Feb 2, 10 9:09am |
Lebih kurang 30 ribu orang membanjiri perkarangan mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pagi tadi.
Terkini Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sebentar tadi.
Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.
Anwar mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.
"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.
"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.
9.50 pagi: Perbicaraan diangguhkan kepada jam 2.30 petang ini
9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".
9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.
8.46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.
8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.
8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.
8.33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.8.25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah
8.15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.
8.00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.
7.57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Canada telah tiba, lebih ramai dijangka hadir.
7.55am: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.
7.43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan
Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.