ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 6, 2009

6/5/09. Rabu.

KERANA KEK HARI LAHIR; 3 ahli SSMM DITAHAN POLIS.

Hantar kek hari jadi pun boleh menjadi satu kesalahan di Malaysia di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Ini berlaku apabila polis menahan tiga ahli Solidariti Anak Muda Malaysia untuk soal siasat pagi tadi apabila mereka cuba menghadiah kek sempena ulang tahun ke 31 mendiang Altantuya Shaariibuu ke pejabat Perdana Menteri Najib Razak di Putrajaya.

Mereka yang ditahan ialah Sani Md Shah, Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman dan di bawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Ketiga-ketiga mereka ditahan ketika cuba memasang kain rentang di pintu masuk kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri yang tertera ucapan "Selamat Hari Jadi Altantuya".

Kek seberat 5 kg yang di bawa untuk dihadiahkan kepada Najib juga turut di rampas pihak polis.

Semalam aktivis SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard berkata kumpulan itu akan menghantar kek hari jadi

Altantuya sebagai mesej jelas kepada Najib supaya menyaman semua media antarabangsa yang telah mendakwa beliau terbabit dalam pembunuhan kejam wanita Monggolia itu tiga tahun lalu.

Chegu Bard juga dikehendaki hadir ke balai polis yang sama pukul 2 petang sebentar tadi.
6/5/09. Rabu.


Dari Mahkamah: Petikan Dari Malaysian Insider


‘Nizar lwn Zambry’, Raja tiada kuasa singkir Menteri Besar.

Walaupun Sultan Perak sebagai Raja Berperlembagaan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar tetapi baginda tidak mempunyai kuasa untuk memaksa menteri besar keluar dari jawatannya yang sah . Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Undang Undang Tubuh Negeri Perak tidak mempunyai peruntukan yang membenarkan Raja atau orang lain untuk memecat Menteri Besar dari jawatan rasminya. Dalam mengemukakan pembentangannya dihadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim tengah hari tadi peguam YB Nizar Jamaludin, Sulaiman Abdullah mengatakan jika Sultan mempunyai kuasa ia akan dinyatakan didalam Undang Undang Tubuh Negeri Perak.

Selepas ditanya oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga mengaku bahawa tiada peruntukan kepada Raja untuk mengunakan kuasanya menyingkir Menteri Besar.
6/5/09. Rabu.

RUNGUTAN PENDUDUK JALAN CEKUR, KAMPONG KANCHONG TENGAH, KUALA LANGAT


Seperti dalan gambar yang dipaparkan dibawah, rungutan penduduk disitu telah membuat aduan pada pihak yang bertanggungjawab dan aduan tidak diambil peduli. Salah seorang wakil penduduk telah menghubungi Hanyar dan melihat sendiri yang dimaksudkan olih penduduk, didapati benar.
Yang dikesali olih penduduk jalan Cekur, yang telah diturap dengan batu sejak 2004. Kini kerja menyiapkan dengan turap tar, baru diselenggara pada hujung feb 2009 yang lalu. Masaalah pertikaian penduduk, adalah setelah disiasat sepatutnya kerja menyiapkan dan peruntukan bajet sejak dulu lagi. Tetapi baru kini disiapkan.
Walaupun jalan Cekur dah ditar, tetapi yang amat dikesali kerjanya amat tidak memuaskan. Aduan penduduk yang dipercayai, memberitahu penipuan olih kontraktor yang mengendali kerja itu adalah seperti berikut.
Sebelum turap tar- Setiap 1 rantai dibuat lubang dalam, melingtang jalan. Tujuan untuk pemeriksaan kelulusan dari pihak berwajib. Tidak menbuang sampah yang berada dipermukaan jalan, sebelum turap tar. Tar yang tidak cukup tebal. (Seperti digambar kelihatan anak pokok tumboh dipermukaan jalan).
Jalan tersebut sejauh 2 km dengan penduduk yang tinggal dilaluan tersebut ada 19 buah rumah. Laluan itu juga adalah jalan utama penduduk lain pergi kekebun.
Akibat turapan tar yang terlalu nipis ramai kenderaan mereka mengakibatkan tayar bocor.






Pihak berwajib perlu dengan tindakan sewajar pada kontraktor dan perlu turap semula dengan baik.
6/5/09.Rabu.

PEMBICARAAN NIZAR-ZAMRI, GANI PATAIL BERNIAT JAHAT....

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.

“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Datuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.

Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO. - buletinonline

May 4, 2009

4/5/09. Isnin.

Dr M. Najib jauh lebih lemah berbanding Abdullah.

