ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 12, 2009

EZAM ?.. ANWAR ?.. PAS?......

APA SUDAH JADI?



Ezam Mohd Noor semalam telah mula mencari tempat untuk kerusi umno. Beliau mula dengan agenda merapu untuk merosakkan suasana aman PRK K.Terangganu. Langsung tidak sesuai beliau berdebat masaalah nya dengan DSAI. Beliau cuba membuat ancaman tidak sihat terhadap sebangsanya. Apa yang beliau perkatakan masih lagi konsisten terhadap rasuah, tetapi hari ini hanyar nampak, Ezam seperti budak hingusan berpolitik. Patutlah beliau sanggup ludah dan menjilat balik. Sememangnya beliau semasa menjadi orang nombor 1, raja sumpah dalam keADILan dan tiada tandingan sehebat DSAI.

Ezam telah rosak dengan arus perjaungan yang sumbing, dan kalau dibanding dengan Khairi, bolihlah + - x -:- 2x5= 5x2. Bolihkah orang begini kita (PR) terima dengan politik sempit beliau?

Tidak dinafikan beliau sanggup kepenjara, sepatutnya penjara mengajar beliau kepada yang pendirian terbaik dan sebaliknya Allah menguji beliau berbagai dugaan.

Pendirian ramai, beliau sepatutnya menunjuk sikap lebih baik daripada DSAI seperti mana beliau sendiri tahu peribadi bos lama beliau. Tidak perlu menjawab walaupun AMK Terangganu mencabar. Orang matang politik, haruslah ketepikan yang remeh temeh. Perlu matang politik barulah JIWA MATANG. Mungkin gara-gara Ezam, KDN terpaksa polis ditambah 2,000 lagi sehingga mungkin orang tempatan menjadi ketakutan.

Dipercayai KDN telah menambahkan keanggotaan dari pelbagai unit dalam kawasan pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu seramai 2,000 anggota lagi dan kini menghadapi masalah penempatan.

Menurut sumber,difahamkan kini keseluruhan anggota berkenaan berjumlah 12,000 termasuk 10,000 anggota yang dibawa masuk sebelum ini.

Sumber mendakwa anggota berkenaan termasuk 500 anggota dari Pulapol, Kuala Lumpur, Kelantan (500), Sarawak (500) dan Sabah (500).

Difahamkan anggota dari Sarawak dijangka akan digunakan untuk mewujudkan insiden provokasi bagi menampakkan Pakatan Rakyat memulakan kekecohan dan huru-hara di kawasan pilihan raya berkenaan.


JAGA HATI MEMBAWA PADAH




Saya berhasrat untuk menceritakan tentang perkembangan terbaru berhubung dengan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.

Pertama, menurut sumber saya kehadiran kira-kira 10,000 anggota polis dari pelbagai peringkat termasuk komando dan unit 69 mempunyai tujuan tertentu.

Yang penting polis dipercayai akan digunakan untuk mengundi bagi pihak Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu terdesak setelah bilik gerakannya melaporkan parti itu akan kalah tanpa bertindak sesuatu termasuk menggunakan polis untuk tujuan tersebut.

Kedua, krisis dalaman Umno begitu ketara dan dipamerkan sejak hari penamaan calon lagi apabila kelompok Menteri Besar Dato' Ahmad Said dilihat berada berasingan dengan kelompok bekas menteri besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh.

Ia semakin ketara apabila dipercayai jawatan pengarah pilihan raya kecil itu bertukar tangan dari Dato' Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Semasa penamaan calon situasi persekitaran kelihatan agak jauh berbeza antara penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Penyokong BN lebih suka berkelompok membincangkan pemilihan Umno sementara penyokong PR menumpukan perhatian untuk menyokong calon PAS dalam pilihan raya tersebut.

Ketiga, beberapa tindakan tidak demokratik dilaporkan berlaku termasuk agen-agen BN memaksa kakitangan kerajaan persekutuan mengundi parti itu secara pos.

Mengundi secara pos biasanya dibuat di hadapan ketua jabatan masing-masing sebelum dihantar ke tempat mengundi.

