ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 28, 2010

NOTA:

mari kita fahami berita ini :

ianya membuktikan masih ada di kalangan kita
yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh
kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan
melanda keluaraga ini.
siapa hendak kita salahkan? diri kita sendiri. kita benarkan ini
berlaku dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita
semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab.

para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah.
kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan
yang kurang adil adah penyebab utama.

beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan
sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang
melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan
dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara
menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh
miskin.

kita bersedih bila membaca berita ini.
kita bersimpati apabila menghayati berita ini.
tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.
kunci nya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.


Jul 25, 2010

DENGAR, KENAPA TAK NAK PANDANG/BERTINDAK?

 Yaakob Sapari Jangan Cuba Bersekongkol Dengan KPU ini.......




 LIHAT MINIT KE7. KEMPIN CAKAP POLITIK.
Orang yang menyampaikan protes di bangunan SUK adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali (gambar). Kenapakah dia yang memberikan protesnya?

Suhaimi bukan ada buat kerja dan lakukan apa-apa untuk UMNO Selangor. Pergerakan Pemuda UMNO Selangor lembab dan tidak bermaya bawah kepimpinannya.

Kalau siapa-siapa mahu tahu Suhaimi adalah juga "Raja Pasir" yang pernah terlibat curi pasir waktu malam di kawasan Sepang. Kontraktor yang jalankan untuk Suhaimi begitu teruk sekali hingga sebuah jambatan kampung di Sepang hampir runtuh dari hakisan.

Zahrain Pernah Minta Kontrak Pasir Dari Selangor Sebelum Melompat

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menjual obat di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Yang hairannya, sudahlah si Zahrain ni tidak bermoral, anak lelaki Zahrain pun hendak diajar budaya korupsi ini. Ini kerana Zahrain telah bertemu Tan Sri MB bersama-sama anak lelaki beliau meminta kontrak pasir dari KSSB.

Tetapi Tan Sri menolak permintaan Zahrain dan anak lelaki beliau ini. Kiranya Tan Sri melayan permintaan Zahrain dan anak lelaki Zahrain ini, nescaya Zahrain tidak akan melompat UMNO seperti sekarang.

Saya juga mencabar Zahrain menafikan kisah ini, kalau dia benar-benar bersih.

Saudara/ri pembaca wajib sedar, Tan Sri diserang kiri dan kanan dalam isu pasir kerana Tan Sri tidak mahu melayan permintaan-permintaan yang datang seperti yang datang dari Zahrain ini. 
Terima kasih sdra Storm62. Andai ada yang masih kurang yakin, sebaiknya anda tanya Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Parlimen Sepang, dalam DUN Dengkil terutamanya. Ramai kalangan Ketua-Ketua UMNO Cawangan di DUN Dengkil yang menyampah kepada Suhaimi kerana mereka tidak dapat merasa habuan yang mereka hajatkan sekalipun beberapa permit melombong pasir telah dikautrakus oleh para kroni Suhaimi semasa dia menjadi wakil rakyat UMNO DUN Dengkil pada sessi yang lalu.

Perjuangan UMNO adalah perjuangan untuk mendapat kuasa merompak khazanah negara, mencuri harta rakyat dan mengayakan para cukong..!!!

Jul 24, 2010

SUDAH LARI MATLAMAT PERJUANGAN ASAL. (SIAPA MEREKA SEBENAR?)


PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.

"Retreat" itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini belum dapat tawan Putrajaya beb, kalau dah dapat.... pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber"retreat". Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidak pun kat London atau Paris....!!!

Pemimpin utama pusat termasuk ketua umum Anwar Ibrahim dan dari bahagian (cabang) di seluruh negara akan menghuni dibilik mewah ini sepanjang tempoh pemukiman.

Patutpun Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam tidak gembira dengan pemukiman (retreat) parti di Port Dickson.

"Kalau sekadar bincang mengenai persiapan mengenai jentera pilihanraya diperingkat bahagian atau negeri tidak perlulah buat retreat.

