ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 20, 2011

KENAPA POLITIK DIMALAYSIA MENJADI LEBIH KETERLALUAN ?

Janganlah Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Politik Berkepentingan.



Makin menjadi buruk dan mangsanya adalah rakyat Malaysia sendiri. Pada kadar segera, sikap BNumno banyaknya kepada buruk untuk umat Islam. Apa tujuan SEBENAR Sdr Ezam untuk bersama menyokong Umno ? Kalau seperti ini sikap Sdr Ezam untuk  menguntungkan umnobn, maka Sdr Ezam yg dikenali selama ini memperjuangkan KEBENARAN, bagi saya dan diluar sana, Sdr Ezam telah jauh tersasar memperjuangkan kebenaran yang sebenar.
Mengapa, Kenapa dan Bagaimana KeJUJURAN Sdr Ezam memperjuangkan yang hak ? Saya tidak marah beliau bersama Umnobn. Walauapa pun biarlah SETIMPAL apa yg selama ini beliau bersengkang mata semasa bersama keADILan serta keluarga DSAI dulu.
Kalau inilah caranya sikap Sdr Ezam bermain politik, Apa tempat untuk beliau dengan rakyat atau beliau dengan sumpah beliau kepada Allah ??.
Bagi rakyat umum yang mahukan KEBENARAN, bukan lah caranya Sdr Ezam bermain politik nakal seperti dicucuk hidung untuk kepentingan diri. Sejak Sdr Ezam bersama umnobn, juga tidak nampak umno menjadi matang kepada sifar rasuah. Malah lebih menjadi taliarus sepertimana "seekor helang mencengkam anak ayam dengan kuku yang tajam".

May 2, 2011

Azmin dan Bian? PAS dan DAP perlu bertindak dengan waras di meja bulat untuk tindakan pada KEADILAN (Azmin ).


ANJING YANG MENJILAT KUDIS SENDIRI. NAJIB MAKAN DIRI.


Keadaan politik bertambah panas buat BN. Banyak isu yang membuatkan suasana politik negara makin mendadak. Serangan Najib agar PAS keluar dari rumpun Pakatan Rakyat (PR) serta memberi amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.

Isu  MCA telah melakukan ‘brainstorming’ di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.

Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar. Malahan isu-isu itu telah menjadi ‘counter productive’ kepada BN pula.

Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. ‘Intuition’ yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.

Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah.

Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan.

Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.

Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN.  Pada pandangan saya dengan suara terbuka najib mengugut PAS dalam PR, dan Kaum Cina  dari BN.. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.

Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno.

Dari parti DAP, yang bersungguh-sungguh untuk perubahan, tetapi Pemimpin tertinggi KEADILAN  bermain-main politik untuk  bermegah dan mungkin masih ada pertalian dengan UMNO.  Terserlah membuktikan apa yang berlaku di Serawak. DAP 15 kerusi bertanding DUN menang mejoriti 13 kerusi. Mengapa KEADILAN lebih 40 kerusi bertanding, hanya menang kerusi MEMALUKAN ? Siapa bertanggungjawab kalau tidak  Azmin dan Bian? PAS dan DAP perlu bertindak dengan waras di meja bulat untuk tindakan pada KEADILAN (Azmin ).


May 1, 2011

AKAR (Anti Kroni Anti Rasuah) akan dilancarkan sebagai Pertubuhan Persatuan yang sah.

“mengekalkan semangat bersatu dan memperkasakan sekata kehendak Islam”


Kepada Semua Untuk Mengetahui.

Assallammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Pengenalan.

Berapa ramai yang sedar berpersatuan ?. Soalan pertama yang biasa ditanya ialah mereka ingin tahu dimana kita bermula. Lebih penting bagaimanapun adakah mereka tahu kemana kita akan pergi. Ringksnya, adakah mereka biasa dengan persatuan/pertubuhan dan hala tuju kita.

Sebenarnya, bertentangan dengan apa yang ramai percaya (tiada hala tuju). Persatuan/pertubuhan ada mempunyai visi dan misi. Kini ramai yang bergerak tanpa arah dan tujuan kerana engan mendengar apa yang diberitahu dan engan menerima apa yang ditunjukkan.

Setengah dari penyakit-penyakit ini telah diwarisi. Kita perlu faham sebelum pertemuan ini telah ujud berbagai Pertubuhan, untuk memperjuangkan hak-hak demokrasi bersuara dari rakyat. Tiada silapnya pertubuhan mereka .

Sesebuah pertubuhan/persatuan untuk membela nasib hak-hak rakyat seperti alam sekitar social/ korap. Ini adalah aspirasi yang mulia. Ia cuba membawa perubahan yang mulia kepada rakyat. Tetapi kita mengalami stikma, akibat dari kita yang kurang bersatu kerana tidak amanah. Apa yang terpahat pada minda semua yang tidak sama hala tuju atau berkepentingan sesuatu. Kerja mereka dianggap sia-sia.
___________________________________________________________________
Daripada pergerakan sebegini, maka terpanggil untuk kita semua bermuafakat berbincang tubuhkan Pertubuhan yang sah serta berdaftar dengan ROS.

