ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 23, 2010

Raja-Raja Melayu disaran turut campurtangan...

Maruah sebuah Negara Islam tergadai kerana JUDI

Amat menyedihkan bahawa kerajaan dengan keputusannya memberikan lesen kepada tokey judi Malaysia. Apa dah jadi dengan kerajaan persekutuan, gadai maruah demi DUIT. Raja-Raja Melayu disaran turut campurtangan dalam soal ini, jangan sampai rakyat bertindak baru nak mesyuarat, manakala kalangan orang-orang Ameno kena sedar bahawa tindakan kepala-kepala kamu membawa musibah kepada negara ini.

Erti kata "Maruah negara dah lama tergadai. Hanya menunggu saat dan ketika nyer utk mampooosss. Sebelum kita semua dikuburkan oleh pengkhianatan umno apco, laksanakan tugas terakhir .....hancurkan saki baki umno al munafikin wal musyrikin laknatullah...."

May 21, 2010

Aminul's family claims police cover-up

Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'



Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan it
u dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.

Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.

Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.

Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

'Tutup kebenaran'

Serentak dengan laporan polis itu, keluarga Aminulrasyid juga membuat laporan mendakwa pihak polis cuba menutup kebenaran di sebalik kematian remaja itu.

Laporan itu dibuat oleh kakak Aminulrasyid – Norazura Amzah, 39(kiri).

Peguam keluarganya, N Surendran yang hadir pada sidang media berkata laporan polis itu adalah permulaan pusingan pertama tindakan undang-undang oleh keluarga itu bagi membersihkan nama anak mereka.

Menurut Surendran, mereka berharap polis akan memandang berat laporan itu dan menyiasat dakwaan berkenaan.

Katanya, laporan polis itu juga meminta KDN menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.


1 M= Manusia takut pd Orang???


Polis yg prihatin

Begitu pentingnya DSAi di M'sia, meberi ceramah di Permtg Pauh & kelihatan heli pdrm berlegar legar di udara siap pantau dgn. spotlight lagi. Agaknya prihatin,bagi menjaa keselamatan bakal PM? Ataupun mungkin penjenayah yg menembak pegawai istana, letupkan org, tembak remaja yg ketakutan, melenyapkan org yg disoal siasat...semuanya 'not as dagerous as DSAI'...?

Aku nak tambah, Maksiat yang berleluasa, remaja tanam bayi, sudah diambil tindakan ke? Bertahun2 nak buang masa bicara kes DSAI kenapa? Lepas dapat penjarakan DSAI dia nak buat apa? Tanyalah Ezamno dan kumpulan yang dah tak ada maruah tu. Kalau DSAI dipenjarakan makin kuatlah PR sebab kezaliman akan terserlah dan isu untuk menang pilihanraya semakin banyak. Betul tak?


"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aipkan orang, monyet pun jangan." (catatan dalam face book beliau, 5 hari tidor lokap)



Semoga Allah melindungi rakyat Malaysia, serta' pemimpin yg meperjuangkan keadilan & kesejahteraan anak-cucu kita.


May 19, 2010

Kebijaksanaan Cina Bukan Setakat Berpolitik

BENARKAH SEMUA ITU? APAKAH MASIH MELAYU SANGGUP BERPELUK TUBUH?


1.Bandingkan Bank Cina(Public Bank) dengan Bank Melayu(BSN, Tabung Haji).Public Bank mengutamakan masa pelanggan. Disediakan kaunter yang banyak supaya urusan cepat. BSN dan Tabung Haji menyediakan tv, kerusi empuk dan kasyer yang cantik(BSN) supaya pelanggan boleh duduk lama sambil menonton tv dan menjamu mata.

2. Orang Cina hantar dan ambil anak di sekolah supaya mereka boleh jamin anak ke sekolah. Orang Melayu beli motosikal untuk anak ke sekolah supaya tidak menyusahkan mereka menghantar anak. Akhirnya anak melencong ke lain.

3. Pelajar Cina dan Melayu yang nakal, perangainya lebih kurang sama, malas belajar, ponteng sekolah, melawan guru dan tak faham satu pun apa yang diajar oleh guru. Tetapi apabila keluar sekolah pelajar Cina lebih berjaya. Bezanya, ibu bapa Cina akan mengatur dan menyusun masa depan anak mereka sebaliknya orang Melayu,anak akan mengatur dan menyusun mak bapa.


May 18, 2010

KECIL TAPI PENTING!!!! SEDARLAH.......

