ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 21, 2009



21Mar09

Perasmian Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia di Kelana Jaya. Beliau dijadualkan akan turut menerima borang keahlian menyertai KeADILan oleh 500 orang bekas ahli MIC ke dalam KeADILan Bahagian Kelana Jaya.

Tarikh: 21 Mac 2009 (Sabtu)
Masa: 3.30 ptg
Lokasi: Perkarangan Pusat Khidmat Adun Seri Setia, C-01-05, Dataran Glomac, Jln SS6/5B, Kelana Jaya, Selangor

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Mar 20, 2009

20 March 2009

Usul Undi Percaya Terhadap P/Lah Bakal Berlaku?

Kalau mengikut suasana politik dinegara kita sekarang ini berbagai kemungkinan bakal berlaku. Ada kedengaran mengenai 'Kerajaan Perpaduan' dan juga 'usul undi percaya' terhadap P/Lah. Motif kemungkinan2 ini kedengaran adalah sama, iaitu untuk menyekat Najib dari mengambil-alih jawatan PM dari P/Lah.

Adakah antara 2 desas-desus ini betul2 akan berlaku? Bagi saya antara 2 perancangan ini, usul undi percaya terhadap P/Lah bakal berlaku. Ini kerana P/Lah adalah jauh lebih baik dari Najib. Cuba kita imbas kembali adakah kita terasa kelainan walaupun sedikit semenjak P/Lah mengambil-alih jawatan dari Mahathir.

Tidak lama selepas P/Lah menjadi PM, perkara yang teramat penting kita menilainya adalah beliau dengan berani dan tegas membetulkan apa yang tidak betul iaitu membebaskan DSAI dari penjara besertakan menggugurkan semua pertuduhan yang masih menanti.

Kerana P/Lah tahu, segala kekalutan dalam UMNO mahupun negara adalah berpunca dari Mahathir yang tekad mahu 'menyekat' DSAI dari mara kedepan. Lalu diciptanya 'konspirasi kotor' demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara ( edisi sesat Mahathir) yang sentiasa dilaung-laungkan oleh puak2 UMNO.

Pada masa itu ramai rakyat yang tidak mendalami 'perubahan besar' yang dilakukan oleh P/Lah. Betapa susahnya Mahathir membuat perancangan dengan memperkudakan semua badan2 terpenting negara demi merialisasikan konspirasi kotor itu. Dengan beraninya P/Lah menampar Mahathir dengan membebaskan DSAI.

Kalau mengikut kebiasaan, orang yang betul2 jahat teramat susah untuk menjadi baik. Sejak kebelakangan Mahathir nampaknya cuba berlakon dengan mengeluarkan pendapat yang nampaknya berada ditengah-tengah dan kadang2 dah macam pro PR.

Yang terbaru, Mahathir berkata, "ada kemungkinan berlakunya usul 'undi percaya' di Parlimen bagi mengekalkan P/Lah sebagai PM. Ia tidak bertentangan. Undang2 membenarkan bahawa anda mesti mendapat undi majoriti dalam Parlimen.

Menurut perlembagaan, seseorang yang akan dilantik sebagai PM adalah seseorang yang mendapat 'sokongan majoriti' di Parlimen. Jika anda lantik seseorang yang gagal untuk mendapat sokongan majoriti, ia akan terkeluar. Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa Presiden Umno mesti menjadi PM. Tiada peruntukan. Ia merupakan aturan kita sahaja.

Dari segi undang2, PM sekarang boleh meneruskan tugas sehingga pilihan raya umum akan datang jika beliau(P/Lah) mahu. Tapi sudah tentu beliau akan berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Jika dia pergi ke Parlimen, dia punya peluang yang baik untuk menang dengan sokongan pembangkang tapi dia akan menjadi 'PM pembangkang'.

Ini kerana pembangkang juga mempunyai undi di Parlimen dan jika pembangkang, bersama-sama dengan sebahagian anggota BN bagi mengundi Abdullah, ketika itu dia akan menjadi PM". Pro Reform (link)

Takziah: Kemalangan FRU di Bukit Gantang (video)~Malaysiakini

AL-FATIHAH....

marilah kita sedekahkan pahala kepada mangsa2 yang beragama islam, semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang yang beriman.

ini bukan bertujuan untuk menyindir tetapi sebagai renungan semua pihak agar sedar akan kehidupan kita yang seterusnya tidak diketahui ajalnya....

mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia, marilah kita jadikan ia sebagai renungan dan pengajaran.....kepada kaum keluarga mangsa Hanyar mengucapkan takziah semoga tabah menghadapi ujian yang datangnya dari Allah swt.

