ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 24, 2009

24.04.2009. Jumaat.

MASAALAH LAMPU ISTIMEWA DAN JALAN YANG BERLOBANG-LOBANG KE TEMPAT BUANG SAMPAH KG SG SEDU.

Sejak beberapa tahun yang lalu tiang lampu sudah ujud tetapi tidak berpungsi dan didapati 8 tiang yang lengkap tetapi tidak diguna. Didapati wayar dan suiz utama sudah hilang. Kenapa?

Seperkara lagi iaitu jalan masuk ketempat buang sampah yang baru saja diturap semasa kempin pilihanraya yang lepas, telah rosak dan perlu dibaiki dengan segera. Kerana jalan itu bukanlah diguna olih lori-lori sampah sahaja malah penduduk disitu juga menggunanya.

Dimana silapnya pengurusan yang terabai?

Diharap Ahli Majlis (gambar disebelah) yang berkenaan mengambil tanggungjawab membawa perkara seperti ini dalam masyuarat ahli majlis agar penyelesaian terjawab kepada penduduk dan rakyat K.Langat.

Sebelum PR memerintah beliau juga amat sibuk memperjuangkan masaalah tempat buang sampah tersebut. Janganlah setelah menjadi Ahli Majlis, lupa dengan tanggungjawab.


Jalan laluan masuk semak, jalan tar rosak, baru diturap tar semasa PRU 12 yg lepas.

Itulah tiang lampu yg istimewa menanti untuk hilang saja. Apakah hanya 8 batang tiang lampu sahaja atau lebih? Kotak suiz pun dah hilang/disimpan? Peruntukan datang dari mana?

Inilah Yang dikatakan Lampu Istimewa. tidak pernah menyala. Tanya YDP yang bertanggungjawab.
24.04.2009. Jumaat.

APA DAH JADI kemudahan asas penduduk taman DI TEMPAT ANDA?

Setahun telah berlalu rakyat Selangor mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat dapatlah menangani masaalah-masaalah yang dihadapi olih rakyat. Di Kuala Langat, pentadbiran dari pimpinan kerajaan Negeri, rakyat merasa kesal kerana perbagai masaalah tidak dapat tangani dengan baik.

Tempat yang dimaksudkan adalah di Taman Bistari Brooklan. Seperti dalam gambar yang terpapar, bangunan balai raya yang baru dibina olih pimpinan BN yang lalu, sekarang terbiar dan tidak dijaga dengan baik untuk kepentingan rakyat. Sepatutnya bangunan ini perlu dijaga dengan baik dan diguna.

Hanyar merasa kecewa apabila menerima aduan dari penduduk taman Bistari mengadu, balai raya tidak diurus olih majlis daerah. Dimaklumkan kawasan taman, pengurusan pentadbiran balai raya adalah urusan majlis daerah dan diselenggara olih Ahli Majlis yang berkenaan. (seperti dalam gambar)

Pengadu menceritakan semasa selepas PRU 12, bertukarnya kerajaan negeri, balai raya itu masih cantik dengan kelengkapan tingkap serta pintu dan bumbong yang berkeadaan baik. Hanya tidak mempunyai kelengkapan arus letrik dan paip air juga tandas sahaja.


































Sementara itu juga terdapat pengusaha menternak burung layang-layang di bangunan deretan kedai yang berdekatan balai raya berkenaan. (lihat seperti dalam gambar)
















Pandangan depan bangunan kedai dijadikan rumah burung layang-layang
















Pandangan belakang rumah burung layang-layang.




























Penduduk taman, mohon pada yang berwajib mengambil tindakan supaya selenggara semula agar tempat kemudahan awam itu dapat diguna olih penduduk untuk kepentingan penduduk taman.