ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 22, 2009

22.3.09

Hang Tuah Vs Hang Sial?


Sengaja mengaitkan nama pahlawan Melayu dalam tajuk kali ini kerana teruja dengan perihal buku "Tuah & Sial: Khairy Jamaluddin" tulisan Yahaya Ismail. Almaklumlah, keris keramat akan dijulang lagi di Pemilihan UMNO akan datang. Tang tu, Harimau tidak pernah ada masalah. Cuma perkhabaran dari Malaysia Insider { sini} dan blogawan Pemuda Besut { sini } bahawa Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa beliau telah diugut RM 100k. Ini yang mengetuk kepala jendul Harimau lewat petang ini.

Siapa Yahaya sehingga berani mengugut Khairy Jamaluddin?

Mengapa Khairy tidak melaporkan sejurus selepas diugut?

Apa isi kandungan buku tersebut?

Pada Harimau, jika hanya perkataan "Tuah" sahaja yang menjadi tajuk, perkara ini tentu tidak akan ke Balai Polis. Kehadiran "Sial"lah yang menjadi kata-kunci kepada "kecelakaan" buku tersebut. Jika benarlah buku tersebut "menelanjangkan" keburukan peribadi Khairy Jamaluddin, maka wajarlah Khairy mengamuk dan berasa marah.

Namun, seandainya hebohan media itu hanya membuat kita mencari-cari buku tersebut dan isinya hanya bercerita kehebatan Khairy Jamaluddin dari beberapa sudut dan seterusnya membibitkan perasaan kasih dan taksub kepada Khairy; nampaknya satu Malaya dah kena kencing. Ini sudah kes kencing tarak bau!

Pokok pangkalnya, usah jadi hamba muslihat Yahaya atau Khairy; perwakilan UMNO yang 2 ribu setengah wajib memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin. Sudah lama benar perwakilan tidak menggunakan "otak" ketika membuat pilihan pemimpin.

Di saat orang menyebut "Merakyatkan Pemimpin", kita perlu berusaha "Mempemimpinkan Rakyat".

Barulah sama rata dan sama rasa.
Harimau: teringat buku "50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM".
22 mac 2009 Ahad
nyok kukoq
Hang jangan jadi bodoh....
Sat Mar 21, 2009 7:37am
60.52.36.146

Aku mendoakan perkara yang baik. Salahkah aku doakan supaya Allah hindarkan perasuah dan pembunuh jadi PM...??? Kecualilah kalau aku doakan minta perasuah dan pembunuh jadi PM.

Apa masalahnya dengan doa seperti itu...?? Apakah mendoakan seperti itu perlu tunjuk bukti kepada Allah. sedangkan Allah maha mengetahui siapa perasuah dan pembunuh. Hanya mahkamah manusia yang perlu bawa bukti sedangkan bukti pula boleh dipinda pinda.

Kalau Allah nak izinkan perasuah dan pembunuh jadi ketua negara sebagaimana Allah izinkan firaun jadi raja, itu hak Allah. Apakah hang nak kata Allah 'bodoh' kerana izinkan firaun jadi raja...???

Aku hanya berdoa agar perasuah dan pembunuh tidak jadi PM, serta berharap doa aku dimakbulkan. Terserah kepada Allah menentukan setiap kejadian dalam dunia ini. Kalau perasuah dan pembunuh jadi PM kelak jangan pula jangan hang nak kata itu sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah.

Ambil iktibar kisah firaun.