PRK Bukit Selambau - PKR Menamakan S.Manikumar

Malaysiakini : Bkt Selambau: Pilihan Anwar dibantah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.


Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa.

Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.

Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.

Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini dan 7 April sebagai tarikh mengundi serentak di Bukit Gantang Perak dan Batang Ai di Sarawak.

20 Mac 2009

ADUN Titi Serong Buat Laporan Rasuah di SPRM Ipoh


IPOH: ADUN Titi Serong, YB.Drs Khalil Idham LIm telah hadir di Pejabat SPRM Ipoh pada jam 2.30 petang tadi bagi melaporkan jenayah rasuah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen Rembau dan pemimpin UMNO yang lain yang didapati bersalah oleh lembaga Displin UMNO pada 17 Mac yang lepas.

Beliau turut ditemani oleh ADUN Buntong, YB.Siva Subramaniam, ADUN Jalong, YB.Leong Mee Meng dan ADUN Menglembu, YB.Lim Pek Har.

Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan dari lembaga displin UMNO sebelum siasatan boleh dibuat, persoalan saya "Adakah kenyataan akhbar dari pengerusinya, Tan Sri Ahmad Rithauddin mengenai kesalahan dan mereka yang terlibat bukankan satu laporan dari lembaga displin" tanya YB.Khalil.

Drs. Khalil juga menegaskan sepatutnya SPRM terus menyerbu semua mereka yang terlibat bila ada kenyataan dari lembaga Displin.

Selain itu katanya, istilah politik wang yang digunakan adalah mengelirukan, sedangkan ia adalah jenayah rasuah." Saya mempersoalkan kenapa SPRM lambat bertindak dalam masalah ini atau pemimpin UMNO walaupun sudah bersalah oleh Lembaga Dispin Parti namun tidak bersalah dari sudut undang-undang" katanya.

Mar 18, 2009

18/mach/2009

Unity Government, Panggilan Yang Melecehkan Kemenangan Islam

Petikan dari Greenboc

L
upakan saja Kerajaan Perpaduan. PAS takkan begitu mudah lupa dengan peristiwa Kerajaan Campuran dan Kerajaan Barisan Nasional.

Tengku Razaleigh Hamzah mengalu-alukan Kerajaan Perpaduan. Alasannya jelas. BN sudah tidak berupaya memerintah. Pembangkang juga tidak berupaya memerintah. Kerajaan tajaan BN sudah hilang legitimacy. Maka dengan itu dibolehkanlah Kerajaan Perpaduan untuk memandu keluar Negara ini dari pelbagai kekalutan.

Kekalutan yang berlaku di Negara ini adalah angkara UMNO. UMNO yang semakin lemah menjadi semakin garang untuk mempastikan ia terus berkuasa. Memang tidak ada letgitimacy lagi! Mereka merasuah dan mengugut. Dengan berbuat begitu mereka semakin kehilangan sokongan dari rakyat, mereka akan kalah dari satu pilihanraya kecil ke satu pilihanraya kecil yang lain.

Malangnya UMNO tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat berbilang kaum tidak selesa dengan kepimpinan UMNO. Terus terang dikatakan bahawa rakyat tidak suka kepada Najib Tun Razak. Selagi Najib mengepalai UMNO dan BN, parti itu akan kecundang dari pilihanraya ke pilihanraya.

Ini bukan salah siapa. Ini salah Najib sendiri. Dia tidak mahu membersihkan diri dia. Banyak skandal dituduhkan kepada dia. Entah betul entah tidak, tidak dapat ditentukan tetapi selagi siasatan secara profesional tidak dapat dijalankan terhadap skandal-skandal ini selagi itulah nama Najib dianggap kotor, dan orang yang kotor tidak layak memerintah Negara ini.

