ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 28, 2011

SIKAP ISLAM PD NAMA DI K.PENGENALAN, TAPI TIDAK PD IMAN, TAUHID DAN MAKRIFAT.

Doa Kami...
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60

Orang Islam belum pasti BERIMAN,
Orang BERIMAN sudah pasti Islam.

Apa hubung kait kenyataan ini dengan Firman diatas. Sama-samalah kita halusi dengan akal yg dianugerahkan Allah, dan tidak dengan nabsu saitan.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).





SETERUSNYA KLIK DISINI

Feb 22, 2011

Di hari pengadilan, di hadapan Allah,

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ¿Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.¿

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,¿Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.¿

-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala¿ul A¿laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :¿Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.¿

-Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ¿¿.kerana

- Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
¿Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.¿

Feb 18, 2011

"akan mempertahankan tanah ini hingga titisan darah yang terakhir" DIMANA DAN SIAPA MEREKA?

SEJARAH MALAYSIA MERDEKA DISEMBUNYIKAN.

Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan. Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka !

Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang. Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957.

Anak kecil terbiar di jalanan. Pemuda, pemudi bermain dengan maruah seakan-akan mainan. Fitnah mencaci, fitnah menganiaya menjadi rutin kehidupan. Inilah fantasi rekaan barat yang diterima sebagai anutan !

Andai Tuhan menyingkap tirai kehidupan hari ini, lantas dipamerkan kepada mereka yang telah tiada, pasti sebak jiwa mereka dengan kekesalan, tersentak perasaan dengan seribu kekecewaan. Adakah ini generasi mereka ? Apa salah mereka hingga ini menjadi natijah ? Atau ini sememangnya hadiah yang tidak berperikemanusiaan, atau lumrah zaman yang sememangnya kejam. Apakah ini sebenarnya refleksi sebuah Kemerdekaan ?

Namun harus diingat, segalanya bermula pada hari itu. Kemerdekaan yang disanjung, kemerdekaan yang ditatang dan kemerdekaan yang di perjuangkan, adakah ini semua mempunyai sebuah nilai yang tidak terhingga ?

Ayuh kita nilai kembali apresiasi sebuah kemerdekaan yang kini dilihat seakan-akan sudah tidak bermaruah buat anak bangsa Malaysia. Mari kita singgap sejenak nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan kudrat dan darah oleh bangsa terdahulu dan kini ia semakin dipandang sepi oleh anak muda pasca kemodenan.

Sejarah Kemerdekaan Menyembunyikan Tokoh-Tokoh Tertentu

Tidak dinafikan di dalam lembaran-lembaran dan hikayat sejarah perjuangan dan kemerdekaan negara, ia pernah dibasahi dengan darah dan keringat pejuang-pejuang terdahulu. Namun begitu malang sekali apabila terdapat beberapa batang tubuh tokoh perjuangan kemerdekaan yang cuba untuk disembunyikan daripada tatapan dan pandangan masyarakat umum.

Pasca tahun 1945 hingga tahun 1948, ketika pertembungan sengit antara bangsa Melayu dan pihak British, ada sosok tubuh tokoh-tokoh tertentu yang begitu hebat memerah kudrat bagi meraih kemerdekaan Tanah Melayu. Namun di mana letaknya nama-nama mereka di dalam lembaran-lembaran dan teks-teks sejarah negara di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat universiti. Di mana letaknya nama-nama tokoh kemerdekaan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Ahmad Boestaman, Ishak Hj Muhammad, Ibrahim Hj Yakob mahupun Shamsiah Fakeh di dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu ?

Mungkin ada nama-nama mereka yang diselitkan di dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara namun apakah cerita yang disampaikan mengenai mereka ? Adakah hak-hak mereka telah diadili dengan sebenarnya di dalam ceritera sejarah negara kita ?

