ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 18, 2012

BILA DEKAT PRU, MACAM-MACAM ADA CERITA KONON BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT NEGERI.

MAIN WAYANG SAJA



Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mendesak para pemimpin atasan BN supaya segera "melepaskan" rakyat Sabah daripada kerisauan dan kebimbangan tentang masa depan mereka ekoran kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini.

"Pendirian PBRS dalam perkara ini amat jelas iaitu mengharap dan mempunyai keyakinan penuh agar kerajaan Pusat menyegerakan pewujudan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.

"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama selepas majlis ulang tahun PBRS ke-18 di Kota Kinabalu, malam tadi.

Penubuhan suruhanjaya itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.

PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

azlanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib semasa lawatan dua harinya ke Sabah pada 16 Februari lalu sepatutnya dikatakan membuat pengumuman berkenaan tetapi tidak berbuat demikian.

Pada ucapannya, Kurup mengajak rakyat Sabah supaya memberi kemenangan yang besar kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.










Orang Asli diTanjung 12 Ada Cerita diSebalik Keturunan Raja-Raja diSelangor.

Akibat Kuasa-kuasa Besar yg mempengaruhi Politik, mereka Orang Asli menjadi Renggang hubungan dengan Raja-Raja Selangor.



Temuan Orang Asli Kuala Langat percaya mereka mempunyai sejarah yang panjang dengan Raja-raja Melayu diSelangor.

Dewi Malam, anak Batin Malam anak Gerchang menceritakan kisah Kesultanan Selangor.

Mar 16, 2012

"MALAYSIA BANGKIT"



MAHASISWA BERPOTENSI, RAKYAT MALAYSIA WAJIB BERI SOKONGAN GERAKAN "MALAYSIA BANGKIT" .





Feb 13, 2012

UBAT YANG BERAT

Luka melarat telah menjadi kudis, ubatnya kemudian?
Apa sebenarnya berlaku pada Kerajaan Pakatan Rakyat?
BERSEDIAKAH Kerajaan Pakatan Rakyat, untuk mentadbir Malaysia?
Bersedsialah dengan sejata berpeluru yang sesuai. (jangan tembak tupai dgn peluru kapor)



Alhamdulillah setelah lama berlalu ketika disaat saat akhir dan sehingga gerombolan pimpinan mahasiswa berdemo, baru pucuk pimpinan PAS mahu membincangkan masaalah AUKU yg menimpa pada pelajar/mahasiswa KUIN di Kedah.
Adalah menjadi aneh dan tidak hairanlah jika umno menjadikan modal untuk mereka memanipulasikan keadaan.



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung pengajian mereka berada pada tahap akhir dan meminta pihak yang bertelagah menyelesaikannya secara damai.

Saya telah berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan peguam pelajar Hanipa Maidin (yang juga ahli majlis pusat PAS), saya minta semua pihak menyelesaikan secara damai.

Feb 2, 2012

Apa yang Tersurat dan Tersirat pada kepala Datuk Zaid Ibrahim?

Amat menggemparkan seorang ahli politik yg begitu lama dalam politik bertindak tegesa-gesa. Keluar parti, masuk parti dan keluar parti, setelah itu, tubuh parti bagaikan tak cukup makan. Hari ini dah umum pula untuk BUBAR parti KITA. 

Adakah Datuk Zaid ini tiada berpendirian? Walau apapun diucapkan tahniah. Dan rakyat diluar sana akan tertanya-tanya akan tindakan Datuk Zaid. Adakah ia satu rangcangan serangan strategi Datuk Zaid yang mempunyai ajenda Tersurat dan Tersirat? Kenapa beliau tidak terfikir ia akan merosakkan repotasi aklak Datuk Zaid yang dikenali Berani Berkata yang Benar?

Bagi pendapat Hanyar, Datuk Zaid terlalu dipengaruhi dan membiar diri diperalatkan oleh parasit parasit politik. Sepatutnya Datuk Zaid lebih lantang lagi untuk berkata benar semasa beliau berada dalam jawatan tertinggi diKEADILAN semasa itu. Mengapa beliau terus tergesa-gesa keluar parti KEADILAN? 

Sadangkan beliau seperti emas yang dipungut oleh DSAI untuk berada dalam KEADILAN. Walauapapun Hanyar sekali lagi angkat tabit buat Datuk Zaid yg terus berani melakukan perubahan, walaupun ia terlalu pahit untuk melaksanakan.

Harapan Hanyar, setiap persoalan ada jawapan dikotak pemikiran Datuk Zaid. Ingat Datuk Zaid, "pisang tidak pernah berbuah dua kali". Dan tidak pernah, terkelihatan untuk menemui "pisang berbuah dua kali". Hanyar percaya hal keujudan Allah.
Wallahhualam.

Feb 1, 2012

DUNIA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MAKIN SEMPIT



Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak kisah sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.

"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.

"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.

Dr Aziz dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.

Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" sanggup mengeluarkan kenyataan memalukan kepada Dr Aziz, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.

"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang.

"Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.






LAGI IN KENYATAAN dR aBDUL aZIZ bARI;-

UIA minta Dr Aziz pohon Profesor.

Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu.
Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak belum bergelar profesor lagi.

"Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya.

Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada dekan sepuluh tahun lalu.

"Tidak seperti orang lain saya tidak memohon. Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor.

"Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," katanya.


Jan 28, 2012

PEMBINAAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI BERKEPENTINGAN PADA BN.

BN BERKEPENTINGAN, PELAJAR MESTI IKUT ACUAN. PEMBINAAN IPTA BUKAN UNTUK ESET KEPADA NEGARA MAJU. IA HANYA UNTUK MAJU KEPADA KEPENTINGAN POLITIK BN.


Sejauh mana rakyat prihatin dalam hal ini? Sama sama kita renung untuk ambil perhatian.
Dengar dan menelitilah bila selesai melihat rakaman video ini.











petikan dari MU
AUKU pilih bulu, menghias ruang dada Sinar Harian hari ini. Liputan penuh dalam 4 halaman hasil dari wacana siri 10 Sinar Harian; Masih Relevenkah AUKU?
Antara ahli panel yang hadir ialah:
  1. Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
  2. Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Dr Anuar Ahmad
  3. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Maliki Mohd Rapiee
  4. Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah.
  5. Pakar undang-undang dan perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari
Moderator pula ialah Amin Idris, Pengacara TV Al-Hijrah.
Turut dilaporkan Adam Adli Abdul Halim juga turut hadir dalam wacana ini.
MU dapati bual bicara ini sangat menarik.
Kita lihat pula bagaimana kata Tun M tentang AUKU.
  
AUKU relevan bagi orang tidak tahu jaga diri -Tun M
Bagaimana pula rakan-rakan siswa?
Relevankah AUKU?
Pandai menjaga dirikah semua

Jan 27, 2012

PARASIT YANG UJUD DLM PAKATAN RAKYAT.

Tak nak cakap banyak......

PKR di Selangor paling PARASIT Kumpulan yang boss nya Azmin Ali. Dan masih tegar.

Dalam PAS sudah kena tendang,  dan dianggap PAS mahu PERUBAHAN di SELANGOR.

AGAKNYA PKR MAHU TERUS BENIH BN BERCAMBAH, BILA BN TUMBANG PD PRU 13.

JANGAN AZIZ BARI PULA BUAT TEGURAN PEDAS MACAM MENTERI BESAR KEDAH.
aku terus berkata mereka semua BEBAL.

Baca ni..... 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-ali-hasan-ali-parasit-musuh-dalam-selimut/