ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 12, 2008

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERANGGANU 17 JANUARI 2009


Selepas Permatang Pauh kita ke pantai timor[K.T] pada 6 januari 2009 hari penamaan calun. Dah tentu punya akan berlaku pilihanraya kecil pada 17.1.2009. Kita akan menyaksikan calun tertua akan muncul lagi. Diharap nenek yang dimaksudkan jangan lepas peluang. Para penyumbang wang ringgit untuk nenek tu bersedialah dengan ringgit-ringgitnya. Nenek tu dah berangan nak bertanding lagi. Dah bersuara tiada wang dan perlu sumbangan. Perlu ingat, sesiapa yang menyumbang untuk nenek ni, jawab lah dipadang mahsyar. Kerana ALLAH tahu hati perit penderma tu. BUATLAH IKTIBAR PADA GAMBAR YANG DIPAPARKAN.

PARA PENYOKONG-PENYOKONG PAKATAN RAKYAT, HANYAR MENYERU LUANGKAN MASA, DATANG KE KUALA TRANGGANU UNTUK MEMBANTU PADA KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT. NASIHAT HANYAR JANGAN SEPERTI P. PAUH. RAMAI YANG PERGI UNTUK JADI PELANCONG PRK SAJA. ORANG MACAM NI BUAT MENYEMAK JE.

UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR KE 63

DAULAT TUANKU

Sembah Patik Mohon Diampun.
Tahniah Duli Yang Mulia Sultan Selangor. Sultan Sarafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke 63.
"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAH BERJIWA RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"


SEMBAH TAKZIM DARIPADA

HANYAR Blogspot




Sultan Sarafuddin Idris Shah Ibni Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
.

Dec 10, 2008

PERINGATAN PADA PEGAWAI KANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG KEKAL BERPELUANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN PR....

Berlakunya tragedi di Bukit Antarabangsa adalah peringatan untuk kerajaan PR bermuhasabah diri.Amat menyedihkan , semalam tayangan berita tv menyiarkan seorang penduduk menyerang ADUN YB Azmin dengan membabi buta. Mempertikaikan kelemahan tindakan PBT berkenaan.Tahniah pada YB, kerana tenang mendengar serangan mulut dan langsung tidak menghormati seorang pemimpin pilihan rakyat secara demokrasi.Hari ini pula berita jam 1, mengumumkan ADUN berkenaan buka meja aduan. Apakah sebelum hari ini,tidak ada?

Semasa saya berada dikelumpok orang ramai tampat tragedi,ramai bercakap pentadbiran PBT yang bersalah. Dimana pegawai kanan kerajaan seperti YDP MPAJ, Pegawai Daerah dan yang bertanggongjawab untuk menampil memberi kenyataan?.Inilah kelemahan kepimpinan kerajaan Selangor.Beri muka pada pegawai kanan kerajaan BN dulu.Sekadar tukar Ahli Majlis tidak ada ertinya. Tanyalah pada pegawai-pegawai rendah, apa arahan pegawai kanan kerajaan semasa PRU12 yang lalu. Rata-rata akan jawab jangan terlibat atau menghampiri ceramah-ceramah parti pembangkang,jika terjumpa akan dibuang kerja. Pegawai-pegawai seperti ini tidak buleh memberi tempat untuk mentadbir lagi.

Rakyat melihat diMajlis-majlis Daerah, kuasa besar adalah pada YDP.Ahli Majlis jadi tunggul, hanya hebat dengan jawatan sahaja.Dengar cerita pula, bila kontraktor mohon projek majlis, YDP mengarahkan untuk minta sokongan pada YB Pakatan Rakyat.Rakyat amat tidak setuju kerana cara begini sama seperti BN memerintah dulu.

Menteri Besar[sahaq]sepatutnya meneliti pada Exco Kerajaan Tempatan[Ronie] untuk perbetulkan dengan tindakan. Jika gagal bertindak, tunggulah dengan slogan keramat RAKYAT HAKIM NEGARA.

Berbalik pada peristiwa trajedi Bukit Antarabangsa, RTM telah menyiarkan lebih 100 berita terkini. Apa yang dilihat, ketua polis Selangor sahaja menjadi hero melaporkan berita semasa. Dimanakah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat? Rakyat tidak setuju jika pemimpin PR yang dipilih oleh rakyat menjadi lesu.Rata-rata rakyat mengatakan Selangor dah macam dipimpin oleh KERAJAAN POLIS pula.

82 orang MP diberi mandat oleh rakyat, untuk menjadi jagoh di parliman menyatakan hak rakyat yang adil.Ini lah masanya PR menyuarakan kehendak rakyat, RTM ITU ADALAH HAK RAKYAT. Maka rtm mesti bertindak adil. Beri ruang sama pada Kerajaan Selangor[PR]untuk memberi liputan di rtm.

Dulu,pembangkang di parliman tidak dapat menafikan 2/3 pada BN. Sekarang dah hebat dengan kuasa pengundi mahu perubahan. Kalau begini juga jadinya. Rakyat marasa tidak yakin dengan slogan MASA UNTUK PERUBAHAN.

