18/mach/2009
Petikan dari Greenboc
Lupakan saja Kerajaan Perpaduan. PAS takkan begitu mudah lupa dengan peristiwa Kerajaan Campuran dan Kerajaan Barisan Nasional.
Tengku Razaleigh Hamzah mengalu-alukan Kerajaan Perpaduan. Alasannya jelas. BN sudah tidak berupaya memerintah. Pembangkang juga tidak berupaya memerintah. Kerajaan tajaan BN sudah hilang legitimacy. Maka dengan itu dibolehkanlah Kerajaan Perpaduan untuk memandu keluar Negara ini dari pelbagai kekalutan.
Kekalutan yang berlaku di Negara ini adalah angkara UMNO.
UMNO yang semakin lemah menjadi semakin garang untuk mempastikan ia terus berkuasa. Memang tidak ada letgitimacy lagi! Mereka merasuah dan mengugut. Dengan berbuat begitu mereka semakin kehilangan sokongan dari rakyat, mereka akan kalah dari satu pilihanraya kecil ke satu pilihanraya kecil yang lain.Malangnya UMNO tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat berbilang kaum tidak selesa dengan kepimpinan UMNO. Terus terang dikatakan bahawa rakyat tidak suka kepada Najib Tun Razak.
Selagi Najib mengepalai UMNO dan BN, parti itu akan kecundang dari pilihanraya ke pilihanraya.Ini bukan salah siapa. Ini salah Najib sendiri. Dia tidak mahu membersihkan diri dia. Banyak skandal dituduhkan kepada dia. Entah betul entah tidak, tidak dapat ditentukan tetapi selagi siasatan secara profesional tidak dapat dijalankan terhadap skandal-skandal ini selagi itulah nama Najib dianggap kotor, dan orang yang kotor tidak layak memerintah Negara ini.
UMNO jangan fikir tentang sokongan dari partinya sahaja. Orang masuk UMNO ada berbagai sebab, nak ini dan nak itu, takut ini dan takut itu, kerana Kerajaan UMNO ini telah meninggalkan satu budaya bahawa jika anda bukan ahli UMNO anda tidak dapat ini dan tidak dapat itu. Maka orang ramai masuk UMNO kerana mahu ini dan mahu itu, tetapi bukan kerana keyakinan terhadap UMNO jauh sekali mahu menyokong pemimpin-pemimpin UMNO.
Tidakkah UMNO sedar bahawa ahli-ahli UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP disesuatu kawasan pilihanraya (parlimen atau negeri), adalah jauh lebih tinggi dari undi yang mereka dapat? Sedangkan ahli-ahli pembangkang tak sampai 1/8 daripada keahlian UMNO, tetapi pembangkang boleh memenangi pengundian dikawasan berkenaan. Ini jelas bahawa mereka yang menjadi ahli UMNO/MCA/MIC/Gerakan/PPP adalah ahli secara luaran saja, kerana mereka takut ini dan takut itu dan mahu ini dan mahu itu, dan semasa pilihanraya mereka mengundi mengikut kesedaran sebenar.
Untuk apa Kerajaan Perpaduan? Untuk memberikan legitimacy kepada UMNO? Untuk memperkukuhkan UMNO kembali seperti apa yang berlaku kepada Kerajaan Campuran/Barisan Nasional? Dan setelah UMNO itu kukuh kembali, maka akan dicampak keluar PAS?
Ataupun memang PAS berhajat untuk bersama Barisan Nasional dan mendapatkan sedikit habuan jawatan seorang dua Menteri dan Timbalan Menteri? Ayuhlah, kalau begitu.
Takkanlah kita tidak menyedari bahawa UMNO ini sudah menyimpang jauh dari dasar untuk Negara, Bangsa dan Agama. Takkanlah kita tidak menyedari bahawa UMNO ini berjuang untuk segelintir orang kaya dan pimpinannya sehingga kini ditolak oleh rakyat, dan kehancuran yang berlaku ini perlu kita memberikan pertolongan kepada UMNO!
Negara ini terkenal dengan gejala rasuah. Siapa dan apa benda tindakan yang telah dilakukan yang menyebabkan Negara ini menjadi Negara hebat rasuah! Tidak ada penyiasatan yang betul-betul profesional yang dijalankan untuk menghapuskan rasuah. Rasuah menjadi isu politik. Orang Pembangkang diikatkan dengan allegasi rasuah untuk “memampuskan” mereka!
Rasuah berprofil tinggi, walaupun sudah dinyatakan didalam Parlimen, tetapi usahkan nak dibawa ke Mahkamah, siasat pun tidak?
UMNO menjadi parti rasuah. Secara rasminya 900 allegasi rasuah dicatatkan untuk pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi, tetapi rasuah didalam UMNO sudah berakar umbi. Jawatankuasa Disiplin UMNO dan SPRM tidak akan mampu menghapuskan rasuah didalam UMNO.
UMNO mengujudkan Kerajaan yang membelakangkan integriti. Rakyat sangat sedar akan hal ini, dan rakyat menolak kerajaan UMNO. Usahkan rakyat bahkan rakan-rakan UMNO sendiri dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP sudah melahirkan perasaan tidak keyakinan kepada UMNO. Mereka bukan saja kritikal terhadap perilaku UMNO, mereka mahu banyak dasar yang dipelopori UMNO dirombak.
Rakyat mahukan integriti untuk sistem kehakiman. Rakyat mahukan ketelusan didalam pentadbiran, rakyat menolak kerja-kerja rasuah mereka, dan rakyat mahukan sistem demokrasi yang tulen dan luas.
