ERTI BERMARTABAT
May 7, 2009
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berhubung kes Menteri Besar yang sah di antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Isnin depan berdasarkan kepentingan mendesak kes tersebut
tvantara :
Ganesan sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.
Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.
Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam
Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan.
Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas sidang DUN Perak berhenti rehat selama sejam sebentar tadi.
Thomas S/U, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 kepada R Ganesan, speaker baru lantikan BN, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.
Hee Yit Foong, timbalan Speaker DUN Perak, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Thomas kemudian berkata kepada Hee bahawa ADUN Jelapang itu tidak berminat dengan jumlah wang yang kecil.
ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula membaling kertas ke arah Ganesan.
Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.
Anakperakdirantau:
Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.
Speaker Sivakumar di sabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.
12.12 pm - Albanjari Online. Suasana 'darurat' kecil di Ipoh, Perak. Biarkan gambar berbicara. Wak macam makin letih melihat badut2 sedang 'bersidang'. Laporan akan kembali selepas jam 12.30 pm. Bomoh aku tidak berehat untuk memberikan laporan terkini. Diberitakan sekiranya selepas rehat sejam ini, Speaker DUN yang sah, YB Sivakumar tidak berganjak dari kerusi speaker, Suasana 'darurat' kecil di Ipoh, Perak. Biarkan gambar berbicara. Wak macam makin letih melihat badut2 sedang 'bersidang'. Laporan akan kembali selepas jam 12.30 pm. Bomoh aku tidak berehat untuk memberikan laporan terkini. Diberitakan sekiranya selepas rehat sejam ini, Speaker DUN yang sah, YB Sivakumar tidak berganjak dari kerusi speaker, pihak polis akan dibawa masuk kedalam dewan untuk membawanya keluar secara paksaan. Adeh..macam kisah citer batu belah batu bertangkup la pulak...!!
Untuk anak PERAK, sempena sidang DUN menjadi Haram harini.
WAHAI ALLAH YANG MAHA GAGAH PERKASA,
WAHAI ALLAH YANG MAHA ADIL SAKSAMA,
WAHAI ALLAH YANG MAHA MERANCANG,
WAHAI ALLAH YANG MAHA PENYEKSA,
WAHAI ALLAH YANG MAHA KEJAM,
ENGKAU BALAS KEKEJAMAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO DENGAN BALASAN YANG ADA DISISIMU AGAR IA MENJADI TELADAN KEPADA YANG INGIN MENGAMBIL TELADAN.
YA ALLAH YANG PUNYA KERAJAAN, ENGKAU HANCURKANLAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH HANCURKAN KERAJAAN-KERAJAAN TERDAHULU DENGAN AIB.
YA ALLAH YANG MAHA MELINDUNGI, ENGAKAU LINDUNGI PAKATAN RAKYAT DARI ANIAYA BARISAN NASIONAL DAN UMNO.
May 6, 2009
Taip ctrl++ untuk besarkan tulisan
Mat Sabu & Badrul Hisham kerana merancang perhimpunan sempena sidang DUN Perak
tvpas: Mohamad Sabu ditangkap
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin ditahan di Kuala Lumpur.
Mereka dipercayai terlibat merancang perhimpunan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula esok.
Difahamkan seorang aktivitis politik yang tidak dikenali turut ditahan menjadikan tiga orang ditahan ketika insiden tersebut.
Polis Perak akan mengadakan satu sidang media untuk memberitahu sebab-sebab penahanan tiga pemimpin politik tersebut.
Penahanan mereka hadir kurang 24 jam selepas penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam.
Wong ditahan reman selama sehari dan dijangka akan dibebaskan petang ini.
Wong dilanjutkan reman selama 2 hari, dan himpunan aman sokong tahanan pada jam 9 malam ini di depan balai Brickfields.