               Adakah anda menyokong Penubuhan Pertubuhan ini ?
                                            (AKAR) 

                                Anti Kroni Anti Rasuah
___________________________________________________________________

Adakah ia mempunyai agenda lain yang tersurat atau tersirat?. Tiada apa yang berlaku sekiranya faham dan teliti. Orang percaya apa yang semua orang mahu percaya. Dan tiada yang akan menafikan bahawa, sesiapa yang mengawal kita dengan tujuan kepentingan sesuatu akan mengawal minda kita.

Kemana selepas ini?.
Kini, selepas mempertimbangkan semua masaalah korapsi, dan mengambil kira keterbatasan dan menyedari stigma yang kita alami daripada propaganda yang bertanggungjawab. Tidak menghormati rakyat keseluruhannya.

Adakah kita akan mengubah hala tuju kita?. Sudah tentu jika kita bersatu.

Perjuangan kita tidak boleh terhad hanya dengan menyatakan matlamat, objektif serta aspirasi. Bagaimana pelaksanaan mulia semua yang dilakukan, ia juga perlu memasukkan pelan tindakan bagaimana mencapai matlamat, objektif serta aspirasi tersebut. Kegagalan kita selama ini, adalah kita terlalu fokus pada mengenal pasti apa yang kita lakukan. Kita kena mengambil langkah mencari jalan bagaimana melakukannya.
Kita harus ingat pada matlamat dan perjuangan kepentingan rakyat. Bukan bawa POLITIK dalam persatuan. Politik adalah wajib pada semua tetapi bukan pada persatuan/pertubuhan dan tak salah jika berpolitik. Tetapi, Politik juga boleh bawa kehancuran dalam persatuan/pertubuhan.

Tema
Setiap latihan atau projek perlu ada tema. Ini juga perlu dibincangkan dan dipersetujui. Tetapi salah satu tema yang boleh diberi ialah “mengekalkan semangat bersatu dan memperkasakan sekata”. Itu telah merumuskan dalam satu ayat, kenyataan visi dan misi persatuan yang kita tubuhkan.

VISI= Menegakkan kebenaran Menentang Kezaliman dari Korap.
Misi= Memperjuangkan Hak Kesejahteraan Rakyat Malaysia dari kepimpinan Curang.

……………………………………………………………………..
Jangan kau sangsi kemana arah mu,
Langkah mu tidak sumbang,
Jangan kau ragui keyakinan mu,
Yang ZALIM/PENGKIANAT/KORAP kita tentAng.


==========================================



PENGENALAN RINGKAS AKAR

Anti Kroni Anti Rasuah (AKAR)

Anti Kroni Anti Rasuah adalah pertubuhan indipenden dan bukan badan politik yang diujudkan untuk memperkasakan demokrasi/perubahan dan menentang amalan penyelewengan . Pengenalan singkatan dikenali AKAR dan semua beruruf besar.
AKAR diilhamkan oleh Abdul Razak  kerana pengalaman mengajar semasa berada dalam parti politik berjawatan sejak 1998- 2008. Apabila banyak perkara yang bercanggah berlaku, tidak boleh ditegur dan kepimpinan atasan tidak memperdulikan pendapat akar umbi maka adalah tidak wajar untuk bersekutu.
Cadangan penubuhan pertubuhan AKAR, setelah beberapa kali berbincang dengan ramai rakan-rakan yang mahukan ketelusan mengatasi kemungkaran berdasarkan rujukan Quran dan Hadish. Dan setelah disahkan pendaftaran pertubuhan, AKAR akan menjelajah seluruh Negeri Selangor untuk merekrut rakan-rakan bagi membantu memerangi penyelewengan hak demokrasi rakyat bersuara dari ditindas.

MATLAMAT AKAR.
Memperkasakan demokrasi tulin dan membina sebuah Negara bangsa yang bebas daripada korapsi berlandaskan nilai-nilai keruhanian dan moral yang tinggi.
Mengujudkan rangkaian masyarakat mencintai demokrasi dan membenci amalan memberi dan menerima rasuah dengan mana-mana institusi.

STRATEGI AKAR
Membina kesedaran mengenai demokrasi dan tolak korapsi mengikut keperluan rakyat sejagat yang ditindas. Membantu membina amalan ekonomi social kejalan yang benar-benar tulin untuk menegakkan kebenaran. Wahana utama:-

1- PENDIDIKAN 2- UNDANG-UNDANG 3- MEDIA YANG BEBAS 4- PEMBABITAN SUKARELAWAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT.

PENGENALAN::
Oleh: Abdul Razak Halidi (abroyvill)
Pengarah   IR&co  1989
                 MDJ Karisma
                 ZARAH
Mantan AJK Bahagian keADILan K.Lgt 1998
Mantan Ketua Pemuda keADILan K.Lgt 2001
Mantan Ketua Bahagian keADILan K.Lgt 2007
NGO GERAK Malaysia/ K.Lgt 2007
NGO Persatuan Penduduk DUN T.Datuk 2000-2008

_________________________________________________
____
=======================================