PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.
"Retreat" itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ini belum dapat tawan Putrajaya beb, kalau dah dapat.... pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber"retreat". Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidak pun kat London atau Paris....!!!
Pemimpin utama pusat termasuk ketua umum Anwar Ibrahim dan dari bahagian (cabang) di seluruh negara akan menghuni dibilik mewah ini sepanjang tempoh pemukiman.
Patutpun Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam tidak gembira dengan pemukiman (retreat) parti di Port Dickson.
"Kalau sekadar bincang mengenai persiapan mengenai jentera pilihanraya diperingkat bahagian atau negeri tidak perlulah buat retreat.
"Cukup dengan perbincangan oleh MPP dan biro politik sahaja," katanya yang berasal dari Perak.
Bila menjelang pilihanraya, pemimpin mendendang lagu sedih dan sayu, minta bantuan dan sumbangan daripada ahli dan penyokong. Bila suasana reda dan mereka ingin bersuka, maka dianjurkanlah beranika rencana merancang helah untuk mereka bergembira di sana...!!!
PKR semakin hari semakin tidak dapat mengawal limpahan hanyir muntah dan lendirnya.!!! Keladak yang selama ini terpendam dan disorok rapi telah mula timbul...!!!
Saya benar-benar berharap apa yang pernah didengar luahan seorang sahabat "Aku ingatkan permata, rupa-rupanya kaca...! " sebagai tidak tepat. !!! Walau apapun, saya sudah mula meluat dengan beberapa pemimpin kanan PKR, keladak haprak UMNO masih pekat dalam diri mereka sebenarnya!!!
Saya kira, andainya mereka mendapat kuasa di Putrajaya... mereka mungkin lebih rakus dan khianat daripada pemimpin UMNO yang ada hari ini..!!!
petikan isa