Oleh kerana penulis ini berada di Kuala Langat, diminta Exco-exco datang jumpa orang lama dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Tanya dan ambil respon orang ramai. Lepas tu buat keputusan dengan bijak cara adil.

JANGAN MACAM BARISAN NASIONAL, TAIK BELENGAS KAT PUNGKOK, KATA D.Sri Anwar Ibrahim
MAIN PUNGKOK.

MACAMMANA PULA KALAU NAJIB DIPECAT OLEH PAK LAH? LEPAS TU DIA TUBUH PARTI SENDIRI.
DAH TENTU ORG BERKEPENTINGAN DENGAN PAK LAH, MENCERCA PULAK ANAK PAHANG TU PULAK.


Jangan kau sangsi dimana arahmu
Jangan kau ragui keyakinanmu
Langkah mu tak sumbang
Yang zalim wajib ditengtang.

Dec 7, 2008

JOM HEBOH KEPIMPINAN RASUAH (susulan dari cerita smlm)



Di Bukit Antarabangsa telah berlaku runtuhan dan meragut 4 nyawa.Begitu juga di Ulu Yam 2 nyawa terkorban.Masih lagi kita kuatiri dengan runtuhan tanah yang mengakibatkan BENCANA MANUSIA.Cerita Highland Tower tidak boleh dilupakan tapi rakyat berkepentingan meletakkan ia sebagai Qada dan Qadar.

Yang bertanggungjawab seperti lidah biawak bercabang-cabang.Telunjuk masing-masing menunding kat kalangan penguasa untuk menutup rasuah masing-masing supaya tak nampak kesilapan sendiri.

Biawak seperti ini macam mana pun suka bangkai.Rasuah ternampak.Pasal itu projek dilereng bukit-bukit diluluskan.

Penguasa seperti ini dah jadi kera kena cili api terloncat-loncat kepedasan.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan terus menangani dengam bijak dan jangan melatah.Semoga dugaan demi Allah Pakatan Rakyat menerima dengan tabah dan jadikan contoh yang baik.

Dec 6, 2008

SUNAMI BUKIT ANTARA BANGSA









Amat menyedihkan sekali dgn tragedi spt gambar-gambar di atas. Juga dikatakan SUNAMI ORANG ATASAN.Seperti di berita terkini tv1, ini adalah BENCANA MANUSIA.Bukan BENCANA ALAM.Dinasihatkan pada Pakatan Rakyat; Ingat:BUKAN WANG MENGUASAI SEGALA-GALANYA.HANYA ALLAH YANG MENGATASI SEGALA APA DIKEHENDAKINYA.

Esok saya bersama AMK K.Lgt sekali lagi akan meninjau untuk maklumat selanjutnya.

Dec 3, 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI HANYAR....

Dah lama Hanyar simpan keinginan untuk ada satu blog, tempat Hanyar meluahkan pandangan, perasaan dan harapan dalam banyak hal lebih-lebih lagi dalam situasi politik, ekonomi dan sosial pada masa kini. Tentunya banyak perkara yang boleh diungkai dari benak fikiran lelaki separuh baya seperti aku.

Mesin komputerHanyar juga sudah lama tidak terusik. Mungkin ini kesempatan baik bagi Hanyar untuk melontarkan pandangan peribadi. Sama ada bersetuju atau tidak tentang apa yang Hanyar bicaranya terserah kepada kalian semua. Hanyar sangat mengalu-alukan komentar kalian.

Selamat datang ke blog "Hanyar"

Selamat Datang, melayari blog HANYAR dengan visi dan misi yang mempunyai agenda tersurat dan tersirat.Tiada apa yang aneh sekiranya faham dan teliti.Orang percaya apa semua orang mahu percaya.Dan tiada yang akan menafikan bahawa, sesiapa yang mengawal kita dengan tujuan kepentingan sesuatu akan mengawal minda kita.

Adakah kita mengubah hala tuju kita?...sudah tentu kita bersatu
Perjuangan kita tidak boleh terhad hanya menyatakan matlamat,objektif serta aspirasi.
Bagaimana perlaksanaan mulia semua yang dilakukan, ia juga perlu memasukkan pelan tindakan untuk mencapai matlamat,objektif serta aspirasi.Keghairan kita selama ini,adalah kita terlalu fokus pada mengenal pasti apa yang kita lakukan.Kita kena mengambil langkah mencari jalan bagaimana melakukanya.


MISI

Tujuan blog ini adalah untuk memperkukuhkan dengan misi "MENGEKALKAN SEMANGAT BERSATU DAN MEMPERKASAKAN SEKATA"

VISI
24>7>12(24jam=1hari,7hari=1minggu,12bulan=1tahun)

FOKUS
1.Semangat patriotik,mempertahankan demokrasi,faham politik,agama dan kaum.
2.Menyebarkan maklumat terkini

SELAMAT MELAYARI...