ERTI BERMARTABAT
Mar 3, 2009
Lembaga Hasil Dalam Negeri hari ini mengesahkan badan itu tidak memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana pihak daripada membayar cukai atas imbuhan dan kemudahan yang dinikmati oleh mereka.
Kenyataan itu untuk membetulkan kefahaman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khir Toyo yang mendakwa beliau tidak perlu membayar cukai atas faedah kereta dan pemandu yang diterimanya daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad PNSB.
Penjelasan LHDN itu dimaklumkan kepada PNSB pada satu perjumpaan, menurut kenyataan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar.
Khir Toyo adalah Pengerusi syarikat itu selaku Menteri Besar Selangor sehingga Mac 2008.
Khir Toyo mendakwa beliau tidak perlu membuat deklarasi menikmati kemudahan berkenaan kerana ia akan membawa kepada LHDN menerima bayaran cukai berganda.
LHDN mengambil pendirian berbeza. Badan itu menegaskan semua faedah bukan wang yang diterima oleh seseorang harus diisytiharkan dalam Borang EA dan tidak ada pihak yang diberi pengecualian.
PNSB kini diletakkan dalam siasatan audit ekoran beberapa penyelewengan dan salah guna kuasa termasuk yang didalangi oleh Khir Toyo.
Antara lain, syarikat itu gagal mengisytiharkan butiran imbuhan bukan wang yang dinikmati oleh Khir dan pegawai lain dalam Borang EA.
Ini bertentangan dengan peraturan LHDN yang mewajibkan semua imbuhan bukan wang, seperti kereta, pemandu, dan faedah percutian mesti dinyatakan dalam boring EA.
“Dengan itu kerajaan negeri hairan dengan kenyataan…Khir Toyo bahawa beliau tidak perlu membayar cukai atas faedah kereta dan pemandu yang dinikmati,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa PNSB kini sedang menjalankan proses penilaian untuk meningkatkan prestasi syarikat berkenaan.
Greenboc
IMBAS YANG TERLEPAS.......
Jam 9:20 pagi YB Lee Boon Chai (Ahli Parlimen Gopeng) tiba dan memberikan sedikit kenyataan tentang jadual para ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat hari ini.
Elok je YB Lee habis buat kenyataan, para penyokong Pakatan Rakyat pakat laungkan "Hidup Pakatan Rakyat..!" dan dan pulak ada orang menyampuk "Pakatan Rakyat B***H..! dan beberapa kata-kata makian pada Pakatan Rakyat.
Jam tu jugak semua wartawan berpaling pakat-pakat carik dari mana datang suara kurang hajar tu termasuk aku jugak mencarik. rupanya ada mamat songkok tinggi dekat belakang aku tak tau mana datang dok buat provokasi. haram jadah betoi..!
Lepas tu bila semua wartawan dah paling dekat dia, mat songkok tinggi tu terus dok jerit lagi ngan kata-kata kesat dok maki Pakatan Rakyat (video akan diupload kemudian). kami pun apa lagi, pakat-pakat serbu la mamat ni pi amik gambo dia.
Dekat sebelah ni gambo mamat songkok tinggi yang mulut tak de insurans campur kurang ajar tahap anak anjing baru beranak.
Korang tengok trio depa... macam "Pendekar Bujang Lapok...". korang teka la yang mana satu Ramlee, mana sati Sudin, mana satu Ajis, mana satu pendekar Musytar dan yang lain-lain tu hangpa pandai-pandai la bagi nama.
Tapi aku rasa tak sesuai nama-nama dekat atas tadi... aku ingat Sarip Dol & The Gang ok kot..?
Kalau tak silap aku, mamat songkok tinggi tu anak Omardin yang nak bantai Karpal Singh King dekat Parlimen hari tu kan?
Tak tau la kot-kot aku silap. hangpa tolong perbetoi la kalau aku silap. ada geng pi interview dia lepas sessi "amikl gambo samseng". aku tak dapat tangap banyak. yang aku dengar lebih kurang mamat tu cakap dia datang sorang. dia tak mewakili mana-mana parti cuma dia nak Negeri Perak Aman dan bukan macam sekarang.
Bingai betoi la mamat ni... sebelum dia datang tadi ok je, tak de kecoh-kecoh pun. semua orang ok je, polis ok, orang awam ok, wartawan ok... tetiba dia datang buat kecoh dok maki-maki Pakatan Rakyat, lepas tu tuduh Pakatan Rakyat pulak buat negeri tak aman.
Dasar bingai... ni bukan tuduhan. ni kenyataan. aku ada rakaman video keadaan awal sebelum dan selepas mamat songkok putih ni datang. wartawan dekat seratus orang jadi bukti.