Dengan cara demikian sahaja kakitangan kerajaan dipastikan mengundi BN. Seperti juga kakitangan kerajaan persekutuan, guru-guru yang mengundi dalam pilihan raya tersebut dikumpulkan di tempat tertentu untuk dibrainstorming oleh agen BN bagi memaksa mereka mengundi parti itu.

Saya melihat perkembangan tidak sihat ini sebagai suatu tindakan terdesak BN kerana parti itu mengetahui P36 Kuala Terengganu adalah kubu kuat pembangkang di Terengganu apabila tiga dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya dimenangi dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Ini termasuk Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang. Manakala Bandar dimenangi BN. Calon PAS di parlimen tersebut, Haji Mohamad Sabu kalah dengan majoriti tipis sekitar 600 undi sahaja.

Kali ini calos PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bertanding menentang calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon bebas.

Saya juga mendapat laporan di kalangan ahli Umno bahawa Wan Farid sendiri dikatakan tidak begitu mesra dan agak sombong dengan kelompok Ahmad Said, menunjukkan krisis dalam Umno menghantui parti itu dalam pilihan raya tersebut.

Ia menjejaskan gerak kerja kempen secara kolektif di kalangan ahli Umno. Laporan terbaru, jika tidak ada aral melintang calon PAS boleh memenangi pilihan raya ini dengan majoriti sekitar 5,000 undi.

Kita tunggu dan lihat keputusannya pada 17 Januari ini dan diharapkan pengundi mengggunakan kuasa mereka dengan bijak untuk membawa suara mereka ke parlimen melalui calon pakatan rakyat yang dilihat semakin berkesan di parlimen sekarang.

BN terpaksa akur desakan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk 'cool down' kemarahan rakyat terhadap kerajan itu kerana BN tahu suara ahli parlimen pembangkang adalah suara rakyat sebenar.

Justeru itulah, BN mula membuka kempen dalam pilihan raya kecil itu dengan selogan "Dari Rakyat, Untuk Rakyat," bimbang mereka diketepikan lagi dalam pilihan raya kecil itu setelah mereka kalah besar dalam pilihan kecil Permatang Pauh.

BN, JIKA MENANG TIPU, TUKAR KERAJAAN PUSAT, TIADA LAGI SEPERTI YANG DIPERKATAKAN "JAGA HATI" PECAT SEMUA PEGAWAI KANAN KERAJAAN YANG BERMASAALAH. ITU KEHENDAK RAKYAT. JANGAN SEPERTI SELANGOR. TUKAR AHLI MAJLIS SAHAJA, TAPI KERANA JAGA HATI, YANG DI PERTUA MAJLIS DAN DATUK BANDAR, TAK TUKAR. APA DAH JADI. BUKTI JELAS SEMASA PAMERAN KERAJAAN TEMPATAN SELANGOR WAKTU KONGRES BERLANGSUNG NOVEMBER TAHUN LEPAS TIDAK MENUNJUKKAN ORGANISASI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT (PR).


Jan 11, 2009

KETENTUAN ALLAH, BUKAN 3 PERKARA KESILAPAN UMNO


Apa yang diperkatakan kesilapan besar seperti yang panjang lebar akan dihuraikan nanti adalah cakap-cakap orang sombong. Walau bagaimana pun bukan hanyar nak cakap macam pendakwah Islam, hakikatnya memang Islamlah hanyar anuti. Semua adalah ketentuan Allah kepada kehancuran untuk BN. Petunjuk dari Allah membuatkan mudahnya pembangkang berkempin membawa mesej ke Parlimen.

Ingatan pada yang menang, setiap jari-jari yang memberi undi juga adalah ketentuan ALLAH kerana aku,dia dan semua hendak kepada amal maarof nahi mungkar. Setiap memohonnya kita yang baik atau pun buruk, Allah akan tunaikan. ALLAH MAHA ADIL.

Kesilapan besar Umno ialah dengan meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjadi calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi Allahyarham Razali Ismail.

