Keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 15 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu - menuntut pihak kerajaan dan polis supaya memohon maaf kepada mereka dan membersihkan nama arwah daripada dilabelkan penjenayah.
Osman semalam meminta maaf kepada remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera di perut ditembak polis apabila dia enggan memberhentikan motosikalnya.
"Bagi keluarga Aminulrasyid, jika sudah ada anggota polis yang didakwa, sudah tentu ada kesilapan yang dilakukan oleh anggota berkenaan.
"Kami ingin tahu proses penyiasatan dilakukan. Bagaimana perkara ini berlaku kerana kami sekeluarga tidak tahu mengenai penyiasatan yang dilakukan dan apa yang sebenarnya berlaku.
"Adakah kerana dia mengundur dan ada parang dalam kereta maka Aminulrasyid ditembak. Kita sekeluarga tertanya-tanya dan kita tidak tahu apa butir siasatan yang dijalankan," katanya pada sidang media di rumah keluarga remaja itu, di Shah Alam, petang tadi.
Katanya, selain nama Aminulrasyid, pihak berkuasa juga perlu membersihkan nama keluara remaja itu serta nama sekolah mangsa yang turut terpalit dengan gelaran yang diberikan.
Sementara itu, peguam keluarga itu N Surendran pula menuntut supaya beberapa pegawai atasan polis, khusunya Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar disiasat oleh sebuah badan bebas.
Surendran berkata pihaknya mahukan pihak terbabit dirujuk bawah Seksyen 11 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberikan maklumat mengelirukan ekoran kenyataan awal bahawa pihak berkuasa menjumpai parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid.
Turut hadir
Semalam, Koperal Jenain Subi (kiri, berbaju kuning), 48, yang berasal dari Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di Shah Alam.