ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 31, 2011

(Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur,” kata Anwar)

Hampir seramai 11,000 rakyat Malaysia di Mesir, Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab membawa pulang.

Kerajaan Malaysia yg diterajui oleh BN, sesuai dgn slogan PM(Najib) agar segera membawa pulang rakyat Malaysia di sana. (Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur,” kata Anwar).
Berkemungkinan Kedutaan Malaysia di Mesir menghadapi kesukaran membawa pulang rakyat Malaysia kelak kerana kerajaan Mesir sudah mula mengawal rangkaian komunikasi terutama penggunaan telefon dan internet di negara itu.
Rakyat Malaysia di Mesir  hampir 11 ribu orang, juga 10,328 orang daripada itu pelajar berdaftar di Kedutaan Malaysia.
Dikhuatiri kedutaan Malaysia menghadapi kesukaran  mengawal serta menjamin keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia. Kebelakangan ini regim Hosni Mubarak telah bertindak untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter.
Perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi. Amat mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat Malaysia di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh.