ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 16, 2010

PADA SIAPA PERLU DILAPURKAN?

MAJLIS SUKA ADAKAN PAPAN LARANGAN TETAPI LANGSUNG TIDAK DIPANTAU!!!!

16 Feb 2010. Semalam ketika Hanyar melalui jalan untuk pergi Kg Bukit Cheding, iaitu jalan utama kekampong itu terdapat sampah yang dibuang berselerakan ditepi jalan utama. Kelihatan juga ada papan tanda larangan dari MDKLgt. Walau pun ada papan larangan sebesar-besar, orang yang tidak bertanggungjawab tetap engkar dan tidak mematuhinya.

Walaupun begitu, sudah menjadi tabiat buruk pada segelintirdan akibatnya menjadi masaalah kepada pencemaran kawasan sekitar.

Pendapat Hanyar, papan tanda itu memberi erti kawasan itu adalah kawalan MDKLgt. Dengan itu MDKLgt perlu mengawasi dengan cara apa sekali pun. Amat memalukan imej Kerajaan Pakatan Rakyat yang diamanahkan oleh rakyat semasa pilihanraya 2008.

Kelihatan setiap hari dan masa, kereta penguatkuasa, baik berunifomm putih dan biru berlegar dijalan, entah apa yang dilakukan untuk memantau.Tidak perlu rakyat melaporkan sesuatu yang kurang senang. Mereka perlu membuat sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab kerana mereka bergerak dengan kenderaan berlambang kerajaan Tempatan.

Hanyar selalu mendapat aduan dari orang ramai selalunya kenderaan itu diguna untuk pergi kekedai kopi untuk menjamah selera dan sedang berunifom.Apakah mereka tidak ada garis panduan dari jabatan yang diketuai oleh Ahli Majlis dan yang terpenting YDP?

Dan kepada penduduk kampong juga perlu ambil kira masaalah kampong sendiri. Setidak-tidaknya laporkan sahaja kepada JKKK atau orang kampong dah memaklumkan dan tidak diambil tindakan.