ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Oct 13, 2009

13/10/2009. Selasa.

ERTINYA KUASA RAKYAT, KUASA KERAMAT.

Dilihat pada carta dibawah, percaya kepada ketelusan pengundi-pengundi N31, terlalu banyak faktor yang perlu diambil iktibar untuk pimpinan keADILan,PAS dan DAP (PR).

[dunbaganpinang.jpg]

Kuasa Rakyat, Kuasa Keramat adalah faktor utama yang boleh menggugat sesebuah Parti Politik. Jika sudut ini tidak diambil perhatian oleh pimpinan parti, sudah tentu PRU13 akan menjadi kenyataan BURUK buat Pakatan Rakyat.
Pimpinan tidak boleh salahkan pengundi. Pengundi boleh berubah-rubah untuk membuat keputusan. Dari kalangan pengundi pun ada 2 faktor yang tersirat. Ia bergantung kepada kebijaksanaan berkempin/?.
Yang pasti, perlu diatasi untuk pimpinan parti PR mestilah bertanggungjawab dengan matlamat asal perjuangan dan tidak lari dari kehendak rakyat yang adil.

Teruskan dengan sikap LANGKAH AKHIR YANG BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA.


Oct 12, 2009

12/10/2009. Isnin.

HARAPAN PENGUNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT, HAMPIR KECEWA. MASIH ADAKAH PELUANG UTK PR PADA PRU13 NANTI?

Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, rakyat melihat cara kepimpinan parti dari PR amat bercelaru dan merunsingkan masa depan anak bangsa. Kalau beginilah masih terus berlaku dan tindakan dari DSAI diambil mudah, PRU13 nanti akan hancur harapan rakyat pada slogan "MASA UNTUK PERUBAHAN" akan TIDAK BERMAKNA.
Tidak salah apa yang diperkatakan oleh umno kepada KEADILAN, perjuangan KEADILAN hanya untuk membebaskan DSAI dari penjara sahaja dan bukan matlamat perjuangan yang hak untuk keadilan rakyat. (Hanyar amat tidak setuju dengan pendapat umno itu, perjuangan asal adalah menentang rasuah dan kembalikan hak rakyat dengan adil, itulah matlamat Hanyar dulu dan masa kini).
Hanyar bukanlah berniat untuk memburukkan keadaan tetapi, ia adalah realiti sejak kemenangan PR diSelangor. Lihat lah seperti diCabang Kuala Selangor dan yang sama berlaku diCabang yang lain juga. Kalaulah kepimpinan Pusat tidak boleh mendengar masaalah akar umbi parti, maka hancurlah pemerintahan yang sedang PR menerajui Selangor.
Adalah tidak adil jika Hanyar berkata pemimpin PR atasan bersandiwara pada rakyat. Hakikat nya rakyat akan menilai semasa PRU13 adalah terlewat.
Hanyar akan luah kata hikmat ini "KECIL TAPI PENTING" hurai dan fikirlah sendiri. Berita seterusnya klik saja

BUATLAH PERUBAHAN, SEBENAR-BENAR PERUBAHAN. DAN JANGANLAH SEPERTI MENANAM TEBU DIHUJUNG BIBIR SAJA.

12/10/2009. Isnin.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata
Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah.

PRK di Bagan Pinang secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi, sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

Oct 4, 2009

4/10/2009. Ahad.

TGNA MENGHARAPKAN KEBAIKAN SERTA BERDOA.

DOA MENGHARAPKAN KEPADA KEBAIKAN PIMPINAN PEMERINTAH



PERCAYALAH SIKSAAN KUBUR ITU BENAR.

Oct 3, 2009

03/10/2009. Sabtu.

Cerita Pasal Pakatan Rakyat

Diperhatikan kalau Dato' Seri keluar negeri atau tidak ada di tanah air ada saja isu yang dibangkitkan oleh ahli politik PR.

Ahli Politik ini pada asasnya memang bagus, sebab mereka buat kerja, mereka berpolitik sebab itu kerja mereka, macam Dato' Hassan Ali, Khalid Samad, MP Balik Pulau apa nama?, Jeff Oii, Zuklefly Nordin, yang lain naam naam, nama saja orang politik tak pernah masuk paper pun.