Silap bukan kerana Wan Farid calon pilihan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak diterima kumpulan TPM, Mohd Najib Abdul Razak.

cerita orang Umno, Najib lebih cenderong jika Roslan Awang Chik, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia menjadi calon.

Roslan yang dikenali lebih rapat dengan TPM sebelum ini adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang ditewaskan oleh Wan Farid ketika menjadi Setiausaha Politik Abdullah beberapa tahun lepas.

Perseturuan ini adalah realiti yang tidak dapat ditolak Umno, akibat perpecahan dalaman yang serius. Perseteruan yang berpanjangan ini merupakan kesilapan pertama Umno.

Sehingga ada orang-orang Umno tertentu, sudah menyatakan sokongan dan kesediaan untuk mengundi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut secara diam-diam.

Rakyat di luar Terengganu boleh dibohongi. Tetapi orang-orang Umno dan rakyat Terengganu sendiri menyaksikan bagaimana ketika hayat Razali, beliau diketepikan dan dikalahkan oleh orang-orang Wan Farid dalam pemilihan bahagian.

Bagaimana mungkin Wan Farid atau Umno KT, boleh menjaja beliau sebagai kesinambungan legasi Razali, jika allahyarham bekas timbalan menteri itu langsung tidak dipedulikan ketika hayatnya?

Kesilapan kedua ialah soal personaliti Wan Farid. Bukan soal hendak dibahaskan dia orang baik atau jahat. Bukan juga nak dibangkitkan kegemarannya berkaraoke.

Masalahnya ialah beliau tidak dilihat mewakili golongan marhain dan golongan miskin bagi negeri Terengganu, yang sentiasa terletak dalam kelompok negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Masalahnya bukan pada rakyat sahaja. Ada kalangan orang-orang Umno sendiri yang mendakwa Wan Farid jenis 'hidung tinggi'.. Soalnya perkara ini bukan persepsi atau ia menjadi bahan serangan kempen PAS untuk memburuk-burukkan personaliti lawan.

Ianya adalah hakikat yang berlaku, wujud dalam Umno sendiri. Sehingga ada kalangan Umno yang mendakwa, Wan Farid mengadakan majlis kenduri atau keluarganya, sanggup mereka elakkan daripada menghadiri dan lebih baik kemajlis lain.

Kesilapan ketiga ialah isu penguasaan kekayaan negara, sama ada peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan penggunaan wang royalti yang dikaitkan dengan Wan Farid serta Idris Jusoh dan anggota keluarga mereka.

Orang-orang Umno ramai yang tidak berpuashati dengan penguasaan kedua-dua mereka kepada hasil kekayaan negeri. Penglibatan abang calon BN iaitu bekas Adun Ladang, Wan Hisham Wan Salleh dalam projek besar Monsoon Cup diratib dibibir orang Umno.

Kedua-duanya Wan Farid dan Idris dikatakan tidak disenangi kumpulan Menteri Besar, Ahmad Said.

Kedua-dua mereka adalah kroni rapat menantu PM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Patrick Lim yang dikenali sebagai Patrick Badawi.

Ketiga-tiga isu ini adalah isu besar kepada Umno. Ianya bukan rahsia dan amat diketahui oleh rakyat, khususnya pengundi-pengundi di KT.

Hakikat daripada ini menyebabkan, BN menjadi terlalu defensif. BN tidak mampu lagi menjual idea pembangunan.

Mereka terpaksa menjawab isu-isu ini sebelum rakyat menjatuhkan hukuman terhadap BN.

Kalangan BN sedar bahawa tidak mungkin dalam tempoh seminggu dua ini semuanya dapat di atasi. Bagaimana mungkin calon BN yang sudah lama dikenali termasuk dalam golongan elitis yang tidak mesra rakyat, boleh mengubah sikapnya dalam tempoh dua minggu.

Hakikatnya, angin perubahan rakyat selepas PRU Mac 2008 sudah tidak dapat lagi dibendung. Umno sudah semakin tidak relevan dan BN semakin tidak diterima rakyat.

Implikasi kekalahan Wan Farid bukan setakat beliau hilang jawatan timbalan menteri, senator atau setiausaha politik, ia adalah signal bahawa rakyat terus menolak legasi Abdullah dan tidak menerima kepimpinan yang bakal diwarisi Najib.