Artikel Penuh


85% Kata Kareer Politik Ali Rustam Berakhir

Di dalam satu undian SMS malam ini sebanyak 85% dari responden Edisi 7 menyatakan kareer politik Ali Rustam berakhir dengan larangan beliau untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan hujang Mac ini.

Ketua Menteri Melaka itu dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.




SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.. AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA..


DAK ALI RUSTAM.. Alahai apelah musibatnye nasibmu. Selama ni suka nor Dak Ali maki hamun Anwar Ibrahim & penyokong REFORMASI. Skrg dah terbukti Dak Ali 'RASUAH'..
-
Ini juga suatu AMARAN untuk para Jeneral yang masih tak sedar diri & masih seronok mengamalkan rasuah. Sedarlah.. Warga ATM dah cerdik.. Zaman dah berubah..
-
KUASA RAKYAT..

wiradamai

Khir dan Isteri Di Panggil Untuk Siasatan Wang Balkis

Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), Datin Seri Zaharah Kechik antara 11 saksi utama yang akan dipanggil pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan bermula Isnin depan.

Turut akan dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu di bilik gerakan Bangunan Annex di sini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

ekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.



Mar 17, 2009

March 17, 2009

13 peguam bela karpal!

Karpal hadapi tuduhan menghasut

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menghasut dalam satu sidang akhbar berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lamadi sini pada 6 Februari lalu.

Karpal, yang juga seorang peguam, didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Karpal diwakili oleh 13 peguam termasuk empat orang anaknya. Bernama

karpal...tolong buktikan dalam hal ni umno punca keparat! malukan umno karpal!
kamu boleh.....umno yang memulakan masalah ini!
mapuh la umno!

adakah parlimen malaysia zalim?

Dari blog YB Zulkifli Noordin

Salam 2 all,
Parlimen hari ini menggantung YB Gobind selama 12 bulan tanpa gaji & elaun akibat kenyataan yg dbuat oleh YB Gobind menuduh TPM sebagai “murderer” dan kemudiannya mengkritik Speaker dengan menyatakan “you should be ashamed with yourself” apabila Speaker mengarahkan beliau keluar.

Saya akui kenyataan YB Gobind itu agak keras dan kasar. Namun satu persoalan yang berbangkit ialah mengapa YB Gobind membuat kenyataan sekeras itu?

Sapatutnya Parlimen melantik satu Jawatankuasa Terpilih untuk menyiasat kenyataan YB Gobind dan memberi peluang beliau membela diri dengan mengemukakan bukti atau saksi untuk membuktikan kenyataan beliau.

Kalau setelah siasatan dibuat dan peluang membela diri diberi YB Gobind gagal membuktikan kenyataan beliau, maka wajarlah tindakan keras diambil terhadap beliau.

Namun apa yang berlaku, kes tersebut dirujuk terus kepada Dewan Parlimen untuk diambil terus keputusan menghukum. Dalam keadaan Be End menguasai majoriti sudah tentu YB Gobind akan dihukum. Yang paling menyedihkan beliau langsung tidak diberi peluang membela dirinya. Berucap pun tidak dibenarkan!

Sedangkan Islam mengajar kita supaya memberi keadilan kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Terlalu banyak ayat Al Quran & hadis yang menyebut tentang perkara ini. Ini jugalah caranya Rasulullah berdakwah dan akhirnya seorang Yahudi memeluk Islam kerananya.

Akhirnya sekarang YB Gobind digantung selama 12 bulan tanpa gaji..dan yang paling malang tanpa diberi peluang membela diri..

Astaghfirullah hal ‘adhim..


macam ni punya teruk parlimen malaysia...menteri bukan main komen kat tv....hoi! macam la puak hang tu bersih! panggil la bagi dia jawab apa dia keluarkan kenyataan...puuuiiiihhhh!!!!!!! speaker macam budak sekolah je!

sprm: kena batang hidung baru nak mengamuk?

SPRM bidas laporan akhbar pegawainya sedang disiasat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas laporan akhbar tempatan hari ini yang mengatakan suruhanjaya itu sedang menyiasat pegawainya yang terbabit dengan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit.

SPRM dalam kenyataan hari ini turut mendakwa beberapa fakta dalam laporan dua akhbar (Berbahasa Melayu dan Berbahasa Inggeris) itu tidak benar dan sengaja ditokok tambah tanpa berdasarkan sumber yang dipercayai dan fakta yang tepat.