Orang yang tidak buat salah, orang tidak buat apa apa.

Orang politik macam peon jugaklah kekadang tu, kuat bodek cepatlah naiknyer...jadi exco telur tinggal separuh. Jadi ahli majlis je pun telur kedalam langsung.

Aku cerita pasal Pakatan Rakyat, geng Umno ngan BN tak masuk, sebab mereka kategori lain, lagi haru biru malas nak tulis kat sini, nanti tercemar pulak blog ini.
KENAPA PERLU KEMPIN? ADA SEBABNYA KERANA UNTUK RAKYAT.

Part 3



Part 2



Part 1

Oct 1, 2009

01/10/2009. Khamis.

BAGAIMANA PANDANGAN ANDA, RASUAH TETAP AMALAN UTAMA DIMALAYSIA?

Garis panduan undang-undang diMalaysia cantik diatas kertas semasa pembentangan diParliman. Apa yang berlaku, rasuah berbagai bentuk tetap menjadi amalan pemimpin polotik sehingga semua lapisan masyarakat kerana berkepentingan kroni peribadi.

Terbukti apa yang dapat dilihat kepada rakyat, contohnya kursus jati diri kepada semua jabatan kerajaan hanya untuk pegawai-pegawai rendah sahaja. Mengapa tidak kepada pegawai-pegawai atasan serta menteri-menteri juga diarah turut bersama? Kalau ada pun hanya diatas kertas sahaja.

Selagi perkara seperti ini tidak diubah untuk diperbetulkan, seberapa banyak mungkin kursus jati diri dilaksanakan kepada pegawai bawahan adalah membuang masa dan wang sahaja.
Hanyar tidak menuduh, tetapi ada kebenarannya. Fikir-fikirlah untuk anda membuat keputusan sendiri. Hanyar tidak terfikir untuk berniat menghasut rakyat Malaysia. Hanya Hanyar juga bertanggungjawab kerana Hanyar juga membayar cukai kepada kerajaan Malaysia dan ingin melihat Malaysia menjadi negara contoh kearah kebaikan untuk keadilan semua.

Kita dapat lihat bila ada berlaku bersabit kesalahan apabila ditangkap polis (contoh), orang tertuduh pula ada kenalan orang-orang politik (pemerintah). Pihak berkuasa polis, pegawai atasan akan menerima tekanan dari kuasa politik pemerintah. Apa yang berlaku, pegawai ini tidak mempunyai jati diri dan akan mengambil jalan mudah. Bagaimana pula kepada pegawai polis bawahan yang menjalankan tugas tangkapan tadi? Sudah tentu akan menjadi mangsa tindakan tatatertib. Dimana pula mereka nak peraktik jati diri mereka yang selama ini sudah menjalani kursus jati diri.

Dalam hal ini , sebab itu Hanyar mengatakan "BAGAIMANA PANDANGAN ANDA, RASUAH TETAP AMALAN UTAMA DIMALAYSIA?".

Tidak hairanlah kalau SINI dan SINI. Dan tidak hairanlah juga N31 pilihan umno diletakkan Isa Samad.

Sep 30, 2009

30/09/2009. Rabu.

MUKA CALUN YANG BERSIH DARI PR YANG PENENTUNYA ADALAH PENGUNDI N31.

Profil Zulkefly Mohamad Bin Hj Omar (http://zulkeflyomar.blogspot.com)

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)



2 sebab Tan Sri Isa Samad dipilih menjadi calun, akan terperangkap cara permainan umno untuk memusnahkan bidang politiknya. Atau beliau menang nanti, Ahmad Hasan akan tersepit. Umno N9 sememangnya ketandusan pemimpin untuk diketengahkan.
Penentu untuk kepentingan yang adil kepada rakyat N9 dan Malaysia terletak pada pengundi DUN Bagan Pinang semasa PRK nanti.



DIMANA PELAPIS UMNO YANG SELAMA INI 52 TAHUN MERDEKA?