Dekat akhirat nanti lebih dari 50 anggota polis akan jadi saksi bila malaikat soal mamat ni sape yang buat kecoh pagi tadi.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jam 9:30 pagi, delegasi ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat tiba dengan menaiki sebuah bas. Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar pula tiba dengan kereta rasmi Menteri Besar Perak. lagi sebiji aku tak pasti kereta sape, mungkin kereta Speaker DUN kot.
Dah sampai depa berkumpul lebih kurang 100 meter dari Bangunan SUK sebelum bersama-sama bergerak menuju ke Bangunan SUK sambil diiring ketat para pengawal-pengawal dari unit kawalan Pakatan Rakyat.
Hampir 50 meter dari Bangunan SUK, bermulalah kejadian yang tak diingini.........
Mamat Songkok Tinggi & The Gang bertindak kasar dengan merempuh Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang membentuk benteng bagi menjaga keselamatan para pimpinan Pakatan Rakyat.
Sambil merempuh benteng keselamatan, mulut Songkok Tinggi & The Gang tak renti-renti dok maki hamun dan mencarut-carut dekat barisan MB & EXCO Pakatan Rakyat.
Masa kejadian rempuh-merempuh tu aku tengok ADUN Simpang Pulai kene tolak dekat salah sorang geng songkok tinggi. hampir-hampir nak tergolek YB kita tu dibuat puaka-puaka Songkok Tinggi.
Masa tu aku tengok suasana betul-betul tegang. 4-5 orang jugak wartawan dan jurugambar makan penyiku geng Songkok Tinggi masa cuba dok snap gambar depa.
Part yang paling best sekali ialah dekat sini. masa ni keadaan dah hampir-hampir tak terkawal sebab Songkok Tinggi masa ni dah masuk setan. dia pi maki dekat Dato' Seri Menteri Besar siap angkat-angkat tangan macam nak belasah orang.
Wartawan dan Jurugambar media yang ramai-ramai ada dekat situ pakat-pakat jerit panggil polis dekat sebelah tu tapi yang sialnya POLIS BUAT TAK TAU JE...!!!
Mula dari kejadian ni la orang ramai, wartawan dan jurugambar dah naik angin. ramai yang dah berbunyi tak puas hati dengan polis yang tak dapat kawal keadaan dan sanggup tengok je geng-geng Songkok Tinggi buat gila babi.
Tapi aku puji Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang sedaya upaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun depa ni bukan sama kaler kulit. berbeza dengan Mamat Songkok Putih yang dok laung-laungkan "ISLAM", "ISLAM" tapi dalam masa yang sama dok maki hamun carut marut dekat Dato' Seri MB yang sesama bangsa dan agama.
Korang tengok la betapa gila babinya Songkok Tinggi & The Gang dok sedaya upaya nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat sebab nak serang Dato' Seri MB... lakhnat sungguh...!!!
Aku tak kenal Mamat Songkok Tinggi ni sape tapi aku ada rasa malu dekat geng-geng Cina & India sebab orang yang SAH sama bangsa dengan aku dan jugak aku yakin dia ni sama agama dengan aku buat hal macam ni. amat memalukan.
Salute untuk Unit Keselamatan Pakatan Rakyat yang punya tahap kesabaran yang tinggi (lagi tinggi dari songkok Mamat Songkok Tinggi) dan berjaya menangani keadaan yang amat tegang ni dengan berhemah disamping berjaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat dengan jayanya.
Yang ada sikit-sikit terlepas pandang tu kira halal la sebab kalau korang ada dekat situ tadi korang tau macam mana keadaan cemas tu.
Kejadian tadi jugak yang menjadi penyebab kepada berlakunya insiden orang ramai pi maki hamun polis. memang kejadian maki hamun polis tu berlaku tapi bersebab.
Sebabnya ialah, pihak polis sendiri yang buat bodoh bila orang ramai panggil depa mintak tolong selesaikan suasana cemas tadi. semua orang tengok dengan mata kepalaa sendiri macam mana anggota polis cuma jadik TUNGGUL je dalam keadaan gawat.
Polis yang memburukkan institusi Polis, bukan orang ramai yang buat nama polis BUSUK...!!!
2222222222222222222222222222222222222222222
Berikut ini diterbitkan Laporan Polis tersebut untuk tatapan:-
LAPORAN POLIS
Pada pukul 9.25 pagi hari ini, kami 27 ahli Dewan Undangan Negeri Perak bersama dengan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah datang ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Mesyuarat Ke-4, penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ke Dua belas, Dewan Undangan Negeri Perak atas notis Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri bertarikh 27/2/2009.
