ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 23, 2009

UMNO BUKA PEKONG SENDIRI...

Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.

Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.

Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut. Terbukti sebelum ini JPJ tidak pernah jual no. pendaftaran kegunaan rasmi Menteri Besar. Kepada pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran, bongkar sahaja sekiranya berlaku tuntutan pembelian nombor pendaftaran semasa pemerintah umno dulu.

Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.

Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh....... . Sebenarnya tidak ada bukti untuk umno buat tuduhan pada pemerintahan Pakatan Rakyat.

p.rakyat
YAB MB Perak P. Rakyat, DS. Muhammad Nizar berada di Mahkamah Tinggi KL 2.30 ptg ini.


Terkini : YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2.30 petang ini bagi mengikuti sebutan untuk kali ke 2 kes saman yang difailkan di Mahkamah itu minggu lalu.

Didoakan semoga DS Nizar sentiasa berada dibawah payung lindungan Allah swt.

Teruskan berjuang kerana Allah dan amanahnya. Walaupun tanggungan amat berat namun sebagai HAMBANYA, tugas wajib dipikul.

Walaubagaimana pun, ketahuilah DS Nizar bahawa anda tidak kesaorangan, saya percaya DS dapat melihat kepada sokongan yang diterjemahkan selama ini, dimana sahaja.

Percayalah bahawa doa kami bersama-sama mu dimana-mana jua dan sentiasa.

JOM KITA TURUN RAMAI RAMAI.
BAGI SOKONGAN.
SELURUH ANAK PERAK YG MERANTAU DI LEMBAH KLANG.
TURUN JGN TAK TURUN.

Bersama-samalah kita memanjatkan doa semoga DS Ir Nizar dan PR beroleh kejayaan...Amin!!
TAPI perlu diingat bahawa tiada yang mustahil akan berlaku kerana Kuasa Eksekutif di Malaysia amat tinggi dari mana2mana kuasa yang ada Di Malaysia ini...Fikir2kan...

olih yb lim
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:


'Jerat besar' pastikan Najib tidak jadi PM?

Apakah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya tidak gembira dengan apa yang berlaku di Perak walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerajaan negeri?

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas yang juga bekas 'orang kuat' Umno berkata, jika difikirkan secara mendalam, rampasan kuasa yang berlaku di Perak adalah tidak mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

"Mungkinkah ini satu perangkap untuk Dato' Seri Najib Tun Razak? Cuba kita renung bagaimana Najib hendak merampas jawatan Presiden Umno," katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi KeADILan.

Setelah pilihan raya Umum lalu, apabila BN mengalami kejatuhan yang teruk, Najib melalui Mahathir telah menghentam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi, kata Kamarul.

Ketika itu tuduhan dilemparkan ke atas Abdulah yang dikatakan perlu bertanggungjawab di atas kekalahan pilihan raya tersebut, katanya.

"Sebenarnya siapakah yang lebih bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut? Dah tentulah Pengarah Pilihan raya BN iaitu Najib sendiri," katanya.

Setelah desakan daripada semua pihak dalam Umno yang mahukan Abdullah Badawi menyerahkan kuasa dan tampuk kepimpinan kepada Najib, maka Abdullah pun setuju untuk menyerahkan kuasannya kepada Najib pada 2010, katanya.

Tetapi Najib menurutnya tidak senang dengan tarikh itu dan meminta Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin membuat serangan kepada Abdullah Badawi meminta harus dipercepatkan lagi pada Mac 2009.

"Kita lihat Abdullah melenting dengan begitu marah sekali. Najib telah membuat perkiraan dengan Muhyidin untuk menjadi Timbalannya nanti," katanya.

"Siapa yang tidak tahu sejarah Muhyidin Yassin semasa menjadi MB Johor dulu. Habis semua tanah-tanah di Johor dijual kepada taukeh Singapura. Perangainya lebih kurang sama dengan Najib dalam bab-bab duit dan komisyen ni. Sebab itu Najib selesa berganding dengannya," dakwanya.