Hinggakan adik-adik di peringkat sekolah menengah, bahkan anak muda-anak muda di peringkat universiti tidak mengenali siapakah tokoh kemerdekaan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir mahupun Ahmad Boestaman. Apabila disebutkan nama tokoh-tokoh kemerdekaan ini, jiwa generasi muda kita tidak tersentuh, hati mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengorbanan yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Mungkin juga nama-nama mereka cuba disembunyikan daripada tatapan umum kerana mereka bukanlah se-bahtera dengan mereka yang kononnya sebagai pemencak utama di dalam lapangan kemerdekaan. Ataupun nama mereka cuba disembunyikan kerana ada cerita sebenar mengenai kemerdekaan negara kita yang cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Jika benar kemerdekaan negara kita ini suci, jika benar kemerdekan negara kita ini bermaruah, jika benar kemerdekaan negara kita ini bernilai, mengapa perlu ada tokoh-tokoh yang cuba disembunyikan daripada tatapan masyarakat umum ?

Sejarah Kemerdekaan Mencemarkan Bangsa Melayu

Persepsi ini mudah. Ayuh kita buka dan lihat lembaran-lembaran sejarah kemerdekaan, teks-teks sejarah di peringkat sekolah menengah, video-video kemerdekaan dan kita lihat berapa ramai bangsa Melayu yang memenuhi stadium-stadium, yang membanjiri padang-padang, yang mendengar di corong-corong radio sambil mendengar dan menyambut laungan Merdeka dan kita lihat siapa yang berada di atas pentas pengisytiharan kemerdekaan.

Mengapa masih ada seorang bangsa yang berkulit putih, yang bertopi putih duduk di atas pentas kemerdekaan sambil memerhatikan Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat Merdeka dari belakang dan melihat bangsa Melayu yang duduk di bawah. Cukup simbolik !

Adakah benar negara kita sudah merdeka ? Jika benar negara kita sudah merdeka, halau sahaja si kulit putih itu dari atas pentas kemerdekaan. Namun ia tidak berlaku. Si kulit putih itu tetap berada di atas pentas kemerdekaan, gambar-gambar dan hikayatnya telah tercatat di dalam lembaran sejarah negara kita dan 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang si kulit putih itu akan tetap akan berada di dalam sejarah kemerdekaan negara kita.

Cukup ironis. Persoalannya, di mana nilai sebenar kemerdekaan negara kita ?

Kemerdekaan Menjatuhkan Maruah Pejuang Terdahulu

Kita sering kali mendengar nama-nama tokoh pejuang terdahulu seperti Bendahara Paduka Raja, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Datuk Bahaman yang sering menggunakan kalimah, "akan mempertahankan tanah ini hingga titisan darah yang terakhir".

Biar dada tembus dengan tombak penjajah, biar badan dihujani peluru musuh, tanah ini akan tetap dipertahankan walau cuma seinci. Begitu suci dan mulia perjuangan dan pengorbanan mereka.

Namun tahun telah beralih, zaman juga sudah semakin maju hinggalah ke pasca tahun 1957. Jiwa perjuangan telah banyak berubah. Toleransi demi toleransi, diplomasi demi diplomasi telah banyak mewarnai kancah perjuangan kemerdekaan pada ketika itu hingga generasi muda seakan-akan alpa apa sebenar erti sebuah perjuangan. Namun hakikatnya, toleransi yang di garap telah melampaui batas-batas perjuangan.

Mereka bertoleransi dengan golongan yang dahulunya telah membunuh pejuang-pejuang yang lampau. Mereka bertoleransi dengan golongan yang dahulunya telah menghalau pejuang-pejuang terdahulu. Lalu kemerdekaan diterima dengan cara yang amat mudah daripada tangan-tangan kotor tersebut. Inilah potret perjuangan 1957.

Juga persoalan ingin diungkapkan. Apa nilai sebenar kemerdekaan negara kita ?

Signifikan Kemerdekaan Yang Memalukan Negara

Usah bicara soal kebebasan, usah bicara soal demokrasi, usah bicara soal hak-hak individu, usah bicara soal keadilan, usah bicara soal autonomi universiti, usah bicara soal kebebasan akademik jika kemerdekaan yang kita perjuang dan pertahankan selama ini tidak melambangkan erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Kemerdekaan sendiri telah menutup ruang kebebasan, kemerdekaan sendiri telah memalukan bangsa Melayu dan kemerdekaan sendiri telah mencemarkan nilainya. Jangan diharap bulan jatuh ke riba, selagi adanya satu 'bayang-bayang" yang telah mengotori sistem negara ini tidak kita musnahkan, selagi itu kemerdekaan hanya akan tinggal sebagai kemerdekaan !

Buat para anak muda Malaysia, segala yang diungkapkan di dalam hikayat ini bukanlah antipati sebenar sebuah kemerdekaan negara kita namun ia hanyalah satu garapan idea dari sisi pandang yang sedikit berbeza yang seharusnya kita kupas bersama dan kita sebagai anak muda semestinya harus memikirkan apa yang seharusnya kita lakukan demi menjamin eksistensi perjuangan dan pengorbanan bagi meneruskan nafas sebuah keMERDEKAan.

Feb 15, 2011

MENGAPA PENDUDUK MERLIMAU MERASA TERUJA BILA TPM KEKAMPONG TERSEBUT?

Apakah menjadi tradisi bila ada PRK, baru bapak pemimpin pemerintah turun melawat kawasan? Gitu juga diKerdau nanti. 
Apapun berubahlah wahai pimpinan atasan maupun diakar umbi. Selalulah melihat sendiri apa yg terjadi pada rakyat . jangan ada PRK, baru nak turun padang. Memalukan.

Penduduk Pekan Merlimau Teruja Bertemu Muhyiddin 
 
JASIN: Beberapa penduduk di Pekan Melimau di sini teruja bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan tinjauan mesra beliau di kawasan itu pada Isnin.
Siti Noor Syahirah Abd Rahman, 19, yang sempat bersalaman dan berbual dengan Muhyiddin berkata ini merupakan perjumpaan kedua beliau dengan pemimpin berjiwa rakyat itu.
"Pertama kali jumpa di Mersing, Johor pada 2007, jumpa seimbas lalu sahaja, sekarang sempat bersalaman dan sempat bertanya khabar dengan beliau, tentulah seronok," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan telefon di pekan itu. Muhyiddin melakukan "walkabout" di pekan kecil itu yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk.
Menceritakan tentang perbualannya dengan Muhyiddin, Siti Noor Syahirah berkata pemimpin itu sempat bertanya mengenai perkembangan perniagaan di kedai milik majikannya itu.
Aw Yong Gern, 61, pemilik pasar mini berkata ini merupakan perjumpaan pertama beliau dengan Muhyiddin.
"Mula-mula takut sikit, tetapi dia (Muhyiddin) banyak baik, cakap banyak lembut, dia tanya macamana perniagaan saya, saya ada cakap terpaksa naikkan barang sikit kerana sekarang harga barang semua naik," katanya.
Wanita itu berkata pembangunan di kawasan Merlimau rancak dan cepat berkembang tetapi keadaan perhubungan jalan raya di kawasan itu perlu diperbaiki.
T Sivarajoo, 46, berkata ini merupakan kali kedua beliau berjumpa dengan pemimpin nombor dua negara itu, kali pertama pada 2005 semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam satu majlis di Selangor.
"Saya berterima kasih kepada Muhyiddin kerana telah melakukan perasmian pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di sini hari ini," katanya yang mengusahakan sebuah kedai runcit.
Menurutnya masyarakat India di Merlimau sudah lama memerlukan sekolah itu. -BERNAMA

Feb 13, 2011

TAK SEMPAT SELESAI PRK DIMELAKA, DAH PULAK NAK KE PAHANG. BILA PULAK DI P. KLANG SELANGOR?

PRK utk kali ke16 di negeri Pak Najib. Nampaknya penggal PRU12, bersejarah dgn PRK macam sambutan hari raya.




 
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
12 wakil rakyat meninggal dunia

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
azlanSejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.

Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

Feb 8, 2011

PERJUMPAAN SULUNG BUAT MB SELANGOR MEMBERI ERTI KPD RAKYAT SELANGOR.

