ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 18, 2009

UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH

Dari: Hanyar.Blogspot. Com Dan Kerabat Hanyar.

RAKYAT MARHAIN PERLU JAWAPAN SEGERA

SPR JANGANLAH SPT “SUDAH TERANG LAGI
BERS
ULUH”

Kemenangan Pakatan Rakyat hari ini menampakkan rakyat semakin hari tidak mahu lagi kepimpinan BN. BN sendiri pun jelas tahu apa kehendak rakyat, dan memaksa apa jua sekali pun untuk meraih kemenangan.

Seperti apa yang berlaku PRK P.Pauh dan terbaru di PRK K.Terangganu , semua rakyat nampak, tahu dan dengar bayak yang tidak ketelusan pentadbir kerajaan melaksanakan tanggungjawab.

Rakyat juga tidak setuju cara pemimpin,(menteri-menteri) datang dengan rasmi kerajaan, pada masa yang sama berkemping untuk pilihanraya. Sebaiknya apabila berlaku pilihanraya,samaada kecil atau umum tidak perlu lagi menteri-menteri, pegawai kanan kerajaan turun kepada rakyat menabor janji atau projek kerajaan dilaksanakan

Perkara ini amat penting untuk diperhalusi olih SPR, lebih-lebih lagi pengalaman SPR sudah 12 kali mengendalikan pilihanraya. Apakah tugas SPR tidak nampak cacat peraturan yang baik telus dikemaskini supaya tidak berlaku, apa yang dikatakan selama ini SPR menyeleweng.

Jadi pada hari ini, tahun baru ini hijrah/masihi, rakyat tidak menolak malah agak bersetuju menerima Pengerusi SPR yang baru. Dan beliau sendiri mengakui memiliki banyak pengalaman serta hubungan dengan Pendaftaran Negara dan KDN amat baik.

Janganlah pula jadikan sandaran jawatan untuk kepentingan parti politik memehak.

Dalam hal ini Pengerusi baru perlu perhalusi ketelusan pegawai-pegawai bawahan supaya bijak menunaikan tanggungjawab.

Atas perkenan sumpah taat setia pada amanah rakyat, wajiblah tidak melakukan cuai/memehak mana-mana parti politik. Ujian pertama, bulan pertama, telah ditunjukkan ujian dengan PRK, sudah nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

Bagaimana pula kalau Pilihanraya Umum itu nanti? Saya tidak kata Tan Sri tidak pandai, tetapi perlu bijak menangani tanggungjawab yang dipikul.

Perlu lah SPR mengambil tanggungjawab, bila ada setiap aduan menyalahi undang-undang pilihanraya mesti diambil tindakan terbuka..Kali ini rakyat marhain hendak melihat tugas pertama tindakan bijak Tan Sri.

Hanyar tidak mengugut, tetapi ini adalah tuntutan rakyat yang mahu perubahan diwakili olih pimpinan Datuk Sri Anwar Bin Ibrahim

AMANAH KEPADA KEMENANGAN....



18/01/09. Kemenangan pada PAS bukanlah atas bersih perjalanan pilihanraya. Ketentuan ALLAH kerana kerja kuat disamping teratur strategi memantau dari pehak petugas Pakatan Rakyat. Kalau diteliti demokrasinya perjalanan PRK ini, adalah mungkin dan logik kemenangan lebih besar pada PAS.

Walau apapun, diucapkan tahniah juga keatas calun yang menarik diri(AKIM) dari bertanding dan terus menyokong disamping bekerjasama berkempin.

ALLAHHUAKBAR

Kotakan Hak Rakyat


KEPUTUSAN PRK K. TERANGGANU 17/01/09.

Seperti komen Najib, pada bol merah, TPM perlu bertanggungjawab. Hak rakyat jangan pertikai. Janji yang belum selesai laksanakan.

Dan begitu juga Wan Farid, jangan persalahkan atas perubahan pendirian kaun Cina.


KOMEN NAJIB

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam amalan demokrasi, BN menghormati keputusan rakyat.

"Sudah tentu ia merupakan satu kekecewaan kepada BN, kami akan terus berkhidmat dan tidak akan melemahkan semangat kami," kata beliau kepada media di kediaman Menteri Besar sejurus keputusan diumumkan.

Ketika ditanya sama ada kekalahan itu akan memberi impak kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib yang memperlihatkan kesungguhannya berkempen berkata: "Tidak ada impak."

KOMEN CALON BN

Dalam pada itu, Wan Ahmad Farid mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid atas kemenangan beliau.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para pengundi yang mengundinya.

Wan Ahmad Farid juga berkata, kemerosotan undi calon yang berlaku pada kali ini adalah disebabkan oleh perubahan pendirian di kalangan pengundi Cina.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).