Dengan pelbagai desakan akhirnya Abdullah memberikan laluan mengadakan pemilihan dalam Umno pada kali ini dengan menyatakan hasrat tidak lagi bertanding untuk jawatan Presiden Umno, katanya.

Abdullah katanya mengambil masa yang panjang untuk memikirkan untuk tidak bertanding jawatan Presiden Umno, oleh yang demikian Najib mendapat pencalonan 'solid' bagi jawatan Presiden Umno.

"Abdullah tersengeh kerana terdapat 900 lebih laporan rasuah di dalam pemilihan UMNO kali ini. Maka pada penghujung 2008 Abdullah telah memperkenalkan SPRM yang berkuatkuasa serta merta.

"Maka berjalanlah SPRM dengan panduan Abdullah Badawi. Maka tangkapan demi tangkapan dibuat dan kebanyakkannya berlaku di Pahang. Mengapa di Pahang?," katanya.

Semasa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu, Abdullah telah seperti biasa menugaskan Najib menjadi Pengarah Pilihan raya lagi, katanya.

"Abdullah mahu menguji kali kedua selepas Permatang Pauh. Keputusanya nyata Najib gagal lagi. Abdullah tersengeh di luar negeri. Ternyata bukan silapnya selama ini tetapi silap Najib fikirnya," katanya.

Najib menurutnya tidak perasan jerat yang telah dipasang oleh Abdullah Badawi, kerana perasaan untuk menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri telah menghayalkannya.

Maka untuk menjadi 'First Lady', 'Big Mama' (Datin Seri Rosmah Mansor) pun setiap hari keluar televisyen memungut derma untuk Gaza, sementara Najib telah memulakan gerak kerjanya dengan menggulingkan kerajaan sah Pakatan Rakyat di Perak, katanya.

"Abdullah tersenggeh lagi. Menjadi jeratnya kali ini. Hari demi hari semakin hampir detik Persidangan Umno maka Abdullah harus segera membunuh politik Najib.

"Abdullah telah menggumpulkan segala bukti rasuah dan salahlaku Najib, maka perbicaraan Altantuya telah dimulakan. Kambing-kambing hitam telah bersuara. Terkini si kambing telah meminta agar Razak Baginda didakwa semula," katanya.

Pada persidangan Dewan kali ini Abdullah telah menempelak Najib melalui titah Yang Dipertuan Agong. Walaupun kertas kerja ISA untuk Nizar dan Karpal telah disediakan oleh Syed Hamid tetapi Abdullah dengan tegas menolaknya.

Selepas ini Abdullah selaku Presiden UMNO akan membatalkan seluruh mesyuarat UMNO Bahagian kerana terdapatnya rasuah yang begitu banyak. Abdullah akan mengarahkan persidangan UMNO diadakan semula di semua peringkat dengan pengawasan yang ketat.

"Ingat! Abdullah masih punya kuasa sebagai Presiden dan PM setakat ini. Apabila diadakan semula mesyuarat semua peringkat tanpa duit berjalan, maka akan hancurlah Umno.

"Dengan sedikit ugutan maka selamatlah Abdullah sebagai presiden UMNO lagi, maka Najib akan membuat kenyataan bahawa beliau belum bersedia menjadi Presiden dan PM," katanya.

Justeru jika Najib melawan maka nasibnya akan sama dengan Anwar dahulu, namun adakah Najib akan sanggup untuk menanggung malu seperti Anwar, soalnya.

"Tentunya tidak! Kerana Najib adalah seorang yang pengecut," katanya.

Feb 22, 2009

RAKAMAN VIDEO TERBITAN TERKINI. 22feb2009.
1-video: klik-Police report lodged against MyKMU.net- malaysiakini
2-video; klik-Apakah nasib Perak akan menimpa Kedah? -malaysiakini
3-video; klik- Ceramah Majlis Makan Malam PKR KL/Selangor - malaysiaKini

Lagi 3 rasuah Khir Toyo dibongkar.....TSKI.

rasuah-mb

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.

Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.

Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo
kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”
tv antara

AYUH SAUDARA/SAUDARI SEMUA, BANGUNLAH DARI SEDAR AGAR TUMBANGKAN ANASIR PENJENAYAH PEMIMPIN/PEMERINTAH BN. HADAPILAH PILIHAN RAYA UMUM 13 SERTA MELAYAKKAN TANGGUNGJAWAB SAYA/ANDA DAN SEGERALAH MENYEMAK/MENDAFTARLAH SEBAGAI DAFTAR PEMILIH. UNDILAH keADILan, PAS, atau DAP =(Pakatan Rakyat) Menjana KeArah "Masa Untuk Perubahan”

DRAMA AGUSTINE (GULA HACK) BERULANG KEMBALI................

ADA SEBAB PENGERUSI SPRM, ...... UMNO..........

Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said, 25 tahun anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi SPRM seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Beliau juga digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana ..KLIK...

Feb 21, 2009

Nyahkan Sivakumar?: Pakatan Rakyat buat aduan polis

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar hari ini - "nyahkan Sivakumar" - dipercayai dilemparkan ekoran keputusannya menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco Kerajaan Negeri lain daripada menghadiri sidang Dewan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan 'nyahkan' Sivakumar telah digunakan oleh www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno.

"Perkataan 'nyah' boleh membawa apa juga maksud... ia boleh membawa makna menyembunyikan, menghilangkan, malah membunuh," jelas Nizar di Ipoh hari ini.

"Jika apa-apa berlaku ke atas Speaker (Sivakumar), ini adalah tindakan mereka (Umno)," kata beliau sambil menambah, Sivakumar telah mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi keluarga beliau.

Dalam tulisan muka depan laman web itu, editornya berkata:

"Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan Exconya dari menghadiri sidang DUN Perak.

"Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.

"Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.

"Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun

"Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?

"Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak.

"Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.

"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.

"Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.

"Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!

"Sembah dari Rakyat MarhaenEDITOR MYKMU."

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Sivakumar masih boleh menarik balik keputusannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN kerana keputusan itu dibuat secara unilateral dan timbang tara.

Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), Datuk Liew Vui Keong, yang merupakan lulusan undang-undang berkata daripada segi perundangan, Sivakumar jelas membuat keputusan di luar skop bidang kuasanya.

"Daripada segi undang-undang dan perlembagaan, keputusan itu salah kerana penggantungan itu dibuat ketika Dewan Undangan Negeri tidak bersidang dan tiada undian dibuat dan tiada kelulusan diberikan majoriti anggota DUN Perak.

"Pada pandangan saya, Speaker masih boleh menarik balik keputusannya tanpa perlu merujuk kepada DUN kerana ia dibuat secara unilateral dan timbang tara," katanya.

Liew, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga berkata, tindakan Sivakumar, yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak untuk menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam Exco itu selama 12 bulan jelas menghina Dewan.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup pula berkata, tindakan Sivakumar dan jawatankuasa itu adalah "keterlaluan".

"Speaker DUN Perak telah bertindak keterlaluan dalam menangani isu ini... ini boleh dilihat sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Perak (yang baru mengambil alih daripada pakatan pembangkang)," katanya.

Menyokong kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini bahawa keputusan itu perlu diluluskan oleh sidang DUN, Kurup berkata, keputusan itu tidak sah kerana dilakukan di luar sidang dewan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun pula berkata, terserah kepada Zambry selaku Menteri Besar untuk mengendalikan perkara itu.

"Kita serahkan kepada kerajaan BN negeri Perak, kepimpinan Zambry yang tentunya akan tahu dengan kebijaksanaannya bagaimana untuk mengendalikan (perkara ini)," kata Azizah yang juga lulusan undang-undang sambil enggan mengulas lanjut.

Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Sivakumar itu adalah berat sebelah.

"Beliau tidak menghormati DUN dan beliau gagal menjalankan tugas sebagai seorang speaker.

"Jelas dengan menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN menunjukkan yang beliau ada agenda politik terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru. Sebagai seorang speaker, beliau tidak boleh menyebelahi manamana pihak," katanya.

olih mStar