Jan 10, 2009

17/1/09- PENENTU MASA DEPAN ANDA, BUKAN MASA DEPAN UNTUK MEWAH PEMIMPIN ZALIM (UNDI ANDA MASA DEPAN WARISAN KITA)....





Artikel Oleh Truckster

"

Kata Orang tua-tua satu gambar merungkai seribu persoalan. Well, Saya harap gambar-gambar berikutnya ini dapat merungkai kan apa yang tidak mampu dijawab. Apakah Masyarakat Kuala Terengganu masih lagi mahu memberi peluang kepada mereka pada 17 Januari ini?? Mereka ini adalah orang yang “membedal” peruntukan RM20 billion Royalti Minyak yang sepatutnya dirasai oleh masyarakat Terengganu.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Semalam, kami memaparkan serba sedikit bagaimana kehidupan masyarakat biasa di Kuala Terengganu, bagaimana kehidupan pengundi disini, bagaimana perjalanan kehidupan, tempat tinggal, keutuhan dan kecekalan diri. Hari ini, kami akan memaparkan bagaimana pula Kehidupan “Sebaliknya” yang akan anda lihat bergitu banyak perbezaan…..Umum mengetahui Dasar Ekonomi baru dan wang royalti RM1billion setahun banyak merubah keadaan persekitaran Negeri Terengganu

1. Datuk Seri Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang’s seorang yang dihormati. Hadi, Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu pada 1999 to 2004, beliau tetap tinggal di rumah lama keluarganya walaupun belaiau layak untuk menduduki rumah rasmi Menteri Besar. Dia juga menolak RM4000 sebulan bagi elaun perumahan. Ini juga sama dengn Tok Guru Nik Aziz, seorang Menteri Besar hampir 20tahun.

2. Berada di tengah ialah Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara dan salah seorang arkitek dalam Organisasi Kerajaan PAS semasa menawan Terengganu dari 1999-2004.

3. Menghadiahkan Barisan Rakyat T-shirt to Tok Guru Ayah Chik, the manja name for Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

4. The famous Rhusila mosque.

5. Rumah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Wan Mokhtar berusaha keras meneruskan legasinya dalam pemerintahan Terengganu dan bekas menteri besar paling lama memerintah seperti juga Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

6. Wan Mokhtar mungkin wajib menerangkan apa yang terjadi kepada RM12 billion royalti dari Tahun 1974 hingga 1999 — sebelum ianya ditukar kepada Wang Ehsan dari tahun 2000 hingga sekarang (menyebabkan tambahan Rm8bilion atau lebih ‘missing money’)..Ini bermakna jumlah besar rm20bilion mengalir kepada Terengganu dan tidak akan dilihat lagi..

7. Rumah WAn Farid Wan Salleh, seorang yang berhasrat untuk menjadi Ahli Parlimen baru bagi K. terengganu.

8. Dan ini pula rumah Abang kepada Wan Farid, Wan Hashim, seorang lelaki “di belakang” nilai RM300juta setahun bagi perbelajaan “TERENGGANU MONSOON CUP”…Setakat ini, Rm 1bilion atau lebih sudah dibelanjakan.. Tepuk dada tanya selera, berapa banyak pula keuntungan yang diraih dari modal sebanyak itu???

9. Rumah rasmi Menteri Besar Terengganu, tidak seperti Menteri BEsar UMNO, Hadi Awang menolak untuk tinggal di rumah ini dan menolak RM4000 sebulan untuk elaun perumahan.

10. Terpegun dengan kereta mewah itu?? Usah berangan!!! Kebanyakan dari kita tidak mampu untuk memilikinya jika berkerja keras dan menyimpan duit selama 30tahun sekalipun.

