ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 26, 2009

KENAPA TIMBALAN PERDANA MENTERI MERASA GELISAH SERTA TAKUT?

26.02.2009. kHAMIS. DS Najib perlulah bijak agar keterampilan bakal menerajui kerusi selesa Perdana Menteri bulan depan. Beliau sepatutnya tidak perlu menjawab atau memanipulasikan keatas laporan 2 orang ADUN dari Perak kepada SPRM.

Hanyar beranggapan laporan yang dibuat olih 2 ADUN adalah munasabah serta YB berkenaan bersedia dipanggil untuk disiasat. Kenapa pula DS Najib merasa takut dengan apa yang telah dilaporkan kepada SPRM keatas tuduhan yang bersangkutan dengan beliau. Mungkin juga DS Najib cuba mempengaruhi SPRM untuk mengelak dari dituduh.

Hanyar dan rakyat marhain cabar Umno BN supaya bebaskan 4 ADUN dari Perak agar mereka dapat memperjelaskan kepada rakyat apa yang sedang berlaku terhadap mereka. Yang selama ini banyak cerita sebaliknya yang bolih dianggap benar sebagai ugutan Umno BN terhadap 4 ADUN itu dicorong-corong ceramah dari PR. Umno BN tidak perlu merasa takut sekiranya benar tidak melakukannya.

SPRM yang dinaikkan taraf olih Perdana Menteri, nampaknya seperti makin lebih teruk daripada yang lalu.Lebih-lebih lagi apabila tersebarnya masalah dalaman keluarga pengerusi SPRM. Hanyar berharap biarlah Pengerusi SPRM, jangan dipengaruhi masaalah peribadi dengan undang-undang yang dipertanggungjawabkan olih rakyat.

Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (keADILan). Mereka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ditawarkan wang sehingga RM20 juta serta jawatan dan konsesi kawasan balak oleh pihak tertentu. Sekiranya bersetuju menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

YB Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina .

Beliau juga berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta, serta akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas serta menyokong BN.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara ADUN Kuala Kurau YB Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai , beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan parti keADILan.

GERAK PERLU BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI BADAN BERTINDAK BUKAN KERAJAAN (NGO)............

Dalam isu salah guna kuasa kerajaan negeri Selangor yang telah dibangkitkan olih GERAK satu perkara yang baik. Walau apapun perlu ditingkatkan lagi untuk meneruskan kerja dengan slogan “Kearah Memperjuangkan Maruah Bangsa Tanpa Rasuah”.

Ada baik nya GERAK bongkar apa saja aduan yang diterima dengan munasabah kepada SPRM untuk siasatan. Dan kini setelah GERAK melaksanakan tanggungjawab, maka timbul berbagai isu salah laku kuasa dari pihak umno BN. Amat tidak adil sekiranya GERAK mengambil sikap menyepi apabila menerima pelbagai aduan rasuah, walaupun mana-mana pihak seperti badan politik maupun individu, untuk aduan kepada SPRM. Terpulang kepada SPRM melaksanakan tanggungjawab yang bijak sana adil dan telus.

Pertikaian yang berlaku sekarang adalah SPRM telah mendahului proses mahkamah.Tidak wajarlah SPRM, pengerusinya Tan Sri Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang bolih menyinggong mana-mana pehak. Sewajarnya beliau mengambil sikap bijak, dan tidak membuat keputusan sendiri melaui media.

Daripada apa yang berlaku berpunca dari laporan GERAK sebuah badan NGO kepada SPRM, ia menjadi satu hikmah pengajaran yang baik. Dari sudut itu,baik buruk ada penampilannya.

Tuduhan aduan GERAK, kepada salah laku kuasa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai olih keADILan, amatlah memalukan.Bagi Kerajaan yang tidak melakukan kesalahan mengikut undang-undang termaktub, itu menjadi satu kebaikan untuk rakyat menilai baik buruk, dengan pilihan mereka semasa pilihan raya umum mac 2008 yang lepas.

Dalam masa sama, selepas isu aduan GERAK kepada SPRM yang diwarkan olih media BN, timbul lagi satu isu YB ADUN Bukit Lanjan yang langsung tidak membawa kearah memertabatkan maruah Malaysia. Olih kerana isu ini telah dibawa kepada pihak mahkamah, Hanyar tidak mahu memanipulasikan dan biar mahkamah dengan tanggungjawab adil dan saksama.

Situasi setelah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, diperkenan mengadap Tuanku Sultan, Tuanku merasa hiba keatas kemelut yang berlaku kepada negeri beliau. Dengan bijak sana Tuanku mengambil sikap tidak bolih mencampuri urusan politik dan memberi mandat kepada memanda Datok Menteri Besar, untuk menyelesaikan secara berhemah dari segala urusan pentadbiran ekonomi dan kebajikan. dengan takbir urus kearah kerajaan yang telus,

Berbalik kepada tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Bin Ibrahim, hormat mengadap Tuanku Sultan Selangor, amatlah wajar dan tidak bolih dipertikai.Perlu seseorang Memanda Datuk Menteri Besar meminta nasihat Tuanku sebagai tidak menderhaka kepada Sultan yang memerintah Negeri.