Hari bersejarah yg tidak boleh dilupai oleh rakyat Selangor dan Malaysia terhadap perkara membawa kontraversi hinggakan salah seorang ADUN dibawa kepengadilan kerana menghasut (Akta Hasutan).

Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengadakan pertemuan sulung dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru Datuk Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam pada jam 5 petang tadi.




Bagaimanapun, menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan Selangor dan menteri besar seharusnya berperanan dalam pelantikan SUK.



"...pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kata kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu lagi, dalam pertemuan tersebut, Khalid juga mengarahkan Khusrin memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor.



"Seterusnya, menteri besar mengarahkan Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah," kata kenyataan itu.



Arahan lain Khalid kepada Khusrin:



Menteri besar memberitahu Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

Khalid menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Khusrin diminta meneruskan usaha-usaha Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut langsung sama ada Khalid membenarkan Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK yang dilantik secara kontroversi itu menghadiri meyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Feb 2, 2011

DIRI BELAJAR DARIPADA KEHIDUPANNYA.. Fikirkanlah

Sekali kaki melangkah di jalan Allah, jangan undur.Biar masa berganti, Aqidah jangan mati.Biar zaman berubah,keyakinan pada Allah jangan goyah. Berjihad di jalan Allah dan mati dijalan Allah.

DIRI BELAJAR DARIPADA KEHIDUPANNYA

Jika diri diasuh dengan KEANGKUHAN, dia belajar erti TAKABBUR,
Jika diri  diasuh dengan KELEMAHAN, dia belajar erti HINA DIRI,
Jika diri  diasuh dengan PERMUSUHAN, dia belajar MEMBENCI,
Jdiasuh dengan PENTINGKAN DIRI, dia belajar erti MENGKHIANATI.

Namun......

Jika diri  diasuh dengan NILAI INSANI, dia belajar HARGA DIRI,
Jika diri  diasuh dengan KEPAYAHAN, dia belajar erti MENGASIHI,
Jika diri  diasuh dengan BELAS BUDI, dia belajar erti MENSYUKURI,
Jika diri  diasuh dengan MENUKIL KARYA, dia belajar MANFAAT ILMU,
Jika diri  diasuh dengan DIDIKAN TAQWA, dia belajar erti HAYATI AGAMA.
Jika diri diasuh dengan JIWA RAKYAT, dia belajar MUAFAKAT,
Jika diri diasuh dengan PENGALAMAN, dia belajar erti HAKIKAT KEHIDUPAN..

Dari Rakyat buat Pemimpin yg tidak Iklas

Pesanku kepada anak bangsa Malaysia ku
Berjanji la kamu,
Sebagai saksi
Apabila syurga kita
Melutut menyembah bumi sendiri
Kerana khianat bangsa kita sendiri
Mereka ragut kebahagian kita
Untuk ketamakan mereka
Dari derita kita
Dari air mata kita
Dari kesengsaraan kita
Dari keringat dan peluh ayah-ayah kita
Dari tangis dan rayuan ibu-ibu mu
Dari kesombongan mereka
Dari kuasa bongkak mereka
Dari kezaliman mereka
Dari ketamakan mereka
Dari keangkuhan mereka.
Mereka dirikan istana mereka
Mereka roboh kan mahligai kita
Anak-anak bangsa Malaysia kuBerjanji lah
Kerana kau juga menjadi saksi
Kerana kau juga yang mengerti
Kerana kita lemah tak berdaya
Kerana kita mangsa haloba mereka.
Buat Sahabat-sahabat kuHari ini mereka merayu
Hari ini mereka menagih
Mereka berjanji
Mereka lakukan apa saja
Kerana mereka mahukan kembali
Kuasa mereka memerintah BN, maupun PR diNegeri-negeri
Kerana
Allah SWTMembalas dosa terkeji
Allah tarik kuasa mereka
Allah tarik keangkuhan mereka
Allah tarik kesombongan mereka
Allah tarik negeri mereka
Allah tarik mahkota mereka
Jazaqallah......