11. Sekarang lihat bagaimana Kroni Terengganu lain yang berjalan di “the corridors of power”…..satu nasihat saya usah berangan, kita tidak mampu memilikinya

Dan akhir sekali kita ada ini:

12. Ini adalah bagaimana kehidupan masyarakat kebanyakan di Terengganu.

13. Contoh rumah Melayu di K. Terengganu, Ibu Kota sebuah Negeri kedua terkaya hasil buminya di Malaysia.

Terjemahan Artikel Raja Petra, sumber asal: klik sini


Undi untuk masa depan anda bukan masa depan pemimpin anda

Selamat Membuang Undi untuk Masyarakat Kuala Terengganu..dari

http://www.apasaje.net/

"







Re: Bagaimana Kehidupan Pemimpin Terengganu? (Score: 1)
by pucukpaku on Saturday, January 10 @ 02:37:36 MYT
(User Info | Send a Message)
Tu baru jer antara rumah2 pemimpin UMNO terengganu...kalau letok semua gambor rumoh2 bapok BN terengganu x tau nok kata la...semua hebat2 belaka...kalau dok caya mari tgk sendiri kat teganung nim....rumoh2 kontraktor hok dok baham projek dgn BN pun hebat2 jugok....kalau boleh puok2 nim nok suruh org teganung papa kedana belaka....senang sikit kalu tiba time ngundi pancing jer dgn umpan paling berkesan dlm dunia nim....org teganung nim lapor duit sgt2....abih rosok krn duit...selama nim molek2 gi surau...lepas dpt duit ehsan terus jadi takut doh nok gi surau lebih2 lg surau tu org pas ramai...lama nim molek2 gi beli harakah lepas dpt duit ehsan jer nok gi beli jd takut terus....kalu gi pun siap tgk kiri kanan dulu sebelum beli takut2 ada org bn napok....bukan naper pun cuma takut dok dapat suit ehsan 300 riya tu jer....
hok tu ser la aku malu sgt dgn org negeri aku sendiri....



Re: Bagaimana Kehidupan Pemimpin Terengganu? (Score: 1)
by Ujang71 on Saturday, January 10 @ 04:29:00 MYT
(User Info | Send a Message)

Dan ini pulak rumah terakhir kita sebelum sampai ke destinasi seterusnya yg kekal abadi iaitu samada Syurga ataupun Neraka. Rumah inilah yg akhirnya akan diduduki oleh kita semua baik Haji Hadi, baik Mahathir, baik Idris Jusuh, baik Barak Obama dan baik kita semua. Keluasan rumah ini bergantung kepada amalan masing2, kalau dah hidup kat dunia ni macamkan kepala penyamun aje lagi ko sendiri tanggunglah kat dalamnya nanti.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah adalah sama cuma yg membezakan ialah IMAN dan AMAL yg kita lakukan.

TEPUK DADA TANYA IMAN...

Kubur kita



Re: Bagaimana Kehidupan Pemimpin Terengganu? (Score: 1)
by alifx59 on Saturday, January 10 @ 07:53:59 MYT
(User Info | Send a Message)
Gambar rmah Tim Presiden pas tak ada ke



Re: Bagaimana Kehidupan Pemimpin Terengganu? (Score: 1)
by tisso73 on Saturday, January 10 @ 08:31:13 MYT
(User Info | Send a Message)
Itu baru sikit.....hok-hok kepala-kepala UMNO jgn terkejut...ada berpuluh2 rumah mewah sekitar lembah kelang terutama kawasan2 elit. Sooo perhatikan dan jangan buta mata yaaaaa



Re: Bagaimana Kehidupan Pemimpin Terengganu? (Score: 1)
by pang5siber on Saturday, January 10 @ 09:12:27 MYT
(User Info | Send a Message)
Penyokong2 umno dudok sokong pemimpin mereka utk memiliki kekayaan sbesar rumah mewah di atas itulah. Yg mana yg baik2 dgn pemimpin umno itu aje yg dpt tempias kekayaan. Yg lain tu buat habis ko boreh aje.



