ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 25, 2012

BUDAYA BANGSA MELAYU INI DIPUPUK OLEH SIAPA???



Kenapa anak muda ini berceramah diluar pagar atas kenderaan pemacu 4 roda (pic-up)?
Kenapa pulak mereka berceramah selepas solat Jumaat?
Yang anehnya, kenapa lebai-lebai tua menjadi gila bagai orang tidak sioman?
Salahkah anak muda ini berceramah pada ketika itu?
SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.



Amat sangat memalukan pada Islam yang BerIman. Pada yang tidak BerIman, itu perkara biasa untuk mereka yang tidak mahu mencari ilmu. 
Ada AKAL yang Allah sempurnakan pada manusia yang bergelar diri beragama Islam, biarlah beraklak mulia untukmenjadi contoh untuk semua.
Pada orang yang tidak sempurna AKAL, Allah telah sempurnakan untuk tidak wajib menunaikan solat. Inikan solat Jumaat yang wajib dikira untuk sempurnakan solat Jumaat pada hari itu. Wallahhualam.
Fikir fikirlah



Jan 24, 2012

JANGAN SALAHKAN MAHASISWA JIKA MEREKA TERUS MENGKRITIK

Teruskan gerak kerja mahasiswa yg mahukan keadilan untuk semua. Kenapa Adam Adli dan rakan SMM terus selar menteri besar Kedah?
Nampaknya janji janji PR sepertimana dipersetujui dalam Buku Jingga telah tidak dihormati oleh pemimpin mereka sediri.

Jika begini, kenapa PR bersungguh-sungguh mahukan rakyat bersama mereka utk tumbangkan BN ? Memang diketahui BN sudah lapok dan tidak boleh diguna pakai utk rakyat malaysia.
Agaknya PR ada ajenda, bagaikan pelepah betik sahaja.
Jazaqallah.
AUKU: Kumpulan siswa, Adam Adli selar MB Kedah

Jan 23, 2012

APA DAH JADI LAMAN WEB AKU NIH?

Dah lama bercuti menggodam. Rasanya nak mula pula untuk menceritakan yang panas-panas . bukan lah macam pisang goreng panas. tapi nak menceritakan cacing yang dah naik kemata.
Kita sama sama menunggu utk berkongsi cerita.

Oct 21, 2011

Sedarlah PAS, KEADILAN DAN DAP Masih Lagi Merangkak Dalam Lumpur.

PAKATAN RAKYAT MASIH BERSENDA DENGAN FACE BOOK DAN LAMAN WEB
Blog dan web ramai pengunjungnya. Beribu, malahan puluhan juta setiap hari. Bangganya Pakatan Rakyat dengan beratus blogger yang menitipkan bicara manis halwa minda setiap pembaca. Mereka lupa. Mereka alpa. Mereka terlepas pandang. Siapa sebenarnya pengunjung blog dan laman web. Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang di desa, kampung dan lurah yang dulunya dikunjungi, mereka tidak tercapai nikmat berinternet. Bukan mereka rabun, tidak juga pekak. Mereka terbatas capaiannya. Hidangan yang ada dan mudah dihadam hanya akhbar-akhbar hamprak yang penuh dengan sampah perencat minda.


Pakatan Rakyat, bangunlah. Sedarlah bahawa komunikasi kalian terbatas. Jasa dan budi kalian mungkin rakyat nikmati tetapi tidak dirasai. Mereka tidak terkesan akan janji-janji yang tertunai (kalau ianya ditunaikan).


Berbeda dengan UMNO/BN, titi yang mereka buat, jambatan yang mereka war-warkan. Baja yang mereka beri, ladang yang mereka umumkan. Pensil yang mereka beri, sekolah yang mereka momokkan. Mereka punyai segala sumber komunikasi yang sasarannya mengena tepat kepada targetnya. Mereka ingin mengulit rakyat di desa, kampung dan lurah, dan target mereka tepat. Utusan Malaysia, TV3 dan sekutunya membantu sasaran mereka. Malahan, tidak cukup dengan itu, RM200 yang mereka beri, undi yang mereka nikmati.

Bangkitlah Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Sedarlah kita masih lagi merangkak dalam lumpur. Jangan ditunggu penggumuman pembubaran DUN dan Parlimen atau kematian wakil rakyat baru kalian terhegih-hegih mencari Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang di kampong dan desa. Ketika itu, masanya sudah terlewat.