Orang Cina menolak APCO dan JUDI tapi Orang Melayu..???

Sudah tentu banyak analisa boleh kita buat terhadap 2 PRK yang terkini iaitu PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu.

Dikedua-dua PRK ini menyaksikan penolakan hampir total orang-orang Cina terhadap BN.APCO adalah isu nasional utama di PRK Hulu Selangor manakala isu memberi lesen judi sukan di PRK Sibu.

Amat memalukan ketika orang-orang Melayu Umno dan pimpinan mereka membawa masuk dan mempertahankan APCO dan JUDI,masyarakat Cina yang tidak berugama Islam menolak kedua-dua entiti haram itu.

Amat memalukan orang-orang Melayu Umno.Dimana maruah kamu,dimana identiti kamu sebagai seorang Melayu dan Islam dan dimana letaknya Iman kamu.

Amat memalukan orang-orang Melayu Umno boleh menerima Yahudi laknatullah dan judi yang kedua-dua disebut dalam Al quran sebagai haram.

Bangunlah wahai Melayu Umno.Sedar dan tolaklah APCO dan JUDI yang dibawa oleh pimpinan kamu.


May 17, 2010

BERANI KERANA BENAR ITU KEHENDAK RAKYAT...

Umno-Apco: Anwar hadapi JK khas, 8 Jun

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar akan dipanggil menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 8 Jun.

Beliau terpaksa mempertahankan dirinya kerana pada sidang Dewan Rakyat yang lalu mendakwa gagasan 1Malaysia yang diterajui oleh firma Apco Worldwide berkaitan dengan kempen 'One Israel'.

MP Bukit Gelugor Karpal Singh, yang juga anggota jawatakuasa itu berkata mesyuarat pertama hari ini bertujuan menyediakan agenda dan jadual mesyuaratnya.

Anggota lain jawatankuasa itu adalah Razali Ibrahim (BN- Muar), Datuk Seri Foong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Nancy Shukri (BN-Batang Saadong), timbalan speaker, Datuk Ronald Kiandee dan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

MP Subang R Sivarasa tidak hadir kerana cuti sakit.

RAKYAT SIBU DAH MERDEKA, PERLU LAGI DIPANTAU KEBAJIKAN sIBU..

YB. Wong yang baru diumumkan sebagai MP Sibu didampingi isteri dan SU Agung DAP, YAB. Lim Guang Eng.:-Gambar Malaysiakini/-

YB. Wong yang baru diumumkan sebagai MP Sibu didampingi isteri dan SU Agung DAP, YAB. Lim Guang Eng.:-Gambar Malaysiakini/-

Terkejut besar bila mendengar kenyataan sombong Timbalan Pendana Menteri yang juga menteri pelajaran hari ini selepas merasmikan sambutan hari Guru.

Muhyiddin dipetik berkata PKR sekarang semacam tanah yang sedang runtuh apabila diminta oleh rakan media mengenai berita pimpinan PKR yang keluar dari parti.

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SAMBUT KEMENANGAN KERANA MINDA SIBU DAH MERDEKA....

Suasana di luar Dewan Suarah selepas calon Pakatan Rakyat diumumkan menang.
Kemenangan disambut dengan kegembiraan oleh penyokong Pakatan Rakyat.

May 16, 2010

Jadilah cerdik sikit wahai penyokong kerajaan.

PENYUMBANG KEPADA EKONOMI NEGARA.....SIAPA??

Wahai penyokong kerajaan bn tidakkah kamu tahu yang puak-puak pembangkang inilah yang banyak menyumbang kepada pendapatan kerajaan Malaysia melalui cukai pendapatan, cukai jualan , berbagai cukai lagi termasuk juga zakat.
Untuk pengetahuan anda penyokong PR terdiri daripada golongan terpelajar yang berjawatan tinggi yang banyak membeli barangan dan perkhidmatan yang dikenakan pelbagai cukai. Malahan golongan Cina yang berniaga juga merupakan penyokong PR.
Penyokong PR lah yang banyak menyumbang kepada kerajaan. Manakala penyokong kuat BN(UMNO) terdiri daripada orang-orang kampung yang lebih banyak mendapat bantuan dan subsidi hasil daripada cukai yang kami bayar.
Jangan cakap banyak kalau tak tahu. Walaupun Penyokong PR banyak menyumbang tapi kami takkan pertikai kerana kami tak mahu dituduh buruk siku. Jadilah cerdik sikit wahai penyokong kerajaan.