“Saksikanlah ikan-ikan sekalian. Di darat
terdapat manusia. Mereka akan memperdayakan kita. Apabila kamu terlihat
sebarang cacing ataupun umpan yang ada bersama di atasnya tali, maka
tinggalkanlah. Kerana di dalam umpan tersebut ada mata kail. Hancur
robek bibir kamu jika memakannya. Apabila kita memakan umpan tersebut,
ditariknya kita dengan kuat sekali. Kemudian kita akan diangkat dan
dipegang kuat oleh tangan manusia. Dibuangnya mata kail dari bibir kita
sehingga robek bibir kita. Dibiarkan kita sesak nafas kita tanpa setitis
air. Kemudian kita akan dipotong ekor, bibir, sisik. Insang kita akan
ditarik keluar dengan rakus oleh manusia. Perut kita akan dibuang begitu
sahaja.
Vol; 2
Kemudian kita akan di masukkan ke dalam minyak yang sangat panas. Sehingga kering segala isi dan tulang kita. Dan akhirnya kita akan dimakan satu persatu anggota badan kita oleh manusia di bumi. Ingatlah pesananku kepadamu tentang bahayanya makhluk di bumi sana kepada kita.” Pesan ikan yang alim kepada ikan yang lain.
Walaupun ikan disitu semuanya
setiap hari mendengar amaran tersebut, namun ramai di kalangan ikan yang
memandang ringan pesanan ikan yang alim. Bagi mereka, tidak mungkin
mereka tertipu dengan umpan manusia. Mereka beranggapan amaran itu hanya
sekadar mainan. Lalu ada sebahagian ikan yang termakan umpan mata kail
yang telah diletakkan oleh manusia.
Vol; 3
Ikan yang
termakan umpan tadi, tidak mungkin kembali semula ke dalam sungai. Yang
ada hanyalah penyesalan. Walaupun ikan yang ditarik pancing itu sentiasa
menjerit-jerit memberitahu rakan-rakan yang lain agar berhati-hati
dengan umpan manusia. Namun, ikan-ikan yang lain langsung tidak
mengambil iktibar dari kematian rakan mereka.
Begitulah perumpamaannya
seorang manusia. Apabila datang peringatan dari Allah dan para
pendakwahnya, mengingatkan tentang kehidupan selepas kematian. Saat
pedih diambil nyawa ketika sakaratul maut. Dihimpit di dalam kubur
sehingga bersilang tulang rusuk kita. Dicincang dan di makan ulat. Di
bakar dengan panasnya api neraka dan berbagai-bagai lagi seksaan yang
tidak tergambar akal manusia.
Vol; 4
Vol; 5
Namun ramai di kalangan manusia yang enggan. Yang alpa dan leka. Akhirnya mereka tergoda dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. Jadilah manusia umpama ikan. Yang sentiasa terlupa wajah Sang umpan.
Vol; terakhir
Wallahualam.