"Cukup dengan perbincangan oleh MPP dan biro politik sahaja," katanya yang berasal dari Perak.

Bila menjelang pilihanraya, pemimpin mendendang lagu sedih dan sayu, minta bantuan dan sumbangan daripada ahli dan penyokong. Bila suasana reda dan mereka ingin bersuka, maka dianjurkanlah beranika rencana merancang helah untuk mereka bergembira di sana...!!!

PKR semakin hari semakin tidak dapat mengawal limpahan hanyir muntah dan lendirnya.!!! Keladak yang selama ini terpendam dan disorok rapi telah mula timbul...!!!

Saya benar-benar berharap apa yang pernah didengar luahan seorang sahabat "Aku ingatkan permata, rupa-rupanya kaca...! " sebagai tidak tepat. !!! Walau apapun, saya sudah mula meluat dengan beberapa pemimpin kanan PKR, keladak haprak UMNO masih pekat dalam diri mereka sebenarnya!!!

Saya kira, andainya mereka mendapat kuasa di Putrajaya... mereka mungkin lebih rakus dan khianat daripada pemimpin UMNO yang ada hari ini..!!!
petikan isa

Jul 21, 2010

Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR

Polis 'serbu' ibu pejabat PKR


Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

Ketua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata lima orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Badrul bagaimanapun tidak berada di pejabat pada masa itu.

Menurut ketua penerangan PKR Latheefa Koya kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.

Pada 9 Julai lalu, Polis menahan Badrul di Jalan Rahang dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dilporkan berkata pihaknya mahu merakamkan kenyataan Badrul "kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja".

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas pihak polis beredar hampir jam 1 tengah hari tadi, Johnson berkata setelah berunding, kedua-dua pihak bersetuju supaya operasi menggeledah ibu pejabat PKR dibatalkan.

Ini kerana, katanya, waran berkenaan tidak menyatakan tujuan penggeledahan itu dibuat serta tidak menyatakan ia berhubung siasatan bawah kes apa.

petikan mk

Jul 19, 2010

"Siapa mereka?

 Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada Umno'

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengeru
sinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.
"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.
Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?
"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.

Serangan itu dibuat melalui satu memorandum yang dihantar oleh kumpulan tersebut sebelum ini, katanya.

"Siapa mereka? Mengapa selepas (bekas menteri besar Datuk Seri) Khir Toyo mendedahkan kes pasir di Bukit Canggang, baru membuat kenyataan akhbar dan mendapat liputan (media).

"Maknanya ini satu perancangan cuba menggagalkan usaha kerajaan (Pakatan) yang sedang cuba mendapatkan 10 kali ganda pendapatan hasil pasir dari apa yang telah diusahakan oleh (pentadbiran) dahulu," katanya.

Tambahnya, dakwaan yang dibuat Khir Toyo bahawa hasil pasir sebanyak RM220 juta dalam tempoh tiga minggu di Bukit Canggang juga membuktikan kajian yang dibuat oleh KSSB.

"Hasil industri pasir sahaja cukup untuk membiayai segala aktiviti kerajaan negeri. Ini belum masuk hasi di bawah pasir, iaitu bijih timah," katanya.

Katanya lagi, pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi pernah menggalakkan supaya Selangor mengusahakan industri bijih timah.

Tambahnya, Khir Toyo bagaimanapun hanya memberi arahan supaya perlombongan pasir dijalankan.

Katanya lagi, usaha untuk menjalankan perlombongan bijih timah bagaimanapun tidak sempat dijalankan kerana pilihan raya umum ke-12 berlangung, yang menyebabkan BN kehilangan kuasa di negeri itu.Selepas menerima memorandum tersebut, Yaakob memberi jaminan bahawa Selangor tidak akan tunduk kepada tuntutan pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri akan bertindak secara konsisten untuk menggunakan KSSB bagi memastikan Selangor dapat mengutip hasil pasir.