"Hasil semakan yang dibuat mendapati kenyataan-kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali memandangkan tiada pegawai SPRM yang sedang disiasat atau yang akan didakwa sebagaimana yang disiarkan," kata kenyataan itu.

SPRM, dalam suratnya kepada Ketua Pengarang akhbar itu turut melahirkan kekesalan dengan penyiaran laporan itu yang didakwa jelas disengajakan dan dirancang bagi memberi gambaran negatif terhadap kewibawaan pegawai-pegawai suruhanjaya dan SPRM sendiri dalam usaha membanteras jenayah rasuah.

SPRM tidak akan bertoleransi jika ada pegawainya yang terlibat dalam perbuatan sedemikian dan prosuder siasatan akan dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat dan mana-mana aduan berkaitan salah laku akan dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan yang diwujudkan di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009, kata kenyataan itu. BERNAMA

kahkahkahkah....mengamuk tu...cakap kat orang sedap mulut je...kahkahkah


an hari ini!

MELAKA 17 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ketua-ketua UMNO bahagian.

Sebelum ini, pukul 8.30 pagi, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob pukul 8.30 pagi ini.

Beliau kemudiannya kembali semula ke Seri Bendahara kira-kira pukul 10.15 pagi.

Beliau disambut oleh ahli semua parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO yang berkumpul sejak pukul 8 pagi.


kahkahkah.....nak tarik diri dah..kahkahkah... aku malu....pemimpin umno main wang haram...kahkahkahkah..malu...kahkahkah ali malu....teringat cerita ali setan!

Kes Gobind: Kaedah menghukum dengan kezaliman majoriti




Guna kuasa majoriti Ahli Dewan menghukum tanpa penuduh dan yang dituduh dibenar membuat hujah pembelaan.

FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU

oleh Ust Idris Ahmad

Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno bukan Pakatan Rakyat.

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

* 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
* 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
* 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
* Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
* 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
* Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
* Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
* 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
* 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
* Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
* 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
* Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
* Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
* Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
* Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Azmin Ali : Who Killed Altantuya




Azmin Ali :


Insyaallah Menang Besar....

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Isa Rawa berkata, beliau yakin parti itu akan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang awal bulan depan.

“Saya sangat yakin pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menye-belahi calon Pas dengan majoriti sekurang-kurangnya 5,000 undi. Walaupun Pas hanya mampu memerintah Perak selama 10 bulan, tetapi pengundi sudah dapat menilai ketulusan dan keprihatinan kami terhadap rakyat.

“Masalah dalam kerajaan Pas di Perak berlaku apabila Barisan Nasional (BN) me-rampas kerajaan Perak dengan cara mem-belakangkan Perlembagaan dan rakyat tahu semua ini benar,” katanya.
Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Roslan Shaharum daripada Pas meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu.

Roslan memenangi kerusi ter-sebut dengan jumlah undi 20,015 menewaskan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi. Mujahid yang juga Pengerusi Biro Kelab Penyokong Pas Malaysia berkata, calon Pas akan mendapat 80 peratus undi daripada pengundi Cina dan India manakala 60 peratus pengundi Melayu di seluruh kawasan Parlimen Bukit Gantang. “Saya cukup yakin dengan pengundi yang bukan beragama Islam di kawasan Bukit Gantang.

Mereka akan terus menyokong calon Pas. Pengundi sudah tahu dan lihat bagai mana BN melakukan rampasan kuasa di Perak.
“Dari sini pengundi akan merasakan bahawa mereka harus membela PR dengan memberi undi mereka kepada Pas. Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya ini dan kami akan mempertahankan Bukit Gantang,” katanya.

Ditanya mengenai strategi Pas sepanjang kempen lapan hari di kawasan itu, beliau berkata, parti itu akan menggunakan pen-dekatan membuat lawatan dari rumah ke rumah, kerja-kerja kebajikan dan ceramah umum besar yang disertai penceramah panel terdiri daripada ahli tertinggi Pakatan Rakyat (PR). Menurutnya, isu yang akan diketengahkan sepanjang berkempen di Bukit Gantang adalah PPSMI dan kegawatan ekonomi.

-SH