ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 29, 2009

29/06/09. Isnin.

"Keputusan Mahkamah Rayuan Sebagai Salah"



Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan semalam, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

Jun 26, 2009

26/06/09. Jumaat.

SEDIKIT MADU DIPAGI JUMAAT.

sekinchan


Abdul Malik bin Marwan pernah berkata: “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kamu mahukan dari diri kami seperti yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kamu tidak pun melaksanakan apa yang mereka (rakyat Abu Bakar dan Umar) amalkan?”

Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada masyarakat kebanyakan iaitu kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.

Jadi hendaklah kita mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu. Maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Jun 25, 2009

25/06/09. Khamis.


Ditawarkan Untuk Memiliki Tanah Bagi Mendirikan Rumah



Kerajaan Malaysia hari ini membuat pengakuan telah memperuntukkan RM1 juta untuk bekas pengurus Formula 1 Ferrari, Datuk Seri Jean Todt sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun.

Demikian dinyatakan oleh menteri Pelancungan Datuk Seri Ng Yen Yen di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Azmin telah meminta kerajaan menjelaskan urusjanji kerajaan mengenai perundingan dengan Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh, seorang aktes Malaysia dengan mendakwa RM1 juta telah dibelanjakan untuk rakyat Perancis itu.

Menteri berkenaan berkata satu juta di Eropah tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang attkala mempertahankan perlantikan Todt. Beliau menambah Jean Todt seorang yang amat dikenali. Beliau meyakini Malaysia. Todt mempunyai rangkaian luas dan dikenali pada peringkat antarabangsa.

Azmin juga ingin tahu kebenaran dakwaan bahawa Todt dan tunangnya telah ditawarkan untuk memiliki tanah bagi mendirikan rumah mereka di di Pulau Besar di negeri Terengganu.

Yen yang juga Naib Presiden MCA menafikan dakwaan tersebut sebagai sebahagian dari urusjanji kerajaan dengan Todt dan menafikan Todt memiliki tanah di Terengganu.

Azmin menyatakan beliau mempunayi dokumen untuk membuktikan kerajaan telah menawarkan tanah di Pulau Besar kepada Todt sebagai sebahagian dari perundingan perlantikannya sebagai duta pelancongan.

Walau bagaimanapun Azmin enggan untuk mendedahkan samada Todt ada membuat sebarang pembayaran untuk memiliki tanah berkenaan atau ianya diberikan secara percuma atau pada akadar diskaun.

Azmin berkata beliau menunggu dahulu jawapan penuh dari kerajaan sebelum mendedahkan butiran tersebut dengan lebih terperinci.


25/06/09. Khamis.

SIAPA UNTUNG ATAU SIAPA RUGI? TERLETAK PADA PIMPINAN BERAMANAH. JANGAN JADI MACAM PASIR, KERANA ADA PASARAN GELAP.

Matlamat utama hasrat Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambilalih pengurusan industri air negeri adalah amat jelas iaitu memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dengan harga yang rendah di samping meneruskan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama.

Pendirian ini sudah dinyatakan dengan jelas oleh Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga sudah menerangkan berulang kali bahawa Kerajaan Negeri bersedia mengambilalih aset air dari semua empat syarikat konsesi air dengan harga yang munasabah dan menguntung kedua-dua pihak iaitu rakyat dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor hanya ingin mengaut keuntungan tanpa menghiraukan masa hadapan rakyat jelas amat dangkal dan menunjukkan pemikiran yang cetek.

Jika ADUN Batang Kali mengikuti penerangan isu penstrukturan semula air dengan lebih teliti, beliau mungkin mengetahui bahawa jika kerajaan negeri mengurus perkhidmatan air di Selangor, tarif air mungkin dapat diturunkan sebanyak 10% dalam 2009 dan 20% pada 2011 seterusnya sebanyak 25% pada 2013.

Jika adapun pihak yang mengaut keuntungan, ianya adalah rakyat dan bukan individu-individu atau syarikat swasta sepertimana yang berlaku sekarang.

Namun yang jelas sekarang, pendapat pemimpin UMNO dalam isu air ini amat konsisten iaitu menyebelahi syarikat konsesi. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat kenyataan bahawa tawaran harga kepada syarikat konsesi ini tidak munasabah.

Pendirian Najib dalam isu ini juga tidak menggambarkan konsep “1 Malaysia” yang dikatakan sebagai satu konsep menyeru kepada rakyat bersatu membangun Malaysia.

Mengapa Najib tidak bersatu bersama Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan usaha supaya rakyat mendapat keuntungan daripada perkhidmatan air? Kami menyeru kepada Perdana Menteri dan semua pemimpin UMNO untuk mengenepikan kepentingan politik dan bersama pihak Kerajaan Negeri dalam isu ini demi kebajikan penduduk Negeri Selangor sejajar dengan laungannya untuk konsep “1 Malaysia”.

Jika tidak, konsep “1 Malaysia” ini jelas hanya sekadar retorik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Jun 24, 2009

24/06/09. Selasa.
Gambar Diatas Adalah DiKawasan PRK Manik Urai. Ada Beza Tak Dengan PRK Penanti!!!!

