Ahad, April 26, 2009
MERAPU suka melaga-lagakan pemimpin parti pembangkang.
Media Arus Perdana Umno atau singkatannya MERAPU sememangnya suka melaga-lagakan pemimpin parti pembangkang.Tidak hairan bagi kita bila mendengar media umno ini memperkatakan tentang perselisihan di kalangan parti pembangkang.Dengar boleh percaya jangan,seperti juga dalam kes bantuan sempena pilihanraya,terima boleh undi BN jangan.
Bagi media umno ini.,jika tidak memburuk-burukkan pembangkang,mereka bukanlah jaguh pembodek sebenar.Itulah prinsip yang mereka pegang selama 52 tahun negara merdeka.Nak buat macamana lagi,mereka telah diajar begitu dan mereka telah menjadi ketagih jika tidak memburuk-burukkan pembangkang.
Amat payah bagi media umno ini untuk menyiarkan berita tentang benda-benda baik yang akan memberi kelebihan kepada parti pembangkang ini,walaupun di negeri-negeri yang pembangkang telah menjadi kerajaan.Kalau bab melaga-lagakan pemimpin pembangkang merekalah juara bertahan selama 52 tahun.Tiada kuasa yang dapat menandinginya.
Media Arus Perdana Cuba Lagakan Anwar-Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.
Media arus perdana melaporkan kononnya Anwar mahu menamakan pemenang Pilihan Raya Kecil N12 Penanti sebagai Timbalan Ketua Menteri (I) – tanpa merujuk kepada Guan Eng.
Guan Eng menafikan ‘media spin’ itu dan berkata Anwar tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara perlantikan.
“Sudahkan Anwar membuat pengumuman rasmi mengenainya?” soal Guan Eng kepada media.
“Saya fikir Anwar belum lagi membuat keputusan rasmi mengenai hal itu. Lagipun kita masih lagi menunggu apakah Penanti akan dipertandingkan atau tidak,” tambah beliau.
Setiausaha Agung DAP itu turut menyifatkan laporan itu sebagai spekulasi semata-mata, dan berharap media lebih bertanggungjawab di masa hadapan.
Guan Eng bercakap kepada media selepas menghadiri forum kesamarataan jantina anjuran Wanita DAP di Kuala Lumpur hari ini
Sebelum ini, arus media perdana cuba melagakan dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut berhubung isu perletakan jawatan Fairus sebagai Adun Penanti.
Isu itu bagaimanapun diselesaikan dalam semangat permuafakatan di antara dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat selepas Anwar memohon maaf baru-baru ini.
Ada media berpendapat keterbukaan kedua pemimpin itu menyuarakan kritikan membina secara terbuka, dan kesanggupan memohon maaf diatas masalah yang berlaku menguatkan lagi kerjasama antara pimpinan Pakatan Rakyat.