KUASA SPEAKER, TANPA PERKENAN SULTAN:- SAH.4.MAC.2009.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.
Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.
Dr Mohammad Agus
menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.
“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.
Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.
Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.
“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.
“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.
“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.
Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.
malam kemarin zahid hamidi dalam HUJAH TV9 mengatakan speaker sivakumar seperti tindakan orang takdak akal dan patut hantar ke tanjong rambutan. cubalah anda tengok dan dengar sendiri kenyatan dia dalam youtube. adakah orang yang macam dia yang pegang bahagian agama ISLAM di jabatan perdana menteri yang patut pegang. sungguh agkuh dan sombong sekali setiap percakapan yang dia lontarkan. memalukan orang ISLAM shj.
saya orang parit buntar. naktau jugak kat kawasan mana dia nak mai nanti. malunya aku ada orang seperti dia yang hidup makan gaji haram, sumber haram.
butul apa yg YB ckp tu,kalau depa tak angkut pelajar dan kaki tangan awam,alamatnya kerusi kosonglah yang akan dengar leteran dia nanti.lagi satu kalau depa tak angkut pelajar n penjawat awam, sapa yang nak habiskan makanan dan minuman yang depa tempah banyak-banyak tu.kalau tak, membazir pulak nanti.kesimpulannya ceramah UMNO berbeza dgn ceramah PR.
anakan kalau osman dan jailani buat ceramah atau datang kempen ana tabur duit seringgit2 sebanyak rm100 pada orang ramai yg ada disitu...ana nak buat simbolik.
YB,Boleh tak buat "Jejak Kasih" nak bagi tau YB Man Jailu... jering dah berbunge..Tak nak balik kawasan makan nasik samer sameer..ker.Tak kan nak bagi alasan mc .Demam aper yer tak kebah kebah.. Manja Kak Ani.