SELOKA KOTA SEPUTEH DAN LUNAS |
Kota Seputeh Parlimen Jerlun Lunas Parlimen Padang Serai Sudah 7 kali BN kena balun Sampai sekarang tergaru-garu Politik lama amalan Barisan Nasional Politik baru gagasan Pakatan Semakin hari semakin tak rasional Akibat tamak dan kejar habuan Kota Seputeh kerusi dah kosong BN berjuang tidak ikhlas 7 kali sudah melopong Rakyat tolak tanpa belas YB lunas tiada maruah Jual kerusi tak rasa malu BN takut dan rasa susah Ditolak rakyat bertalu-talu Ponteng sidang tanpa alasan YB Kota Seputeh tak rasa malu Speaker DUN sudah maklumkan SPR membisu buat tak tahu Muka YB muka tak malu Itulah sikap ADUN Barisan Nasional Sikap SPR kita dah tahu Tidak telus tidak professional BN takut hendak berlawan Terpaksa guna jentera kerajaan Rakyat cerdik pandang ke hadapan 7 kali BN kena hukuman Najib Muhyiddin terus bingung Kalah terus tak ada yang menang 7 kali kepala berdengung Muka pucat hati meradang Zahid Hamidi Hishamudin Ketua Puteri Shafei Afdal dan juga Khairi BN berkubur menyembah bumi Perjuangan lapuk pentingkan diri |
ERTI BERMARTABAT
Aug 31, 2009
Aug 29, 2009
BENIH WAWASAN 2020 KEPADA ISLAM HADHARI UNTUK 1 MALAYSIA MENJADIKAN ANAK SAITAN YANG BERTAHTA DIHATI.
Hanyar mengharapkan muhasabahlah Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor untuk menilai seseorang dan berhati-hati untuk menerajui dalam kerajaan yang rakyat memilih semasa PRU12 lepas. Semuanya angkara benih-benih umno yang tidak boleh diharap diletakkan dengan jawatan dalam kerajaan dan telah merosakkan harapan rakyat. Hanyar tidak menuduh kumpulan yang berdemo itu adalah sebahagian wakil anggota Pakatan Rakyat.
Hanyar mengharapkan agar semua pihak yang berfikiran waras, bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum serta agama, agar suasana yang tegang berlaku di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.
Hanyar amat mengutuk kerana perkara itu berlaku tanpa ada halangan, dan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian serta tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undang-undang yang berbentuk provokasi seperti membenarkan, menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Mengapa pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Jelas menunjukkan sikap pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.
Aug 25, 2009
keputusan rasmi PRK Permatang Pasir | ||
![]() | : | 9618 |
![]() | : | 5067 |
MAJORITI | : | 4551 |
JUMLAH UNDI ROSAK | : | 83 |
PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551
CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad
BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK UNTUK MASA DEPAN ANAK BANGSA MALAYSIA.
1) "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.
2) "Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," tambahan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
3) "Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar? "..... Inilah kata hikmah dari Tuan Guru...
4) Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil.
5) Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.
6) InsyaALLAH... Kemenangan pada pihak yg menegakkan agama Allah... Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.
Jawapan setiap isu di Permatang Pasir
Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga
- Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
- Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
- Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
- Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.
Aug 22, 2009
Kalau dulu PAS, keADILan, DAP keluarkan kenyataan ada pengundi hantu apabila adanya pilihanraya. Dah menjadi kelainan pula hari ini, Umno yang menjadi kerajaan Pemerintah 1 Malaysia iaitu samseng umno berkata N11 Permatang Pasir ada tersenarai nama pengundi hantu. Kenapa samseng-samseng umno sesuka hati membuat kenyataan seperti itu. Sedangkan kuasa yang mereka ada dipermainkan untuk menyusahkan rakyat.
Kepada samseng-samseng umno buatlah kerja untuk rakyat, sepertimana yang rakyat hendakkan agar Negara tidak menjadi bengrap dengan kuasa samseng umno.
Rakyat tidak suka pada H1N1, begitu juga dengan "Hisyamudin1Najib1 + 1 Muhiddin.
Aug 21, 2009
Aug 18, 2009
Hissyammuddin1Najib1 Dan 1Muhidin TAKUT
Sah dah memang mereka nak tangkap Gobala.Isu basi BN yang kurang cerdik. Lepas ni Gobala dan rakyat bersama DSAI kita semua turun JOHOR pula. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor.
Aug 17, 2009
Hissyammuddin1Najib1 Dalam 1Malaysia
10.10 pagi : Hanya dua calon - BN dan PAS menyerahkan borang. Kamarul Ramizu Idris yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
10.00 pagi : Penamaan calon ditutup. Setakat ini 3 orang telah menyerahkan borang. Rohaizat Othman dari BN, Mohd Salleh Man dari PAS dan Kamarul Ramizi Bebas. Masa bantahan 1 jam.
9.45 pagi : Menunggu masa penamaan calon tamat untuk masa bantahan pula.

9.30 pagi : Bilangan penyokong PAS dianggarkan 5,000 orang. BN 500 orang.
9.24 pagi : Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris dikhabar masih di dalam perjalanannya ke pusat penamaan calon
9.15 pagi : Tidak kelihatan seorang pun calon Bebas. Mungkin pertandingan hanya BN lwn PAS.
9.05 pagi : Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi kembali ke khemah khas untuk BN.
9.00 pagi : Penamaan Calon dibuka, Rohaizat dari BN masuk dahulu diikuti dengan Ust Mohd Salleh Man dari PAS
8.45 pagi : Rombongan BN mula bergerak ke pusat penamaan calon diketuai TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama calon BN, Rohaizat Othman, dan pemimpin Umno serta BN lain.
8.40 pagi : Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pusat penamaan Calon
8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.00 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.
7.55 pagi. Ahmad Zahid Hamidi dan Ali Rustam turut kelihatan.
7.52 pagi : Timb Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Seri Nizar Jamalauddin hadir bersama penyokong PAS.
7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.
7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.
7.30 pagi: Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN. Ramai menggunakan topeng pelindung elak penularan wabak H1N1 di Permtg Pasir
7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.