir lidah kamu, namun rakyat yang rasional tidak akan terpengaruh sama sekali.

Bagi Hanyar, PAS tidak memerlukan budak suruhan samada sekarang ataupun masa akan datang. Perangai dan wataknya ibarat gunting dalam lipatan ataupun seperti bapa haruan makan anak. PAS hanya memerlukan insan yang ikhlas, jujur, bertanggungjawab, berdisiplin, telus, berilmu dan menyakini bahawa Islam adalah penyelasaian terbaik dalam setiap urusan kehidupanan di dunia maupun akhirat kelak. Biarlah budak suruhan ni yang terpalit dengan lumpur kepura-puraan yang mengejarkan kehidupan duniawi bersendirian sehinggalah dia bertaubat nasuha dan meminta maaf kepada sekelian rakyat Malaysia di atas pembohongannya.

IMBAS KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AKU PUN BUKAN BUGIS MUDAH LUPA..........

Aku bukan melayu mudah lupa .ko orang ??????












Foto ini khas untuk mereka-mereka yg baru berjinak dengan parti KEADILAN.ingat di mana kamu ketika pemimpin kamu di perlakukan sebegini dulu.
Adakah ahli keADILan lupa?
Adakah pemimpin keADILan lupa?
Adakah reformis lupa?
Adakah orang umno lupa?
Adakah polis lupa?
Adakah orang melayu lupa?
Adakah keluarga DSAI lupa?
Adakah Dato Seri Anwar lupa?
Tetapi-tetapi tidak . BUGIS NI PUN SAMA GAK.
Tak ketinggalan juga, adakah orang cina, india, asli lupa?

Eh... yang lepas jangan di kenang, kepala bapak ko orang, atok laki mak kau. Dia kena hentam teruk sorang-sorang senang je suruh lupakan. Sampai matipun tak akan di lupakan. Aku pun.


29/06/09. Isnin.

"Keputusan Mahkamah Rayuan Sebagai Salah"



Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan semalam, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.