Apabila kami sampai ke depan kawasan Bangunan SUK, pihak kami telah dihalang oleh sekumpulan samseng yang dipercayai penyokong UMNO serta pasukan FRU yang diketuai oleh OCPD Ipoh, Azizman Alias. Pihak kami selaku Ahli Dewan Negeri telah dihalang secara tidak munasabah untuk memasuki Dewan Mesyuarat Bangunan SUK.
Pihak kami telah dihalang secara jelas oleh Azizman dan mengikut pengumuman oleh beliau diatas kereta water canon, kami tidak dibenarkan masuk adalah atas arahan dari setiausaha kerajaan negeri, Dato Abdul Rahman Bin Hashim. Beliau mengumumkan bahawa semua Ahli Dewan Negeri tidak dibenarkan masuk kecuali Tuan Speaker sahaja boleh masuk ke dalam bangunan SUK.
Pihak kami telah menunggu lebih kurang 30 minit untuk memasuki bangunan tersebut tetapi pihak polis dan Dato Abdul Rahman masih menghalang kami wakil rakyat yang sah dari memasuki bangunan Perak.
Oleh demikian, adalah menjadi satu kesalahan jenayah dibawah Section 124 Kanun Keseksaan(Penal Code), dimana Azizman, Dato Abdul Rahman Bin Hashim serta semua kakitangan dan pihak terlibat dalam menghalang kemasukan Ahli Dewan ke dalam Dewan atas sebab tindakan mereka yang salah disisi undang-undang tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak kami meminta pihak polis mengadakan siasatan terperinci dan mengambil segala tindakan yang wajar supaya pihak mereka yang terlibat dihadap ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.
Laporan ini penting demi memulihkan demokrasi dan undang-undang yang tidak dihormati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di Negeri Perak ini.
Sekian, laporan saya.
(YB.DRS. KHALIL IDHAM LIM)
ADUN Titi Serong, PERAK.
No. I/C : 641102035125
Tarikh : 3 Mac 2009
LAPORAN POLIS JAM 3.08 pm
Beliau ditemani oleh Exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat, Dato Ngeh Khor Ham dan Nga Khor Ming serta ADUN lain yang hadir ialah ADUN Canning,YB Wong Khar Wong dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang
Report polis itu akan dibuat oleh ADUN Titi Serong, ADUN Canning, ADUN Teja dan ADUN-ADUN PR yang lain
PENYOKONG UMNO MEMBALING OBJEK KEARAH YAB NIZAR.....
Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaling botol air dan batu oleh kumpulan yang dipercayai penyokong UMNO selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri.
Kejadian berlaku di luar pejabat DAP di Ipoh setelah Nizar selesai mengadakan sidang akhbar mengenai persidangan bersejarah itu yang diadakan di bawah pokok di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang diambil alih oleh polis
Ketika memasuki keretanya, sekumpulan orang membaling botol air mineral dan batu ke arah Nizar sebelum melarikan diri (Sendiri mau Ingat : Penakut Org2 Umno ni sama mcm Yahudi).
Kira-kira sejam sebelum itu, Nizar dan rombongannya dihalang oleh penyokong UMNO ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri sidang tergempar berkenaan.
Malaysiakini melaporkan polis yang di kerah disitu tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.
Nizar dan rombongannya berjaya melepasi sekatan itu. Namun mereka dihalang, dan dikasari oleh polis apabila tiba di pintu masuk Bangunan Perak Darukl Redzuan.
Pada sidang medianya, Nizar berkata pihaknya menepati segala peruntukan perlembagaan untuk mengadakan sidang tergempar itu.
TERKINI11.48am. Semua ADUN PR beredar meninggalkan pejabat DAP untuk kembali ke tempat penginapan masing-masing sambil dikawal ketat oleh Unit AMAL dan petugas khas yang dilantik.
Mereka boleh merantai bangunan, mereka boleh menutup dewan dan mereka boleh bertindak apa yang mereka mahu untuk melaksanakan konspirasi mereka.
Tetapi Sidang Tergempar DUN Perak pagi ini pasti menjadi satu sejarah. Datuk Seri Nizar Jamalauddin sebulat suara diberikan undi percaya oleh DUN. Dan DUN kini dengan rasmi dibubarkan.
foto-foto delcapo
Kelihatan beberapa pemimpin PR dan ahli-ahli Parlimen sedang memberikan ucapan kepada penyokong PR.
Mereka menaikkan sepanduk dan melaungkan ucapan sokongan kepada kerajaan PR negeri Perak.
Kerajaan Nizar Bersidang Di Bawah Pokok, BERSEJARAH
Pelik tapi benar. Itulah hakikatnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang elah dirampas kuasanya secara biadab oleh UMNO-BN terpaksa menjalankan persidangan tergempar di bawah pokok yang terletak beberapa meter dari Bangunan Kerajaan perak Darul-Ridzuan.