Re: Bagaimana Kehidupan Pemimpin Terengganu? (Score: 1)
by PAS4ever on Saturday, January 10 @ 11:55:18 MYT
(User Info | Send a Message)
di pagi hampir subuh yg hening pada 6 hb Jan '09 yg lalu, di perkarangan masjid Rusila, seorang pakcik sedang meninjau kawasan luar masjid lalu bertanya kepada aku, " Nak, maner satu rumah tok guru ( TGHH )?"...

lalu aku menunjukkan umah TGHH kebetulan mase tu betul² berhadapan dengan umahnya...

pakcik tu terduduk dan bertasbih berkali²...hampir menitiskan airmata!

aku bertanya kepada pakcik tadi kenapa?...pakcik itu mengatakan kalau di Selangor atau tempat² lain, jangan kan rumah menteri, ketua bahagian atau YB, rumah ketua cawangan UMNO pun jauh lebih mewah drp rumah TGHH !

pakcik tersebut datang dari Cheras,KL bersama rombongan bas utk ke penamaan calon PRK P036 K.Trg

alhamdulillah, pagi tersebut kami bersama² solat subuh berjamah dgn TGHH sambil mendengar kuliah subuh drp beliau...

Allahu Akbar !!!

TERSEMBUNYI SEBALIK PRK K.TERANGGANU....


Oleh eddieputra

"Pertama sekali aku ingin ucap "Selamat ulang tahun ke-25" kepada sebuah stesyen Televisyen Swasta.Selamat juga aku ucapkan kerana berjaya menjadi stesyen pilihan nombor 1 penguasa untuk menjalankan propaganda mereka. Agak aneh, sebuah stesyen swasta yang sepatutnya bebas terlihat ditunggang dengan sewenangnya oleh penguasa.


Temubual antara TV ini dengan seorang makcik gagap bertaraf Senator merangkap Ketua wanita U..O amat mengelikan hati. Aku juga menanti kalau-kalau ada temubual ketua Muslimat yang tidak bertaraf Senator, namun jangkaan aku tepat! sudah tentu TV ini tidak akan sekali-kali menyua Mikrofon bersalut spannya itu kepada Parti Pembangkang.( tobat seribu rahmat la kalau die bagi)Inilah yang dikatakan Pilihanraya bebas dan adil mengikut tafsiran U..O, Ruang mereka terbuka luas sedang lawannya disempitkan serta punya ruang yang cukup terbatas.

TV ini juga melaporkan kenyataan bekas PM Oppss masih PM ( cam tak caye je die nak berenti..) berkenaan dakwaan undi hantu. PM kata mereka parti KUAT apa perlu beli undi? itukan kerja tak baik.Alahai... meruntun jiwa akibat tersentuh dengan kenyataan PM itu Walaupun sukar aku mempercayainya.(kalaulah betul tak beli undi kan bagus).

Aku kira ini berita yang paling menarik, "Pengorbanan calon U..O melepaskan jawatan senator dan Tim.Menterinya demi rakyat K.Trgn" Air mata aku mencurah-curah dek kerana tidak menahan ketawa. Tambahan pula bila PM kata andai kalah, calon takkan dapat semula jawatannya bahkan untuk kembali menjadi Setiausaha politik PM pun jangan harap.( Oit..jangan bimbang Wan, PM tu sampai bulan 3 je..pastu mung leh mintak keje baru ngan PM baru lor weh.)

Arghh.. Aku mula terkenang nasib para nelayan yang begitu tertekan dengan tingginya harga Diesel. Juga aku terbayangkan betapa seriusnya pengorbanan orang kampung sekitar Pulau Duyong yang diarah pindah semata -mata mahu memberi laluan kepada pembinaan masjid Kristal...Bagaimanakah nasib mereka? apakah pengorbanan calon U..O sama taraf dengan nasib rakyat melayu miskin dan terpinggir sekitar K.Trgn?


TAMBAH 1 LAGI MP PAKATAN RAKYAT...



Setelah 4 hari berlalu, pimpinan BN lebih-lebih lagi umno sudah gelabah. Harus ingat itu semua tektik BN je. Kalau dilihat mata kepala penyokong, pengundi, pimpinan dari pembangkang dan atas pagar, lebih-lebih lagi orang-orang BN dah tak nampak untuk menang walau pun lebih 1 undi untuk wan farid. Wan Farid sendiri pun dah tak senang duduk walau pun Ezam tolong bantu kerana jaga hati sahabat. Ezam pun bukan iklas sangat nak tulong wan farid. Ezam bukan hebat untuk umno, Joharimenikam saja tahu.