UMNO tidak lagi mewakili kepentingan rakyat tetapi kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka serta kroni-kroni mereka. Dan UMNO bertanggungjawab kepada kesengsaraan rakyat bawahan yang menanggung harga barangan yang tinggi hasil sistem ekonomi yang tidak berhemah.
UMNO kini berada diambang kejatuhan, dan kita tidak benarkan mereka terjun dengan labu-labunya, kerana harta negara berada didalam labu-labu itu. Kita kena selamatkan Negara kita dan bolehkah kita selamatkan Negara ini jika kita “berpadu” dengan mereka?
Lupakanlah saja Kerajaan “Perpaduan”. Kita buat kerja kita dan PRU-13 bukanlah terlalu lama untuk kita menunggu, dan pada PRU-13 nanti, kita ambil-alih pentadbiran Negara ini dan perintahlah dengan penuh saksama, adil dan berhemah.
dari: sidangonline
ULASAN GB
Sebenarnya isu tersebut tidak perlu diulas panjang lagi. Jawapan masyarakat sudah cukup untuk membuktikan idea itu ditolak.
Jika masih ingin terus memproklamirkan idea tersebut adalah terlebih baik yang termasuk di dalam kumpulan 3% yang menyokong itu menyertai UMNO. Itu jalan paling mudah. Tak perlu susah-susah untuk cipta satu utopia yang hanya indah pada sebutan tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak akan tercapai.
Kezaliman yang dilakukan oleh BN selama ini terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh tiba-tiba dikompromikan dengan pewujudan Unity Government sementelah lagi kita tidak cukup bijak untuk menandingi strategi Rasulullah di dalam bernegara. Jika tidak sudah pasti Rasulullah merupakan orang pertama mewujudkan Unity Government sewaktu kezaliman Quraisy Mekkah tertimpa kepada umat Islam.
Kezaliman dan kemungkaran tidak boleh dihapuskan dengan kita kononnya menjadi pentadbir bersama, dengan entiti politik yang masih berbeza. Jika demikian apa gunanya berpilihanraya lagi? Di mana pengertian jihad kecuali jihad untuk mengejar keduniaan yang menjadi matlamat Kerajaan Unity ini?
Juga, kerajaan unity ini adalah satu penempelakan dan penghinaan terhadap para syuhada yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk Islam zaman berzaman.
Jika ada kerajaan yang sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah, sila buktikan, kami sedia menimbangkan malah mengikuti dan mendokonginya. Namun jika tidak ada, maka kembalilah ke pangkal jalan setelah jalan yang menyesatkan itu diwarwarkan untuk memecahbelahkan ummah seadanya.
Yang lebih utama perbaiki diri dan parti supaya kita bertambah perkasa untuk diterima oleh rakyat sebagai pemerintah negara. Perbaiki diri wakil-wakil rakyat yang kita ada. Tidak ada apa-apa makna jika bercakap berdegar-degar tentang Kerajaan Unity, tetapi semasa seorang ahli Pakatan Rakyat sedang menerima usul untuk digantung di Dewan Rakyat, mereka tidak ada untuk bersama menentang kezaliman yang menimpa. Sama juga disaat ketika mana kerajaan Perak dirampas kuasanya, mereka sedang berada di luar negara pula. Itukah contoh teladan yang ditunjukkan kepada rakyat jelata? Itukah cara memimpin bagi seorang yang bergelar ketua? Kemudian pulang untuk berucap berapi-api di pentas untuk buktikan aku masih setia sedangkan yang tinggal masa itu hanyalah sisa-sisa yang sudah tidak mempunyai makna apa-apa!
Bukan tugas yang disuruh Allah untuk kita mendengar atau mencipta panggilan di kiri kanan jalan yang melecehkan kejayaan perjuangan Islam sebenarnya sepertimana syaitan yang telah cuba melecehkan perjalanan Rasulullah ke siratul-muntaha di dalam peristiwa Isra Mikraj satu ketika. Perjuangan haq menentang batil akan tetap ada sepanjang masa. Dan bukan tugas kita untuk meneroka jalan singkat ke syurga. Ia sama sekali tidak akan terjumpa. Jalan singkat yang bernama kerajaan perpaduan itu hanya ilusi semata-mata!
Artikel Penuh
Di dalam satu undian SMS malam ini sebanyak 85% dari responden Edisi 7 menyatakan kareer politik Ali Rustam berakhir dengan larangan beliau untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan hujang Mac ini.
Ketua Menteri Melaka itu dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
DAK ALI RUSTAM.. Alahai apelah musibatnye nasibmu. Selama ni suka nor Dak Ali maki hamun Anwar Ibrahim & penyokong REFORMASI. Skrg dah terbukti Dak Ali 'RASUAH'..
-
Ini juga suatu AMARAN untuk para Jeneral yang masih tak sedar diri & masih seronok mengamalkan rasuah. Sedarlah.. Warga ATM dah cerdik.. Zaman dah berubah..
-
KUASA RAKYAT..
wiradamai
Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), Datin Seri Zaharah Kechik antara 11 saksi utama yang akan dipanggil pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan bermula Isnin depan.
Turut akan dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu di bilik gerakan Bangunan Annex di sini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.
Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.
Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.
Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.
Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".
Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.
ekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.
Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.
Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.
"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.
Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.
Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.
"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.
Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.
Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.
Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).
Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.
Artikel Penuh