Bangunan yang telah dikepung oleh anggota Polis sejak petang semalam dipercayai dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini tidak dapat dimasuki oleh Nizar dan lain-lain ADUN yang sepatutnya mengadakan sidang tergemparnya di situ.
Sivakumar cuba diperangkap oleh perencanaan jahat apabila hanya Sivakumar dibenarkan masuk ke bangunan tersebut. Namun Sivakumar enggan sebaliknya meninggalkan bangunan tersebut bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat untuk meneruskan persidangan di satu kawasan lapang - kawasan dimana semua rakyat dapat melihat perjalanan dewan.
Dunia menyaksikan detik bersejarah itu tadi apabila lensa TV seluruh dunia - CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain menghalakan lensa kamera mereka ke persidangan yang berlansung akibat kebiadaban dan kezaliman kerajaan UMNO-BN yang tidak cukup merampas kuasa, kini memperkudakan segala jentera seperti polis, pegawai pentadiran bangunan. setiausaha kerajaan dan lain-lain untuk menafikan hak kerajaan sah Pakatan Rakyat dari menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di bangunan Kerajaan Perak Darul-Ridzuan.
Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.
Yang pasti kesemua pihak yang terlibat di dalam konspirasi rampasan kuasa di perak tetap akan menerima penghinaan dan kutukan sejarah zaman berzaman.
GB
Terkini :10.49 pgi: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.
10.46 pagi: Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.
10.35 pagi: Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.
Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.
10.30 pagi Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi
10.26 pagi - Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.
10.25 pagi - Usul pertama yang menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.25 pagi - Dengan berpakaian Speaker serba lengkap Sivakumar sudah bersedia untuk memulakan sidang setelah “doa selamat” dibacakan.
Sidang bermula dengan usul pertama dari ADUN Titi Serong Dr Khalil Idham Lim Abdullah.
Beliau menyatakan sokongan dan kepercayaan diberikan kepada Nizar sebagai menteri besar. Sivakumar meminta usul dibahaskan.
10.24 pagi - Terdapat anggaran 500-1000 orang pemerhati yang menyaksikan sidang DUN yang bersejarah ini.10.20 pagi - Beberapa orang kelihatan menunaikan solat.
10.15 - Speaker mengumumkan Sidang DUN akan di adakan di satu kawasan lapang di bawah pokok yang terletak antara 50 ke 200 meter dari pintu masuk bangunan Kerajaan.
10.06 pagi - Nizar sudah berada di dalam kereta. ADUN Pakatan Rakyat yang lain sedang berbincang di satu sudut.
10.00 pgi - Negeri Perak khususnya di bangunan kerajaan Perak seperti diperintah oleh PDRM - Polis yang menentukan siapa boleh masuk ke bangunan siapa yang tidak. Salahguna kuasa PRDM terlalu jelas.
9.57 pagi - Nizar dan lain-lain ADUN PR bergerak ke pejabat DAP yang terletak beretentangan dengan pintu masuk bangunan Kerajaan Perak. Ngeh dilaporkan berkata mereka akan membuat Sidang Konferens.
9.52 pagi - Masa untuk orangramai yang berhimpun bersurai. Jika tidak mereka akan disembur dengan air dari trak FRU.
9.50 pagi - Polis menggunakan hailer untuk memanggil Speaker masuk ke bangunan. Hanya Speaker.
9.45 pagi Terdengar jeritan Hidup rakyat! Hidup Rakyat!
9.40 pagi- Ahli-ahli Dewan Undangan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin tiba di bangunan Kerajaan Negeri untuk sidang tergempar DUN yang dipanggil oleh Speaker DUN, V.Sivakumar untuk meluluskan dua usul bersabut dengan krisis perlembagaan di Perak.
Pautan berita olih kelabGreenboc
Ahli Parlimen Rantau Panjang,Kelantan berucap dalam sidang Parlimen, lapornya rezab BANK NEGARA telah hilang sebanyak 94 BILLION dalam masa hanya 6 BULAN,iaitu mulai bulan JUN hingga December 2008.
Satu jumlah yang cukup besar dihilangkan oleh pihak-pihak yang sentiasa ikhlas dan Amanah dalam menjaga Dana Rakyat untuk kepentingan diri dan kroni.SPRM kemana hilangnya?
Tak kan lembu punya cerita sanggup berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana nak dapatkan bukti walaupun tak cukup bukti.
Dalam suasana ekonomi yang sedang Nazak,sepatutnya pihak yang berkuasa lebih berhemah dalam menggunakan Dana Rakyat untuk disalurkan kepada yang sepatutnya bagi menjana ekonomi agar menjadi stabil semula.Kini persoalannya ialah ke mana Hilangnya 94 Billion itu???
olih PendekarLaut
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu.
Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin.
Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun(7) mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.