Foto Miji
Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti. Klik cerita seterusnya.....

Jun 22, 2009

22/06/09. Isnin.

PAKATAN TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN...................


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan Akhbar: Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
**************************************************************************

Polis kepung tapak majlis makan DAP di Klang

Polis mengepung tapak majlis makan malam anjuran DAP dan merampas peralatan pembesar suara di Klang.

Puluhan anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu Tinggi, dimana sebuah jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana untuk parti berkenaan. Lebih 3,000 dijadulkan hadir.

Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.

Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibu pejabat polis Klang.

"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," kata beliau.

Menurut Charles pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

"Serangan pengganas? Tidak. Cuma kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

Jun 21, 2009

21/06/09. Ahad.

HANYAR mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar ayah , abah , papa , daddy dan yang kesesuaian .

Terutama kepada ayahanda saya Halidi bin Pengeran Awang yang sentiasa menyokong perjuangan saya ! Jasa dan pengorbananmu tetap kukenang sampai ke akhir hayat , tidak mampu kubalas ! Semoga Allah SWT membalas hendaknya ! The best father in the world !

Jun 20, 2009

20/06/09. Sabtu.

TITISAN AIRMATA BERHARGA SEMASA SUSAH!!!!!!!!!!!
KETIKA MEREKA SENANG???????

Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru.
Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.

“PAS telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu (Perdebatan) yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan,” -Ucapan Anwar dalam Kongres Nasional Khas PKR di Nilai, 13 Jun 2009




KAMI BERSAMA TUAN GURU!!!



Anwar: Pakatan Sedia Bincang Dengan UMNO- BN Atas Isu Awam Saja, Bukan K/jaan Perpaduan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak sebarang rundingan dengan UMNO- Barisan Nasional bersabit isu- isu berkepentingan awam tetapi bukan menjurus kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata isu kerajaan perpaduan langsung tidak timbul kerana pentadbiran negara dibawah UMNO- Barisan Nasional masih dibelit dengan kerakusan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan melibatkan institusi awam.

“Isu berbincang dengan Barisan Nasional dan Umno tidak jadi masalah. tapi kalau kita bicara pasal perpaduan, untuk apa ? Untuk teruskan kezaliman? gunakan ISA untuk tangkap orang atau untuk menyalahgunakan proses mahkamah?, Untuk merampas perak ? Itu tidak dibereskan,’ kata Anwar.

“Jadi kalau nak bincang…mengapa tidak ada pilihanraya di Perak ? Mengapa jenayah meningkat ? Mengapa Peguam Negara tidak telus ? Mengapa badan kehakiman belum bebas ? Mengapa media jadi alat propaganda murahan ? Ini yang akan dibahaskan. Ini akan membolehkan kita mengadakan perbincangan yang baik,” tambah Anwar.

“Kalau BN tegur kita sebab kritikan kita pedas, kita boleh dengar. Apa- apa penyesuaian yang boleh kita lakukan, kita akan lakukan. Untuk bicarakan tentang kerjaan perpaduan, itu bukan sesuatu yang munasabah sama sekali,” kata Anwar.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama Wacana Pendidikan Rakyat anjuran sayap pemuda dan biro pendidikan PKR di Shah Alam.

Merujuk usaha UMNO meminda perlembagaannya, Anwar berkata yang jelas PKR telah pun mengorak langkah itu jauh lebih awal dan secara komprehensif supaya menjadi parti yang lebih demokratik dan bebas dari rasuah politik.

“Umno menimba sedikit idea kita. Tetapi proses demokrasi ini tunggaknya kepada falsafah perjuangan dan dasar dan diperkuatkan dengan kaedah yang demokratik,” jelas Anwar.

“Umno memilih satu daripada aspek iaitu corak yang demokratik. tapi kerakusan, kezaliman masih menjadi falsafah mereka. Jadi saya tidak fikir ia (Umno) akan melakukan melakukan banyak perubahan, ia cuma babak drama yang baik saja,” kata Anwar.

Pada 13 Jun lalu, PKR meluluskan beberapa pindaan perlembagaan parti untuk menghadkan tempoh maksima seseorang boleh menjadi presiden tidak lebih dari 3 penggal atau 9 tahun.

Sistem perwakilan untuk memilih pemimpin tertinggi dimansuhkan dan hak mengundi diberikan secara langsung kepada ahli biasa.

Pindaan juga diluluskan untuk memperuntukkan 30 peratus jawatan penting dalam parti untuk wanita.

Berlainan daripada pindaan yang diluluskan oleh PKR, UMNO akan terus mengekalkan sistem perwakilan bagi memilih pemimpin yang disifatkan faktor utama menyebabkan parti itu dibelenggui dengan budaya politik rasuah.

UMNO memilih untuk hanya meminda sistem kuota yang ditetapkan untuk membolehkan calon bertanding, isu-isu berhubung yuran, penambahan jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli di peringkat akar umbi.

Pemerhati politik mempertikaikan sejauh mana pindaan itu akan berkesan untuk memastikan perwakilan UMNO tidak menjual undi mereka kepada calon yang menawarkan harga paling tinggi, sebagaimana yang lazim berlaku pada setiap pemilihan parti.