sekiranya engkau tidak mampu menjadi garam yang menahan daging daripada menjadi busuk, maka jangan lah engkau menjadi langau yang kerja nya membusuk kan daging...
P112 KUALA LANGAT
Jumlah Pengundi: 66,515
Peratusan Kaum: M:55.25% C:26.09% I:18.49% L:0.17%
1. Abdullah Sani Hamid (PKR) (26,687)
2. Datuk Sulaiman Mohd. Karli (BN) (25,698)
Majoriti: 989
Jumlah undi: 52,792
Peratus mengundi: 79.37%
Undi rosak: 407
Penyandang: Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh (BN)
(Majoriti: 21,495 undi)
N51 SIJANGKANG
Jumlah Pengundi: 22,759
Peratusan Kaum: M:66.5% C:15.2% I:18.3% L:0.1%
1. Dr. Ahmad Yunus (Pas) (10,049)
2. Datuk Abdul Fatah Iskandar (BN) (7,968)
Majoriti: 2,081
Jumlah undi: 18,391
Peratus mengundi: 80.81%
Undi rosak: 374
Penyandang: Datuk Abdul Fatah Iskandar (BN)
(Majoriti: 3,396 undi)
N52 TELUK DATUK
Jumlah Pengundi: 18,207
Peratusan Kaum: M:33.2% C:22.7% I:16.2% L:0.2%
1. Tan Choon Swee (DAP) (7,584)
2. Ei Kim Hock (BN) (6,886)
Majoriti: 698
Jumlah undi: 14,963
Peratus mengundi: 82.18%
Undi rosak: 493
Penyandang: Ei Kim Hock (BN)
(Majoriti: 4,694 undi)
N53 MORIB
Jumlah Pengundi: 25,549
Peratusan Kaum: M:61.0% C:22.7% I:16.2% L:0.2%
1. Hasiman Sidom (BN) (10,116)
2. Dr. Salehudin Hafiz (Pas) (9,830)
Majoriti: 286
Jumlah undi: 20,350
Peratus mengundi: 79.65%
Undi rosak: 404
Penyandang: Hasimah Sidon (BN)
(Majoriti: 7,162 undi)

Sep 22, 2011

Sejarah yg telah dikaborkan.

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

petikan halaman Hisyamudin Rais.

Aug 30, 2011

Tazkirah Syawal - Adab-adab menyambut Aidilfitri


Hadis 30 : Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Tanda orang Munafik adalah membenci Sahabat Ansar dan tanda orang Mukmin adalah menyintai Sahabat Ansar.
 
ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan 'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)
3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu 'alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah


Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)
7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
 

May 20, 2011

KENAPA POLITIK DIMALAYSIA MENJADI LEBIH KETERLALUAN ?

Janganlah Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Politik Berkepentingan.



Makin menjadi buruk dan mangsanya adalah rakyat Malaysia sendiri. Pada kadar segera, sikap BNumno banyaknya kepada buruk untuk umat Islam. Apa tujuan SEBENAR Sdr Ezam untuk bersama menyokong Umno ? Kalau seperti ini sikap Sdr Ezam untuk  menguntungkan umnobn, maka Sdr Ezam yg dikenali selama ini memperjuangkan KEBENARAN, bagi saya dan diluar sana, Sdr Ezam telah jauh tersasar memperjuangkan kebenaran yang sebenar.
Mengapa, Kenapa dan Bagaimana KeJUJURAN Sdr Ezam memperjuangkan yang hak ? Saya tidak marah beliau bersama Umnobn. Walauapa pun biarlah SETIMPAL apa yg selama ini beliau bersengkang mata semasa bersama keADILan serta keluarga DSAI dulu.
Kalau inilah caranya sikap Sdr Ezam bermain politik, Apa tempat untuk beliau dengan rakyat atau beliau dengan sumpah beliau kepada Allah ??.
Bagi rakyat umum yang mahukan KEBENARAN, bukan lah caranya Sdr Ezam bermain politik nakal seperti dicucuk hidung untuk kepentingan diri. Sejak Sdr Ezam bersama umnobn, juga tidak nampak umno menjadi matang kepada sifar rasuah. Malah lebih menjadi taliarus sepertimana "seekor helang mencengkam anak ayam dengan kuku yang tajam".

May 2, 2011

Azmin dan Bian? PAS dan DAP perlu bertindak dengan waras di meja bulat untuk tindakan pada KEADILAN (Azmin ).


ANJING YANG MENJILAT KUDIS SENDIRI. NAJIB MAKAN DIRI.


Keadaan politik bertambah panas buat BN. Banyak isu yang membuatkan suasana politik negara makin mendadak. Serangan Najib agar PAS keluar dari rumpun Pakatan Rakyat (PR) serta memberi amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.

Isu  MCA telah melakukan ‘brainstorming’ di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.

Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar. Malahan isu-isu itu telah menjadi ‘counter productive’ kepada BN pula.

Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. ‘Intuition’ yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.

Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah.

Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan.

Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.

Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN.  Pada pandangan saya dengan suara terbuka najib mengugut PAS dalam PR, dan Kaum Cina  dari BN.. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.

Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno.

Dari parti DAP, yang bersungguh-sungguh untuk perubahan, tetapi Pemimpin tertinggi KEADILAN  bermain-main politik untuk  bermegah dan mungkin masih ada pertalian dengan UMNO.  Terserlah membuktikan apa yang berlaku di Serawak. DAP 15 kerusi bertanding DUN menang mejoriti 13 kerusi. Mengapa KEADILAN lebih 40 kerusi bertanding, hanya menang kerusi MEMALUKAN ? Siapa bertanggungjawab kalau tidak  Azmin dan Bian? PAS dan DAP perlu bertindak dengan waras di meja bulat untuk tindakan pada KEADILAN (Azmin ).