Patutnya Pak Lah dan Najib arah kan anak Toyo yang hebat kat Selangor turun kerja habis-habisan bantu Wan Farid. Kerana beliau, bakal menerajui pemuda umno. Masa PRU12 Khir Toyo ada ramai tukang kempin dan ada pegawai khas anak mamak mana tak taulah, beliau tentu bawa sama untuk kempin kalahkan BN.

Buat petugas-petugas PR harap kempinlah dengan terbaik/jujur. Jangan datang jauh-jauh habiskan peruntukan wang parti, sampai sana jadi pelancong PRK. Dan yang mengawal keselamatan, gunakan strategi terbaik, Kerana BN tetap hendakkan kemenangan memihak pada Wan Farid (BN).

BN ada senjata sulit untuk menang! Wang! Wang! Wang! Manusia boleh jadi hantu kerana wang! Tapi ingat ! Di Kuala Terengganu ni jangan sampai pemimpin UMNO balik kena rasuk hantu, meracau tak tentu pasal kerana kehabisan wang! Undi tak dapat juga! Yang menang mereka yang berjuang untuk rakyat. Bukan mudah berjuang untuk rakyat. Kalau menyanyi karoeke budak kecil pun boleh!! Cittt !!!

PADA PENGUNDI P36, pilihlah YANG TENGAH DIANTARA 3 GAMBAR DIATAS . pangkahlah betul-betul kat bulan(PAS)

PILIHANRAYA: APA YANG TAK ADA DI NEGARA LAIN TETAPI ADA DI MALAYSIA?

10JANUARI 2009 SABTU.
1. Pengundi yang telah mati tetapi layak mengundi.
2. Projek segera bernilai berjuta-juta diluluskan serta merta

3. Nama pengundi hilang dari daftar pemilih

4. Tampal gambar orang dah mati menjadi kesalahan besar
5. Bagi kad pengenalan boleh dapat duit sehingga RM 500
6. Pengerusi SPR saman parti politik selepas pencen
7. 6000 polis berkawal menjaga 'keselamatan'
8. Jualan kain batik dan kain pelikat meningkat berlipat ganda
9. Sebuah bangunan boleh dirasmikan lebih dari sekali.
10.Terdapat berpuluh pengundi tinggal dalam sebuah rumah!
11.Seorang pengundi mengundi lebih dari sekali!


ISLAM HADHARI CIPTAAN PAK LAH

NAJIB, PAKL LAH KETAKUTAN KALAH


9/1/09. Jumaat. Najib dan Pak Lah dah ketekutan kerana ramai rakyat K.Terangganu, bukan sahaja penyokong PAS dan atas pagar tidak suka kepada Wan Farid tetapi ahli dan penyokong Umno sendiri meluat dan tidak suka kepadanya.

Ahli Umno beranggapan, Wan Farid sombong dan susah untuk ditemui. Akibat dari sambutan dingin terhadap BN dan calonnya yang dikatakan sombong Pak Lah terpaksa turun sendiri ke Kuala Terengganu berkempen dan memujuk orang Umno supaya menerima Wan Farid. . Nampak jelas bahawa isu sombong dan mesra ini bukannya dibawa oleh PAS tetapi ianya memang menjadi kenyataan

Banner dan signboard besar menggambarkan kemesraan Wan Farid dengan orang kampung terpaksa dipasang di serata kawasan Kuala Terengganu untuk menunjukkan beliau seorang yang mesra rakyat.

Nampaknya isu mencaci dan mencerca peribadi calon bukannya digunakan oleh PAS tetapi penyokong Umno sendiri yang merendah-rendahkan calon mereka.

Jelas sekali BN benar-benar terhimpit akibat kesilapan mereka memilih calon selain dari terpaksa menjawab isu pembaziran, isu kenaikan harga barang, isu ekonomi, isu maksiat, jenayah, keselamatan dan kemiskinan.