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak kini dibayangi Tun Dr Mahathir Mohammad (Dr M) hingga banyak keputusan dipengaruhi bekas Perdana Menteri itu.

Demikian telahan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Harakah dalam satu wawancara bersamanya baru-baru ini.

"Jika mahu dibandingkan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pun yang dikatakan lemah, sebenar pada hakikatnya Najib jauh lebih lemah berbanding Abdullah.

"Abdullah jauh lebih boleh berdikari sebab mampu bebaskan dirinya daripada pengaruh Tun Mahathir dan cuba membawa arah yang lebih terbuka berbanding cara Mahathir dahulu," kata Khalid.

Sementara Najib pula sejak hari pertama menjadi PM lagi, beliau telah berpaut dan bertongkat kepada Mahathir, katanya.

Perkara ini menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa Najib lemah dan tiada wawasan jelas, tegasnya.

Sementara dari segi sejarah perjuangan kata Khalid, Najib tidak pernah menempuh atau diuji dengan kesusaan.

Sebaliknya Najib sentiasa dapat laluan mudah dan dipimpin oleh seniornya, katanya.

"Apabila Najib jadi PM keyakinan dirinya pun tak jelas kelihatan sementara prestasi dalam Parlimen pun mendukacitakan.

"Dari segi kepimpinan kabinetnya tidak nampak ada perubahan atau wawasan baharu atau 'line up' yang ada wibawa yang semuanya dengan sikap yang lama dalam pelantikan itu yang begitu jelas," katanya.

Paling ketara sikap kronisme menyebabkan Khairy Jamaluddin yang menang Ketua Pemuda dipinggirkan sebaliknya, Dato' Mukriz Mahathir yang kalah dipilih selaku Timbalan Menteri, katanya.

Tindakan ini menampakan pengaruh Mahathir dan perbalahan serta budaya kronisme berterusan dalam pelantikan kabinetnya, katanya.

Justeru Khalid menyimpulkan bahawa apa yang dilakukan Najib hari ini dengan liabiliti yang ditanggungnya hanya akan mempercepatkan proses 'hancurnya' Umno/BN./wann

May 3, 2009

3/5/09. Ahad.

BERITA MEDIA 1 MALAYSIA:- PENYOKONG PAKATAN RAKYAT PERLU MATANG.

DUN Penanti: Komponan PR antara Parti Keadilan Rakyat (keADILan) dan PAS berhubung parti mana yang patut mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan masalah kecil yang boleh diselesaikan, adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan mewakili pimpinan parti masing-masing, pucuk pimpinan PAS bersetuju membenarkan keADILan untuk membuat keputusan kata Penasaihat keADILan.

DSAI telah menemui Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan keADILan, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti," katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita keADILan Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.

Ketiadaan wakil PAS semasa beliau mengumumkan Mansor sebagai calon Selasa lalu, Anwar memaklumkan pada ketika itu Salleh berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menyambut ketibaan keluarganya dari Mekah.

Ketua Umum Pakatan Rakyat menambah, isu ini sebenarnya diperbesarkan oleh media dan adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan PAS tidak akan memberikan sokongan atau membekukan jenteranya pada pada pilihan raya kecil itu nanti.


May 2, 2009

2/5/2009. Sabtu

Hantu Altantunya Menunggu Di Penanti ??

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Walaupun baru tidak sampai 20 hari Dato' Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, namun sudah banyak petanda awal yang menunjukkan era pemerintahannya belum dapat menggamit keyakinan rakyat. Retorik perubahan yang diuar-uarkannya nampak dangkal dan bersifat kosmetik, hanya sekadar mahu mengelabui pandangan orang ramai.

Sampai bila dapat bertahan tanpa permaidani merah? KLIK BACA SETERUSNYA....
2/May/09

KARNIVAL USAHAWANAN DAN PERTANIAN KADUN SEJANGKANG.

Hari pertama Karnival anjuran Kadun Sejangkang pada pagi tadi diturunkan hujan rahmat dan tepat jam 10 pagi kehadiran Datuk Menteri Besar Selangor dan rombongan Kerajaan Negeri tiba. Menteri Besar dengan selamatnya merasmikan Karnival dan ramai peserta ushawan mengambil bahagian menyertai menjual hasil tani digerai-gerai sedia ada. Lebih 60 khemah gerai jualan yang disediakan penuh dengan berbagai jualan.

Sementara itu juga Exco kebajikan dan masyarakat turut hadir bersama memberi ucapan. Esok , pada sebelah petang perasmiam penutup karnival, dirasmi kan olih Exco Pembangunan dan pertanian YB Yaakob Bin Sapari.

Gambar diatas, sebahagian gerai-gerai jualan hasil tani penduduk kampong.