ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 10, 2010

Siapa saja boleh menjadi pemimpin asalkan boleh melakukan sesuatu.

Persoalan pertama…
adakah kita akan hanya terus memblog….atau mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu? Apa yang patut dibuat? Apakah kita hanya menunggu dari ‘pemimpin’ untuk berbuat sesuatu? Adakah kita akan terus mengkritik “pemimpin” kerana tidak melakukan apa-apa? Ataupun terus mengampu ‘pemimpin’ untuk mencapai matlamat ke Putrajaya?

Persoalan kedua…
apakah blogger perlu terus menjadi ‘party-centric’ atau pun ‘leader-centric’? Persoalan ini timbul kerana kebanyakan blog-blog pro-Pakatan Rakyat setiap hari bercakap tentang apa yang UBN/PR buat atau pun mengulas tentang apa yang pemimpin BN/PR buat. Tetapi tidak banyak yang bercakap tentang permasalahan rakyat ataupun inisiatif untuk memperkasakan rakyat.
Aku masuk kampung setinggan, masuk Pangsapuri PPR dan melihat kemiskinan dan permasalahan yang dihadapi mereka. Aku ingat dikampung susah, rupanya dibandar ada yang lagi susah. Ada suami yang minum petrol, cuba membunuh diri kerana tidak sanggup melihat anak-anak menderita. Ada ibu-ibu yang sanggup menjadi GRO untuk menampung perbelanjaan anak-anak. Dan ramai anak-anak yang menjadi liar kerana ibu-bapa bekerja siang malam.
Dan lebih menyakitkan hati apabila ada ‘pemimpin’ yang hanya bercakap tentang masalah sosial tetapi tidak ada inisiatif untuk membenterasnya. Berapa ramai pemimpin yang sanggup turun berjumpa golongan miskin dibandar untuk membantu mereka? Apakah program-program yang telah dilakukan selepas menang? Mungkin tunggu pilihanraya akan datang…dan mereka akan terus berjanji.
Dari satu DUN ke satu DUN di Selangor. Berjumpa dengan orang-orang yang tak dikenali untuk mendapat feedback tentang prestasi Pakatan Rakyat Selangor. Ada yang kata bagus, ada yang kata serupa saja…dan ada yang dok ulang cakap aku..”mampuih pi la”.
Dalam PRK, semua pihak menabur janji. Dalam Pemilihan PKR juga masing-masing menabur janji…tapi dalam masa yang sama, janji-janji yang ditabur semasa PRU dulu masih banyak yang tertunggak.
Adakah pemimpin itu mereka yang memegang jawatan dalam parti? Ataupun adakah pemimpin itu mereka yang memegang jawatan dalan kerajaan yang memerintah?
Sudah tiba masanya untuk kita  menjadi pemimpin. Tidak perlu jawatan politik, malah tidak perlu identiti politik untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat. Siapa saja boleh menjadi pemimpin asalkan boleh melakukan sesuatu.