ERTI BERMARTABAT
Feb 23, 2010
ANWAR MATLAMAT KITA UNTUK PERUBAHAN
Feb 22, 2010
ISA DIPOLITIKKAN OLEH PEMERINTAH MALAYSIA
22.02.2010 Isnin.
Feb 20, 2010
DISIPLINKAN MARUAH ANDA,
Feb 2010 telah berlaku kemalangan yang melibatkan wakil rakyat, satu di Selangor dan satu lagi diPerak. Kemalangan diSelangor yang terlibat, ADUN Sekinchan dan penonggang motorsikal, seorang penuntut salah sebuah pusat pengajian tinggi dan mengalami cedera parah.
Sementara diPerak pula, yang berlaku kemalangan kepada bekas Menteri Besar Perak, dan mengakibatkan kematian, adalah pekerja boruh warga Indonesia.
Kesimpulan dari kedua-dua kemalangan yang berasingan itu, Hanyar mentafsirkan adalah "kemalangan yang tidak sengaja" dan sebagai perkara biasa yang selalu disebut kemalangan tidak berbau. Walauapapun, sikap berdisiplin semasa memandu di jalanraya awam perlu diambil kira.
Hanyar tidak mencampuri urusan undang-undang dan biar undang-undang yang berkenaan mengambil tanggungjawab urusan itu.
Sebagai rakyat prihatin, Hanyar menasihatkan janganlah mempolitikkan kedua-dua ADUN yang terlibat kemalangan itu untuk isu politik. Rasanya tidak baik bagi negara yang mengamal demokrasi berparliman, tetapi cepat menghitung kepada yang tidak baik terhadap mangsa orang politik dari parti pembangkang.
Fikir-fikirlah jangan ada lagi, isu-isu menghina kepada sesaorang walaupun siapa orang itu.....
Feb 19, 2010
DISANGKA PENCULIK, RUPANYA POLIS MALAYSIA.........
Sekumpulan 4 orang angota polis, adalah menjalankan tugas yang tidak bertanggungjawab terhadap tugas menjalankan keamanan negara. Hanyar amat tidak bersetuju kerana segelintir anggota polis yang bertindak diluar batasan dan mengakibatkan seperti kerana nila setitik, rosak air sekolam.
Tidak masuk akal, diperlakukan sebegitu rupa terhadap suspek yang belum tentu bersalah. Walau bersalah sekalipun,bukan caranya begitu. Hanyar amat tidak bersetuju sikap segelintir anggota polis yang tidak menghormati undang-undang tugas.
Apa yang Hanyar dapat kongsikan disini, agar rakyat Malaysia ambil tanggungjawab sebagai rakyat merdeka minda, utamakan untuk PRU 13 nanti sama-sama dengan satu titik mata pena untuk PR. Dengan cara pena dihujung jari anda, Kerajaan PR yang dipimpin bersama DSAI, akan menjana perubahan. Insyaallah....
Malam 12 Feb adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seorang remaja buat selama-lamanya.
Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.
![]() |
"Tiba-tiba empat lelaki turun dari sebuah van. Mereka menghampiri, membelasah saya serta menghumban saya ke dalam van.
"Ketika itu saya fikir yang saya diculik,” kata remaja lepasan SPM itu yang begitu trauma dan mahukan identitinya dirahsiakan.
Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.
Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.
![]() |
Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul. Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.
Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.
Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali melalui telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.
Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.
“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.
![]() |
Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.
Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.
OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas mengenainya.
Feb 18, 2010
WALAUPUN DAH BERITA LAMA ,IA AMAT PENTING
Fikir-fikirlah untuk siapa yang buat silap!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tulang Besi mendedahkan.
CAKAP TAK SERUPA BIKIN...
Kalau tuan-tuan semua ingat, apa Khairi cakap kat parliman? Kata kat Pakatan Pembangkang berdemo tu macam berok. hari ini, siapa pulak lebih macam berok. Inilah yang dikatakan menghalalkan cara, Sepatutnya mereka-mereka ini lebih tumpukan kepada kebenaran yang lebih pro.., sebab merekakan lebih berkuasa dari kuasa yang ada. Pakatan pembangkang apalah yang ada sangat.
Rasanya umnobn ni nak belajar untuk menghadapi menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti kut. Tak malukah mereka nanti ada Ahli Parliman dari Pakatan, yang celupar mulut kata sesuka hati, kan marah pula.
Hal permit, Hanyar tak boleh nafikan.Taada pun boleh jadi dah tersedia ada.Lainlah parti yang didukong oleh kumpulanDSAI. Lihatlah video ihsan malaysiakini dibawah ni.
Rakyat bukan apa, takut-takut nanti Kerajaan Austrolia marah dan dia mengarahkan untuk nyah keluar atau bongkar semua harta orang politik umnobn di negara mereka, kan memalukan. Rasanya Paklah pun ada mahligai kat Austrolia, Khairiiiii anak bapak.
Feb 16, 2010
PADA SIAPA PERLU DILAPURKAN?
16 Feb 2010. Semalam ketika Hanyar melalui jalan untuk pergi Kg Bukit Cheding, iaitu jalan utama kekampong itu terdapat sampah yang dibuang berselerakan ditepi jalan utama. Kelihatan juga ada papan tanda larangan dari MDKLgt. Walau pun ada papan larangan sebesar-besar, orang yang tidak bertanggungjawab tetap engkar dan tidak mematuhinya.
Walaupun begitu, sudah menjadi tabiat buruk pada segelintirdan akibatnya menjadi masaalah kepada pencemaran kawasan sekitar.
Pendapat Hanyar, papan tanda itu memberi erti kawasan itu adalah kawalan MDKLgt. Dengan itu MDKLgt perlu mengawasi dengan cara apa sekali pun. Amat memalukan imej Kerajaan Pakatan Rakyat yang diamanahkan oleh rakyat semasa pilihanraya 2008.
Kelihatan setiap hari dan masa, kereta penguatkuasa, baik berunifomm putih dan biru berlegar dijalan, entah apa yang dilakukan untuk memantau.Tidak perlu rakyat melaporkan sesuatu yang kurang senang. Mereka perlu membuat sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab kerana mereka bergerak dengan kenderaan berlambang kerajaan Tempatan.
Hanyar selalu mendapat aduan dari orang ramai selalunya kenderaan itu diguna untuk pergi kekedai kopi untuk menjamah selera dan sedang berunifom.Apakah mereka tidak ada garis panduan dari jabatan yang diketuai oleh Ahli Majlis dan yang terpenting YDP?
Dan kepada penduduk kampong juga perlu ambil kira masaalah kampong sendiri. Setidak-tidaknya laporkan sahaja kepada JKKK atau orang kampong dah memaklumkan dan tidak diambil tindakan.
Feb 15, 2010
Memperoleh Kekayaan Tersebut Melalui Wang Sogokan

Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.
Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit,”
Ini merupakan Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob yang berdepan dengan kes rasuah. Yang pertama ialah Datuk Norza Zakaria.
Kita merasakan ada sesuatu di sebaliknya. Mohd Nor Yaakob adalah Menteri Kewangan Kedua. Apakah ia lubuk bagi pengumpulan kekayaan?
Wang RM2 juta itu turut dirampas. Bagaimana dan berapa pula jumlah sebenar termasuk yang telah digunakan untuk membeli hartanah yang dilaporkan berlaku di sekitar lembah kelang.
Dan peranan Mohd Nor Yaakob itu sendiri perlu diberikan perhatian.