Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pengerusi sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus.
Saman yang difailkan oleh peguam beliau, Sankara Nair, pada 11.30 pagi tadi, adalah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti untuk kereta milik peribadi beliau. Satu lagi saman ialah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya korban tahun lepas.
Pada 25 Feb lepas, peguam Abdul Khalid telah menuntut supaya Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu tetapi beliau enggan melakukannya.
Abdul Khalid juga memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain injunksi untuk menahan Mohd Nazree membuat kenyataan berbau fitnah.
Puan Ainon Mohd : Pada jam 3 petang tadi tiga orang pegawai penyiasat dari balai polis Dang Wangi telah menyoal siasat barisan pemimpin GMP di Rumah PENA.
Tujuan soal siasat itu adalah bagi mendapatkan maklumat nama-nama individu yang menjadi tulang belakang Perhimpunan Anti-PPSMI pada 7 Mac 2009.
Saya sendiri ditanya 14 soalan. Sebagaimana yang dinasihati oleh peguam, semua soalan itu saya jawab dengan berkata: "Saya akan jawab kemudian di mahkamah." - (UNIKA PTS)
Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah berkata, beliau akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Umno yang bermula secara rasmi esok sekiranya siasatan aduan politik wang dan salah laku ahli gagal diselesaikan sebelum pertemuan tahunan itu.
Injunksi itu akan diperoleh petang ini dengan memaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan hari ini.
Kadar berkata, beliau dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun telah pun menghantar notis kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Isnin lalu supaya mengambil tindakan berhubung salah laku dalam parti dan meminta ia dijawab dalam masa tujuh hari.
"Dalam notis itu, kita bukan sahaja meminta Umno mengambil tindakan berhubung laporan politik wang tetapi juga mengenai laporan bahawa ada perwakilan yang muflis yang sudah tentunya tidak layak menjadi perwakilan dan mengundi. "Jika notis ini tidak dijawab pada Isnin ini, pihak saya akan memfailkan satu notis pula kepada Pendaftar Pertubuhan dan seterusnya akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan persidangan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada 3 Mac lalu, Kadar dan Mazlan dalam satu sidang media menggesa supaya perhimpunan agung parti yang bakal berlangsung minggu depan ditangguhkan supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan.
Mengulas lanjut, Kadar berkata, walaupun masa agak suntuk pada ketika ini untuk menghalang persidangan daripada berlangsung, namun ia tetap tidak mustahil untuk dilakukan.
"Kalau sudah berlangsung pun (persidangan), kita boleh tangguhkan ketika ia sedang bersidang," katanya.
Ditanya apa yang akan dilakukan sekiranya ia masih gagal ditangguhkan, Kadar berkata, beliau tidak akan membuat tindakan yang akan memalukan Umno termasuk sehingga memastikan persidangan itu menjadi tidak sah.
"Saya tidak akan buat begitu. Bagaimanapun, ada orang lain dalam Umno yang akan melakukannya.
"Mereka akan mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan persidangan itu nanti sebagai tidak sah.
"Mereka ini adalah orang-orang yang berada dalam Umno tetapi membangkang Umno," katanya.
Sementara itu, Mazlan berkata, beliau masih berharap Umno dapat mengambil tindakan terhadap segala laporan salah laku yang diterima.
"Walaupun masa semakin suntuk tetapi saya harap mungkin ada satu kenyataan contohnya daripada Umno yang menyatakan parti telah menyelesaikan semua aduan yang diterima," katanya.
Katanya, beliau menghargai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin parti Rabu lalu terhadap pemimpin-pemimpin peringkat atasan dan bahawan berhubung politik wang tetapi ia masih tidak menyeluruh.
"Mungkin jumlah itu hanya 30 peratus sahaja, ada 70 peratus lagi yang belum disiasat," katanya.
Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno menjatuhkan hukuman ke atas 15 ahli daripada 29 kes yang disiasat berhubung politik wang.
Antara yang dikenakan hukuman adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.
Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, beliau tidak mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin tetapi keputusan itu bagaimanapun telah mewujudkan pelbagai soalan susulan yang akhirnya menimbulkan keraguan terhadap tindakan yang diambil.~Mstar
Sehari selepas Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Akhbar kini tiba giliran Umno pula mengekang kebebasan membuat liputan berita mengenai Perhimunan Agung ke 59 parti itu yang bermula hari ini.
Sekurang-kurangnya enam media baru termasuk laman web berbahasa Inggeris,Malaysiakini, The Nut Graph dan Malaysian Insider serta akhbar Siasah dan Merdeka Review serta laman web berbahasa Cina, Laksou tidak mendapat kelulusan akreditasi media daripada ibu pejabat Umno.
Posted by pemudabesut
KEBAKARAN GUDANG BARANG TERPAKAI kali ke2, DI SEJANGKANG KUALA LANGAT.
24 mach 2009. Selasa. Lebih kurang jam 12 tengah hari sebuah stor yang beroprasi terbakar dan mengakibatkan juga sebuah rumah terbakar dan penduduk tidak sempat selamatkan harta benda dalam rumah.
Tempat kejadian Zon 3 bt9 Sejangkang. Dipercayai stor ini telah dibantah dari beroperasi olih JKKK Zon berkenaan juga Ahli Majlis (ustaz Rizwan) serta desakan penduduk sekitar, tetapi tiada tindakan tegas dari YDP Majlis Daerah Kuala Langat. Majlis Daerah mesti bertanggungjawab, bagaimana kebenaran beroperasi bolih dibenarkan sedangkan paip bomba tiada disediakan dan terlalu rapat dengan rumah penduduk.
Diberitahu bahawa tuan rumah tiada dirumah. Kini keluarga tuan rumah yang hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja.
Dimaklumkan juga sebentar tadi bahawa wakil tuan stor yang bertanggungjawab telah berbincang dan berjanji bertanggungjawab membiayai semua kerugian dan tempat tinggal sementara untuk penghuni rumah terlibat . Gambar-gambar lokasi kebakaran tidak dapat disiarkan kerana berokband bermasaalah dan akan disiarkan apabila berokni berkeadaan baik nanti.