ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 28, 2010

KENAPA ANJING-ANJING INI DITANAM DI TEMPAT LAMA BUANG SAMPAH?

Rakyat Kuala Langat telah mengetahui bahawa tempat buang sampah lama Kampong Sg. Sedu telah tidak beroperasi lagi, tetapi kenapa pula Anjing yg dibunuh ditanam ditempat itu? Apakah tempat itu masih diguna pakai untuk menjadikan kubur anjing?  Hanyar difahamkan  ramai orang menjadi marah kerana penduduk setempat seperti dihina.
Pihak kerajaan PR mesti mengambil tindakan tegas untuk penerangan yang jujur.
Hanyar mengambil tanggungjawab kerana wakil penduduk telah membawa bukti keratan akbar Malaysia Nanban pada 21 sept 2010 muka surat 3. Dan ini menjadikan kenyataan kukuh untuk Hanyar boleh bertindak dan diketengahkan pada pihak berwajib .

Ahli Majlis Salah Guna Kuasa.

Apakah Tindakan Terhadap Salah Laku  Ahli Majlis Zon 10 Seperti dalam gambar ini? 

Perkara ini telah berlaku pada malam 23 ogos 2010 dan telah dimaklumkan kepada Ahli Parliman Kuala Langat Abdullah Sani untuk tindakan.
Apa yang berlaku tiada tindakan dan Hanyar akan ketengahkan dengan laporan polis serta TNB. 


 Lokasi halaman rumah sewa yang Hanyar sewakan dari tuan rumah(en. Linggam) dan sebagai ehsan kerana tindakan dari parti/ kerajaan amat lembap terhadap seorang keluarga susah. Rumah ini disewa RM300 sebulan.  Hanyar telah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab Ketua Pakatan Rakyat K.Langat. Tindakan mereka amat meleset. malah memburuk-burukkan Hanyar. Mereka seperti KACANG LUPAKAN KULIT. Sebelum ini beliau tidak mampu membayar sewa sejak 6 bulan dan setelah Hanyar dalam perbincangan dengan En. Linggam bersama saksi AJK Cabang KEADILAN Sdr Miswannudin untuk menyelesaikan masaalah hutang sewa rumah itu.
Dan setelah itu Hanyar menyewa semula dan membayar sewa baru serta membayar deposit sebanyak sebulan. Rumah itu Hanyar membuat perjanji kepada En. Linggam untuk memberi kemudahan tinggal kepada orang yang bermasaalah itu.
 Litar letrik dipotong oleh TNB kerana tidak membayar bil tertunggak. Hanyar sengaja tidak membayar kerana ingin mengosongkan rumah ini. Banyak salah laku penghuni yang diberi kemudahan. Oleh itu ada pula ingin menjadi hero untuk membantu dengan salah laku kuasa.
Apabila hanyar diberitahu litar letrik disambung secara HARAM oleh A.Majlis Zon 10
(Mani Arasen),meninjau dan benar. Hanyar mengarahkan Ahli Majlis itu bertanggung jawab membuka semula.(seperti dalam gambar).

Sep 23, 2010

Isteri jutawan India yang hilang dedahkan rakaman perbualan telefon dengan suspek



KLANG: S.Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, hari ini mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di Kapar di sini.
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y. Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.

Usharani berkata dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu. Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh. "ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini," kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan. Selain itu, beliau yang baru tiba dari Chennai, India semalam berkata turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Inspektor Muru dari Bukit Aman dengan tujuan yang sama iaitu untuk meminta wang daripadanya. Sementara itu, Manikavasagam berkata Usharani akan menyerahkan rakaman perbualan telefon itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar esok, kira-kira jam 11.30 pagi. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata kes kehilangan Allal kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain apabila dia dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lalu.

Usharani membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lalu dan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat tengah hari tadi untuk memberikan keterangan kepada polis. - Bernama

KENYATAAN TEGAS DARI ANAK DSAI SEORANG AHLI PARLIMAN MALAYSIA KE12

Inilah sikap kerajaan Malaysia yang suka berb uang masa dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah. "TERUSKANLAH PERJUANGANMU WAHAI AHLI PARLIMAN MUDA YANG BERANI SERTA TEGAS"





Sep 21, 2010

Anwar fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.
Notis rayuan berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim
Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar memfailkan permohonan membatalkan tuduhan liwat yang dikenakan
terhadapnya pada 2 Ogos lalu kerana mendakwa prinsip kesaksamaan serta integriti
pihak pendakwaan berikutan dakwaan hubungan intim di antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan atas
tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,
Kuala Lumpur, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes liwat itu akan disambung semula pada 14 Oktober ini dengan pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim.-

Sep 17, 2010

Siasatan pembunuhan Sosilawati tanpa unsur perkauman - Ismail Omar



 

BANTING: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.
"Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa," katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara.
Pada sesi dialog itu beliau berkata, siasatan terhadap kes-kes yang ada unsur perkauman seperti kes pembakaran gereja di Petaling Jaya dan surau di Johor dijalankan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.

Ismail berkata demikian selepas seorang daripada pemimpin masyarakat setempat membangkitkan isu mengapa kes surau di Negeri Sembilan yang dibaling cat dan botol arak tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes pembakaran gereja ada yang dihadapkan ke mahkamah.

Ismail turut mengarahkan polis Selangor termasuk daerah Kuala Langat supaya memantau peningkatan pembabitan golongan belia di daerah itu dalam kegiatan jenayah.

Sementara itu, Ismail berkata beliau akan melihat keperluan menambah anggota dan sokongan logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah itu dan keperluan meletakkan seorang Asisten Komisioner Polis bagi mengetuai polis di sana berbanding hanya seorang Superitendan ketika ini.

Kadar penduduk Kuala Langat ,  kini berjumlah 200,000 orang. Polis perlu tingkatkan keselamatan yang lebih cekap dan berdisiplin.


Ismail dalam pada itu berkata, polis berjaya menurunkan kadar indeks jenayah di daerah itu sebanyak 14 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.