"Dulu hanya ada satu syarikat, sekarang ada 18 syarikat yang masuk dalam tender terbuka," katanya lagi.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga belum menjumpai apa-apa bukti penyelewengan dalam KSSB sejak seorang pembantunya ditahan bagi siasatan berhubung isu tersebut.

Namun, beliau tetap meminta pengusaha pasir supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti berkenaan.

petikan dari mk.

Jul 17, 2010

Parti Pas PENYELAMAT Umat Islam Akhir Zaman



Wadah perjuangan PAS mesti di publiskan secara besar-besaran. Perjuangan ini bukan setakat duniawi malah ke akhirat. Kalangan Ulamak PAS kena berkerja lebih kuat disamping dokongan keahliannya yang ramai, hamba begitu yakin perjuangan ini mencapai matalamat yang diimpikan.
Program PAS perlu dihebahkan melalui pelbagai sumber media. Bilamana kerajaan BN membatalkan HARAKAH, Parti seperti kehilangan sumber untuk meyalurkan maklumat. Untuk itu, PAS mesti berusaha berbuat sesuatu dengan pantas jika perkara yang demikian berlaku. Gunakan plan (B),(C),dan sebagainya sebagai penyokong maklumat. Harapan saya semuga PAS sentiasa bertindak mendahului sebelum kerjaan jahanam ini melakukan sesuatu kepada PAS

Jul 15, 2010

Kerajaan PR Selangor dah gila ke apa....?

Mungkin itulah antara pertanyaan orang ramai khususnya penyokong PR. Apa yang gila tu....?


Kerajaan Selangor melantik (anggota pembangkang) orang kuat umno jadi Pengerusi Kira Kira Wang Awam Negeri Selangor. Satu keputusan yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perlantikan itu akan membuka ruang pengendalian kewangan kerajaan negeri secara telus dan bertanggung jawab. Kaedah ketelusan seumpama itu tidak mampu dibuat oleh umno/bn selama ini. Maklumlah terlalu banyak penyelewengan kewangan yang mahu mereka sorokkan daripada terdedah kepada pengetahuan rakyat.

Memanglah perlantikan itu nampak macam kerja gila kerana melantik musuh pantau perjalanan kewangan negeri. Tapi itulah lambang ketelusan PR sebenarnya. Jadi kepada orang umno yang gila gila mencetuskan isu pasir di Selangor bolehlah rujuk ADUN Sungai Burong selepas ini.

Jul 13, 2010

Hebat sgt kah manusia yg bernama Anwar Ibrahim ini...???


Siapa Anwar...???


Kenapa begitu sgt pihak2 tertentu ingin menghapuskan beliau..........???
Masih ingat suatu ketika dahulu apabila brek kereta beliau tetiba tidak berfungsi ketika menuruni bukit......namun kecekapan pemandu beliau telah berjaya memberhentikan kereta itu dgn kecederaan yg paling minimum.

Pemeriksaan oleh pakar menemui bukti kukuh ianye perbuatan khinat.......

Kemudian ketika beliau ingin menaiki helikopter milik tentera utk lawatan di Johor......tetiba beliau mengambil keputusan utk menggunakan kereta shj.....(atas nasihat Haron Din khabar nye)....
Helikopter itu yg berpatah balik ........akhir nye terhempas...
Seterus nye sekali lagi beliau telah membatalkan hasrat utk menggunakan helikopter milik arwah tan sri yahya.....kerana tan sri yahya ingin melawat ibu nye yg sakit di Trengganu...
Pesawat itu juga akhir nye terhempas.....
Banyak sgt "percubaan" ke atas Anwar telah gagal termasuk ketika dlm tahanan polis dan juga semasa di penjara...
Kini CIA dan Mossad yg di ketahui umum mempunyai jalinan dgn apco worldwide di khabarkan ingin membunuh Anwar...
Siapa yg bekerjasama dgn apco di Malaysia.....???
Siapa yg membayar apco puluhan juta RM......???
Utk apa sebenar nye bayaran upah puluhan juta RM itu...........????